Pilihan Raya Kampus UPSI insyaAllah akan berlangsung esok khamis 28 Januari 2010.
Kesibukan calon-calon yang bertanding dapat dilihat sekitar kampus dan kolej-kolej kediaman. Malam hari tidak pernah sunyi dari berkampen melalui media terbuka 'RAPAT UMUM'. Namun, masih ada dalam kalangan mahasiswa/wi yang langsung tidak mahu mengambil tahu soal PRK ini. Mereka bukan sahaja tidak melibatkan diri secara langsung tetapi seolah-olah tidak peka dengan perkembangan semasa di kampus sendiri. Perkataan 'RAPAT UMUM' seakan-akan asing dan tidak pernah didengari walhal sudah berada di alam kampus selama hampir 2 atau 3 tahun. Di manakah kepekaan anda??
PRK ini bukan sengaja diadakan tetapi merupakan suatu hak yang diberikan kepada mahasiswa sekalian dalam mencari pemimpin mereka yang layak untuk menduduki kerusi MAJLIS PEWAKILAN PElAJAR ( MPP ). Mereka yang harus dilipih bukan hanya dipandang daripada kecantikan rupa paras atau kecanggihan dalam membawa manifestor tetapi sebaliknya nilailah akhlak bakal-bakal pemimpin itu dan sejauh mana realistiknya ideologi yang ditaburkan. Usah menyokong manifestor yang hebat didengari untuk diperjuangkan tetapi retorik semata-mata. Apa guna menabur janji andai pasti gagal melaksanakan.
Mahasiswa anda ada hak untuk memilih maka buatlah pilihan terbaik. Turunlah mencuri masa mendengar perbentangan manifestor calon-calon yang bertanding. Usah membiarkan diri anda mengikut nama-nama yang di 'sms' kan supaya anda mengundi mereka sedangkan anda langsung tidak tahu siapakah pemilik nama-nama tersebut. Seperti PRK yang lalu ada pihak "tu" menghulurkan kertas senarai nama yang perlu diundi oleh mahasiswa dan bagi mahasiswa yang tidak pernah cakna dengan PRK ini akhirnya turutkan sahaja mengundi senarai tersebut. Berhati-hatilah dalam memilih pemimpin kerana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap yang kita pilih.
Sayyidah Aisyah RA pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang" Jangan merasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan. Jika kau berasa bangga, menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki siapa saja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga".
January 27, 2010
January 20, 2010
IndahNya Mata

Pemandangan di atas pentas dunia ini sangat indah dapat dinikmati. Semua yang indah terlihat melalui pandangan mata. Tanpa kurniaan mata yang sihat dan bisa melihat mana mungkin semua ciptaan Allah ini dapat dinikmati semahunya. Sepanjang pemerhatian peribadi dan sahabat-sahabat suatu masa dahulu memang tidak mampu menafikan cantiknya mata insan yang telah Allah tarik nikmat penglihatannya ( rabun ) yakni mereka harus memakai speak mata. Bukan memuji mana-mana individu namun mengakui keindahan ciptaan. Sangat cantik mata-mata insan yang sentiasa memakai speak mata. Kebiasaanya mereka ini memiliki bentuk mata yang hampir sama dengan bentuk kelopak mata menarik.
Asif buat sahabat yang terpaksa memakai speak mata ketika berurusan dengan ana jika sememangnya mereka memang pakai speak mata sentiasa. Bukan ana ingin menyusah kalian dan adik ana sendiri pun terpaksa melakukan perkara yang sama. Pandangan tajam di saat antum semua tidak pakai speak mata sangat menganggu diri ana. Ana berasa terancam ketika berurusan dengan kalian sewaktu kalian tidak memakai speak mata. Ana akui ini suatu kelemahan yang ana miliki ketika berhadapan dengan antum saat itu. Ana juga ingin menjaga pandangan dan hati ana. asif jika persepsi ana sangat bias.
Asif jiddan...
sesungguhnya hati ini terlalu mudah dicemari. Ya Allah hindari daripada segala rasa yang bisa menganggu gerak kerja dan permudahkan urusan serta hindari masalah hati....
P/s: post khas utk sahabat yg memakai speak mata
January 19, 2010
Kuliah Wanita Hari ini
Alhamdulillah, Kuliah Wanita hari ini berjaya juga dilaksanakan dengan baik pada hari ahad yang lalu. Walupun pelbagai cabaran dalam mencari penceramah utk mengendalikan kuliah tersebut namun, akhirnya Allah permudahkan urusan. Insan yang dicari-cari tampil sendiri menawarkan diri. Syukur sangat-sangat.
Hadirin yang dijangka hadir tidak kurang 50 hingga 60 orang sahaja tetapi ketetapan dan pilihan Allah tidak kurang 100 orang siswi yang meluangkan masa menadah telinga untuk mendengar kuliah tersebut. Pada awalnya ana agak gementar juga maklumlah jam sudah 2.45ptg tetapi masih tidak ramai yang membanjiri ruangan Surau al-Falah. Bila jam 3.oo ptg barulah semakin ramai yang datang. Leganya rasa hati ini. Maklumlah sebagai pengerak utama program perasaan macam ni sering ana alami.
Kitab yang dibentangkan pada hari tersebut ialah merupakan karangan Al- Ustaz Fathi Yakan. Kitab tersebut berjudul Madha Ya’ni Intima’ Lil – Islam ( Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ). Pernahkah anda membacanya?? Jika belum sila-sila mendapatkannya di kedai-kedai buku seluruh negara huhu...
isi kuliah nntlah tulis ada asgmnt lain dh tunggu ni

January 16, 2010
Bismillahirrahmanirrahiim....
Berkata Muhammad bin Wasi' rahimahullah dengan nada merendah diri, padahal beliau adalah seorang ahli ibadah: "Seandainya dosa berbau, tentu tidak ada yang betah duduk bersamaku"
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: "Mencela diri dalam Dzat Allah adalah termasuk sifat shiddiqin (orang-orang yang benar), seorang hamba akan dekat dengan Allah Ta'ala dalam sekejap, berlipat-lipat melebihi dekatnya melalui amalnya".
Wahai jiwa, bersiaplah dengan perbekalan yang engkau mampu
Wahai jiwa, sebelum (datangnya) kematian, engkau tidak diciptakan dengan sia-sia
Waspadalah dari terjatuh pada kehinaan dan merendah dirilah..!!. Allahualam. Astaghfirullahalazim...

January 15, 2010
Niat sering matlamat

Niat merupakan perkara pertama yang dibahaskan dalam Hadist 40, karangan Imam Nawawi. Niat sangat mempengaruhi perbuatan seseorang. Dalam kata yang mudah contohnya jika kita keluar ke bandar dengan niat mencari buku novel " Tautan Hati",sampai ke bandar pasti kita terus mendapatkan novel tersebut. Tetapi sekiranya kit keluar ke bandar dengan niat mencari buku, sampai ke dai buku pasti kita tercari-cari buku apa nak beli, banyaknya buku nak dipilih. manakala contoh seterusnya kita keluar ke bandar tanpa sebarang niat hendak beli apa-apa. Setelah tiba di bandar kita akan jadi tak tentu arah kerana keluar tanpa ada matlamat dan niat. Daripada contoh tersebut apa kita boleh fikirkan??
Pertama : Sesuatu yang diniatkan akan lebih terfokus dan terarah dalam mencapai
matlamat.
Kedua : Niat sangat mempengaruhi tindakan
Ketiga : Niat perlulah berbentuk spesifik agar matlamat jelas dan mudah
dilaksanakan.
Keempat : Tanpa niat yang jelas hala tuju masih kabur dan mungkin membatalkan niat.
kelima : Tanpa niat dan matlamat segala dilakukan sia-sia.
Oleh itu, dalam meniti kehidupan pasanglah niat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Niat yang baik akan membuahkan hasil yang baik. Kita adalah apa yang kita niatkan. untuk mendapat pahala niatah setiap perkara baik yang dilakukan kerana Allah barulah semuanya menjadi IBADAH.
"Ayuh perbaharui niat bersama"
Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.
Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.
Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu. Dalam ayat yang lebih mudah 'Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)'
Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.
Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

Sumber: Al-Azhar Ad Din
January 07, 2010
GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

1. TUJUAN
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.
2. PENDAHULUAN
2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN
3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:
3.1.1 Takrif
3.1.2 Program Hiburan
3.1.3 Persembahan Muzik
3.1.4 Lirik Lagu
3.1.5 Persembahan Artis
3.1.6 Persembahan Tarian
3.1.7 Tanggungjawab Penganjur
3.1.8 Kesimpulan
3.2 Takrif
3.2.1 Hiburan
Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).
3.2.2 Nyanyian
Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).
3.2.3 Muzik
Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).
3.2.4 Tarian
Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).
4. GARIS PANDUAN
Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;
a) Program Hiburan
i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
b) Persembahan Muzik
i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
iii. Tidak melalaikan.
c) Lirik
i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.
d) Persembahan Artis
i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.
e) Persembahan Tarian
i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
f) Tanggungjawab Penganjur
Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.
5. Kesimpulan
Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.
RUJUKAN
1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.
2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.
4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.
6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.
7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)
[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)
[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)
Tarikh : 14 Januari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian
Editor : PRO JAKIM
Hits : 11738
HIKMAH DLM BICARA

REFER : Surah Al Nahl 125 ( cari ye kalau nk tau pengertian firman Allah tu. Sama2 kita buka tafsir al-quran dan cari ye hehe )
Entry ini khas untuk peringatan buat diri sendiri dan sahabat seperjuangan. Bab tegur dengan hikmah ini ana memang lemah. Maklumlah ana pun pengaplikasikan teori REBT so memang jelas tak pandai sangat jaga hati orang. Kalau nak tegur direct je. ASif ya sahabat, andai ana telah melukakan hati kalian dengan teguran dan nasihat ana buatdirimu. Percayalah ana memberi nasihat kerana ana sayang bangat sama kalian U I LOVE.
Sebaik-baik menyampaikan sesuatu biarlah dengan hikmah yakni tidak menyinggung hati mana-mana individu, menggunakan budi bahasa yang baik dan the most important jaga aib sahabat. ' Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga aib sahabatnya yang lain'.
Nak cite lagi tapi dah ngntuk pula..k nnt ye...
January 04, 2010
REhlAH Unit Bimbingan Sahsiah
perjalanan ke PRoton City
Sepanjang LDK
sesi refleksi
Alhamdulillah, berjaya juga Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah KAB menganjurkan rehlah UBS ke Proton City. Biar perancangannya berlaku secara spontan tanpa perancangan yang rapi namun segalanya berjalan dengan baik sekali. Komitmen dan semangat untuk mengadakan program diperingkat unit Bimbingan Sahsiah KAB menjadi faktor utama berjayanya aktiviti ini dilaksanakan. Walaupun yang terlibat dalam aktiviti ini hanya 18 orang tetapi ia cukup bermakna dan menyeronokkan.
Takdir Allah, hujan mengiringi sepanjang perjalanan kami ke Proton City. Pada awalnya plan B telah dirangka supaya mengubah tempat rehlah UBS tetapi mengenangkan adik-adik UBS begitu bersungguh untuk meneruskan rencana yang telah dirangcang maka berbekalkan payung kami meneruskan langkahan. Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi dan selamat tiba pada jam 9.15pagi untuk kelompok pertama dan 9.40 pagi untuk kelompok kedua.
Destinasi pertama kami adalah menuju ke Masjid Proton City. Aktiviti dimulakan dengan Solat Dhuha. Semua ahli UBS telah pun dimaklumkan untuk mengerjakan solat sunat tersebut. Kemudian barulah sesi menjamu selera.
Apabila perut telah diisi dengan makanan maka minda dan hati juga meronta untuk diisikan dengan sedikit pengisian. Ana kuatkan juga hati untuk meneruskan agenda pengisian pada pagi tersebut walaupun ana diburu oleh masa yang amat mencemburi untuk ana meneruskan aktiviti selanjutnya. Meeting dengan pembekal cenderahati pada jam 11.00 pagi tidak boleh dipandang enteng.
Asif jiddan buat ahli UBS kerana ana terpaksa mendesak kalian untuk bergerak pantas. Sesi pertama adalah ice breaking. Cukup simple proses tersebut dilakukan. Matlamatnya agar ahli lama dapat mengenali ahli baru UBS. Seteruskan LDK dijalankan.Hanya satu LDK sahaja yang berjaya dilaksanakan.
Semasa LDK ini dijalankan ana dapat melihat kesatuan yang cuba dibentuk dalam mewujudkan kerjasama antara ahli-ahli UBS. Kesungguhan mereka menghasilkan lukisan mengikut arahan ana dilaksanakan dengan baik sekali. Riang dan gembira mereka bersama-sama menunjukkan kerativiti masing-masing. Perbentangan kumpulan juga dilakukan dengan baik.
Slot refleksi sempat juga dilakukan walaupun hp ana berdering dengan mesej supaya segera pulang ke KAB. Antara kupasan ahli UBS :
1) Aktiviti dapat mengeratkan ukhwah antara ahli.
2) Dapat mengisi masa lapang dan melihat keindahan
ciptaan Allah.
3) Dapat melihat bertapa pentingnya objektif sesuatu
perkara itu dilaksanakan agar gerak kerja berarah
bermatlamat.
4) Kerjasama amat penting dalam sesebuah organisasi
5) Ahli dapat mengetahui kelebihan solat Dhuha
6) Dalam kehidupan usah diasingkan dengan AD DEEn
7) Aktivi menyeronokkan.
Sekadar itu yang sempat ana save kan dalam minda. Biarpun aktiviti ini simple tetapi ana amat berharap agar adik-adik UBS mendapat sesuatu sepanjang aktiviti ini. Biarpun sesuatu itu kecil tapi usah dipandang remeh. Sedikit perkongsian yang sempat ana berikan, semoga adik-adik mendapat secebis buah fikiran untuk direnungkan.
Ana doakan agar adik-adik teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan tidak melupakan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah

Taaruf
Salam perkenalan,
INi blog terbaru ana selepas blog yang sedia ada terdelete semalam akibat kesilapan teknikal. Semoga blog ini dapat kekal tidak seperti blog2 yang pernah diciptakan suatu masa lalu. Mungkin entry dalam blog ini nanti banyak menceritakan soal pengalaman peribadi berbanding perkongsian ilmu. Maklumlah ana masih dalam tempoh belajar dan mencari...
Tentang ISLAM
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?
Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.
Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?
Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.
Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan?
Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah!
Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan- Nya.
Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Subscribe to:
Posts (Atom)