February 09, 2012

Tanda-tanda hati sakit


1- Hati yang sakit tidak membisikkan kepada tuannya untuk mencari tujuan kehidupan.

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Surah Adz Dzariyaat ayat 56

Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat? Surah al-Furqan ayat 43

2 – Tidak kisah akan dosa dan maksiat

dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Surah al-Imran ayat 135

...?..?...?

Ku dah mencuba sebaiknya…

Mengapa ujian ini dikurnia….

Akhirnya gagal jua....

Ke mana sebuah penantian

Sering mejadi persoalan….

Persoalan yang tiada jawapan

Bukan ku menafikan takdirNya

Bukan ku tak fahami

Bukan ku menafikan

Jika hanya kegagalan….

Di manakah langkahan…

Menuju cinta suci Mu Tuhan

Mengapa sukar untukku pertahankan

Hingga saat kematian….

Akhirkan riwayat ini dalam keimanan…


February 05, 2012

SALAM MAULIDURRASUL


Tiada harapan selain Allah,

Tiada idola selain Nabi s.a.w,

Tiada kata seindah Al-Qura,

Tiada jalan selurus Sunnah

Tiada pejuangan selain Islam.

SALAM MAULIDURRASUL 1433H/2012M

January 29, 2012

antara geli atau takut


Disebuah desa tinggallah seorang pemuda bersama seorang ibu dan adik perempuannya. Mereka hidup aman bahagia. Setiap hari hidup mereka akan di sinari warna-warna ceria. Kegembiraan dan saat bahagia mereka tiba-tiba tercalar….

Pada suatu hari, ketika pemuda ini sedang beristirehat menonton tv muncul seekor lipas. Namun, pemuda ini bernasib baik kerana lipas yang datang bukan lipas terbang hihi. Hal ini disebabkan menurut penglipur lara, si pemuda ini paling takut dengan lipas terbang. Walaupun dalam ayat yang lebih manis si pemuda ini ‘geli dengan lipas’.

Ok, sambung cerita…Apabila si pemuda ini nampak je lipas tersebut, tanpa membuang masa dia terus mengambil penyapu. Konon la, nak pegang tak boleh berbahaya ( dlm hati tak sanggup nak sentuh) so, penyapu sbg senjata. Sementara si pemuda mengambil penyapu, lipas ni kan ada kaki jadi lipas pun bersembunyi. Huh, naik angin terus la si pemuda kerana gagal membelasah lipas tersebut. Sampaikan menjadi misi pada waktu itu “KU JEJAK MU WAHAI SI LIPAS “ hehe….

Moral of the story : selagi belum tiba saatnya tak kan mati si lipas ini hihi….

Catatan : maafkan ana hehe. Tulisan ini tiada kaitan dgn sesiapa tp kalau ada yang terasa mayb dia lah orangnya….=)

January 26, 2012

Coretan buat mu


Assalamualaikum…

Coretan khas buat suamiku tersayang….

Sesungguhnya saat paling bermakna dalam hidupku adalah saat diriku berada di sisimu. Dirimu adalah anugerah yang terindah buat diriku dan aku amat berharap dirimu akan bersama-sama denganku meniti gerbang syurga firdaus di sana nanti. Bukan impianku untuk bersamamu di dunia semata-mata tetapi paling utama dapat bersamamu lagi di syurga abadi…

IMPIAN KE SYURGA BERSAMA ADALAH MATLAMAT HIDUPKU BERSAMAMU.

Abang,

Matlamat untuk ke syurga bersamamu adalah satu cabaran terbesar buat sayang. Sayang pun berharap abang mempunyai matlamat yang sama. Abang, sayang tahu abang dah buat yang terbaik buat sayang. Sayang juga bahagia di sisi abang. Cuma utk matlamat yang satu ini sayang perlukan abang untuk membantu sayang.

Abang,

Untuk ke syurga bukan mudahkan apa kata kita sama-sama memudahkan perjalanan kita untuk ke syurga bersama. Maksud sayang kita sama-sama menjaga HAK ALLAH. Perkara utama yang perlu kita buat adalah menjaga SOLAT.. Solat adalah perkara paling utama abang. Perintah solat Allah berikan secara direct kepada Nabi Muhammad sedangkan ibadah lain melalui perantaraan malaikat. Kalau sayang ada buat kesilapan abang tegurlah supaya sayang dan abang dapat bersama ke syurga ye abang…

Abang,

Sayang amat sayang kan abang. Insya’Allah sayang akan meringankan beban abang dalam mendidik sayang. Supaya abang mudah ke syurga dan sayang juga dapat ikut bersama.

Abang.

Sayang amat sayang kan abang kerana Allah. =)

Maaf sayang andai ada melukakan hati abang..

Catatan : Warkah untuk sahabatku titipkan buat suaminya. Diharapkan warkah ini membantu sahabatku dalam membina mahligai rumahtangga ke syurga. Tiada manusia yang tidak buat silap dan semoga Allah lembutkan hati dia untuk menjadi suami yang terbaik buatmu sahabatku. Untuk mendapat yang terdidik kita dahululah perlu mendidik diri kita.