February 14, 2010

Selami Hatiku : BAB 1

DI AWAL REMAJA

Bukanlah aku sengaja,
Melindungi rasa dijiwa,
Namun bimbang dirikan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita,
Sedang hayalan tidak menjanjikan,
segunung kebahagiaan,
sebagai mahar hantaran…


Bait-bait lagu ‘Mahar Cinta’ nyanyian Kumpulan nasyid Devotees ini sering berkumbang di stesyen radio IKIM. Lagunya penuh mesej yang tersirat dan sangat sesuai untuk dihayati oleh para remaja masa kini. Cinta itu fitrah dan keinginan untuk mencintai dan dicintai juga fitrah. Menurut Teori Maslow keperluan ketiga yang dituntut dalam diri setiap individu adalah keperluan kasih sayang. Manakala dalam teori yang lain .menyatakan bahawa pada usia 14 hingga 19 manusia berkeinginan ingin memiliki dan dimiliki. Oleh sebab itu, kita tidak boleh menentang fitrah kerana perasaan tersebut akan datang seiring dengan perkembangan semulajadi manusia.
“Rabiatul, enti tak teringin ke nak bercinta macam orang lain”, Tanya sahabatku Syuhada secara tiba-tiba. Aku dapat merasakan bertapa panasnya wajahku saat itu kerana menahan malu dengan soalan yang dituju.
“Nape tiba-tiba tanya ni? Entikan faham ana.”, jawabku bersahaja
“Ana tahu enti tidak berminat dengan cinta-cinta ni. Cuma ana nak tahu enti tak minat ke dekat mana-mana muslimin dalam kelas kita?”,
“ Ana tidak minat ok!”, jawabku tegas dan terus berlalu meninggalkan Syuhada dibelangkang. Jeritan Syuhada memanggilku tidakku endahkan lagi. Hari ini aku benar-benar marah dengan soalan yang diajukan. Syuhada sengaja membangkit isu yang sangat sensitif dalam hidupku. Aku sedari dulu mengelak untuk berkongsi tentang perasaan dengan sahabatku. Mandengar luahan sahabat-sahabat sudah cukup memberikan gambaran yang negatif terhadap alam percintaan. Namun walaupun tiada pengalaman bercinta, sahabatnya sering menjadikan aku tempat rujukan masalah cinta mereka.
*****
Suasana dikelas sangat berbeza berbanding tiga bulan lepas. Pada hari ini semua pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran maklumlah imtihan semakin hampir. Ada yang terkumat-kamit menghafal ayat hafazan, ada yang menghafal perkataan bahasa Arab dan tidak ketinggalan juga ada yang study group. Salah seorang ahli group tersebut pastinya aku. aku lebih suka belajar berkumpulan kerana cara ini lebih efektif.
Siminar dan bengkel menjawab soalan dianjurkan oleh pihak sekolah. Semua pelajar PMR wajib terlibat. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk membantu para pelajar menjawab soalan dengan baik dan membuat persediaan saat akhir. Bagi subjek-subjek killer seperti Bahasa Arab, Matematik dan Bahasa Ingeris kelas intensif diwujudkan. Saat ini jadual pelajar sangat padat dan semuanya berfokus kepada imtihan yang bakal berlangsung sebulan lagi.
Hari peperiksaan pun menjelang, sebelum masuk ke Dewan Kris Emas semua palajar akan beratur di hadapan guru-guru tingkatan masing-masing. Kemudian, seorang muslimin akan dipanggil untuk membacakan doa penerang hati. begitulah yang berlaku setiap hari sepanjang tempoh imtihan berlangsung.
Tiga bulan masa berlalu dengan pantas sekali. Kini keputusan PMR berada dalam tangan.
“ Ain, nak tak kita pindah teknik?”, soal Adnin pada Ain. Tanpa menjawab soalan Adnin, Ain minta pendapatku.
“ Rabiatul, enti rasa macam mana cadangan Adnin?”
“ Kalau antunna semua nak pindah ana ikut je. Lagi pun ana nak buat perubahan dalam diri ana.”
“ Perubahan apa yang enti nak buat ni?”,duga Wan yang dari tadi sibuk membandingkan keputusannya dengan keputusanku. Aku hanya membalas dengan senyuman.
Sementara menunggu keputusan ke Sekolah teknik keluar aku berada telah dipilih untuk mengambil kelas Pengajian Islam (PI). Saban tahun kelas PI hanya memiliki pelajar seramai 25 orang sahaja.
****

Valentine day



Hari Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati….

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!
Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Semoga anda semua mengambil iktibar!!!
Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol???

February 12, 2010

UNGKAPAN CINTA



14 Februari suatu tarikh yang sering dinantikan oleh semua pasangan kekasih untuk meraikan ikatan percintaan yang dijalinkan. Persiapan dan persediaan menyambutnya sungguh ditunggu-tunggu bagaikan suatu yang amat bernilai harganya. Masing-masing inginkan sesuatu yang indah tercipta pada hari yang dikenali sebagai valentine day. Bahagianya mereka....

Kebahagian dunia yang dikejar hingga lupa ia bersifat sementara. Gelodak jiwa remaja mana yang tidak impikan dicintai dan disayangi?? Bukan sahaja remaja malahan semua insan ingin milikinya. Betul tak? Dalam Teori Reality in Counseling ada menekankan keperluan love in belonging. Ia sememangnya suatu keperluan dan fitrah manusia. Hadith juga ada " tidak sempurna iman kamu sehingga kalu mengasihi saudaramu seperti mana kamu menyayangi diri kamu sendiri".

Cinta itu fitrah. Saling menyayangi itu suatu keperluan. Maka, tidak salah lah kami bercinta kerana kami saling mencintai dan mengasihi. Patut pun kami meraikan hari kekasih kerana kami memang couple dan sepasang kekasih. Kalau kami tidak raikan dan tunjukkan bagaimana kami nak buktikan kasih dan cinta kami? Cara kami tidak salah malah hadith sendiri yang menuntut kita saling berkasihan. ( pandai sungguh kamu berkata-kata )

Fikirkan persoalan di bawah ini khas buatmu yang ana kasihi kerana Allah:

* Adakah hanya 14 februari hari kekasih bagi kamu dan hari-hari lain sunyi dari berkasih-kasihan? Kalau benar, maknanya untuk berkasihan terkongkong la kerana hanya suatu hari sedangkan hari-hari lain sunyi darinya.

* Adakah kasih sayang dan cinta itu hanya dapat dibuktikan dengan meraikan hari kekasih dan bercouple? kalau benar, macam mana dengan kasih sayang dan cinta kita terhadap ibu kita?.ooooo, kita rai hari ibu kan. kalau cinta dan sayang ayah kita raikan hari bapa. Cume terdetik di hati cinta kan Allah buktinya macam mana pula.Adakah dengan melanggar syariatNYa itu membuktikan kita cintakan NYa??

* Adakah keperluan love in belonging itu khas hanya untuk insan bergelar kekasih / pakwe/ makwe/ gf/ bf ??? habis tu tak terlaksanake keperluan tersebut tanpa ada seorang yang bergelar kekasih / pakwe/ makwe/ gf/ bf?? Mungkin ada sedikit kekosongan je kan...

BUAT SEMUA HENTIKAN BERPAKSIKAN BARAT DAN KEMBALILAH KEPADA CARA HIDUP ISLAM

February 10, 2010

SelaMI HaTiKu


PROLOG

Zaman kejahilan berlalu pergi,
Menjadi memori dilubuk hati…

Kehidupanku kini amat berbeza dari zaman remaja dan kanak-kanak yang aku lalui. Era kejahilanku semakin aku tinggalkan demi meraih sebuah impian. Biarpun diawalnya pelbagai cabaran terpaksa aku tempuhi untuk mencapai ketahap ini. aku akui perjalananku masih jauh lagi. Bergelar seorang mahasiswa satu kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan. Kesibukan dengan tugasan dan program membuatkan masaku sentiasa terisi dengan perkara yang bermanfaat. Kadang-kala aku sendiri cemburu melihat teman-teman yang mempunyai masa untuk bersukaria di hujung minggu sedangkan aku tidak pernah dapat peluang sebegitu.
Aku ingin merebut segala peluang di kampus ini untuk mencari pengalaman. Berbekalkan pengalaman itu nanti aku harap boleh dijadikan nilai tambah buat diriku yang bakal bergelar kaunselor. Penglibatan dalam kolej amat penting buat diriku sebagai persediaan untuk aku mengendalikan program di sekolah kelak. Aku amat bersyukur kerana peluang untukku menyertai program-program yang dianjurkan sentiasa terbuka luas.
Sahabat-sahabat disekelilingku juga amat menyenangkan hatiku. mengenali mereka satu anugerah yang tiada bandingan buat diriku. Mereka banyak membantu aku untuk menjadi wanita muslimah sejati.

akan bersambung...

Waspada bagi telinga yang paling hampir dengan mulut yang berkata-kata



Tak tau la kenapa setiap kali kena handle slot dalam program mesti ana kena handle part muhasabah. Untuk bagi kesedaran dan keinsafan kat pendengar. Bukan mempertikaikan taklifan tapi takut tak mampu untuk menjadi seperti yang diperkatakan.

Sesungguhnya telinga yang paling hampir dengan mulut yang berkata-kata ini lebih dahulu dipertanggungjawab di atas apa yang didengarinya. Takut, ya memang ana sedikit gentar. Dalam memberi nasihat pasti kita berikan cara yang terbaik pada hal cara terbaik itu belum pasti kita sendiri mampu lakukan. Boleh mencuba tapi setara mana usaha mampu ke arah realisasikannya??

Kenangan bersama peserta sek khir johari masih segar diingatan. Bagaimana adik-adik boleh mengalirkan air mata malam itu akk pun tak tau. Rasa macam tak buat apa-apa je. Semuanya sempoi dan santai tapi alhamdulillah la klu adik-adik mendapat sesuatu daripadanya. Sayangilah kedua ibu bapa kita sementara ada...

February 07, 2010

Aku harus kuat



Perjalanan hidup ini terlalu jauh dan sememangnya masih jauh untuk aku melangkah. Kesibukkan hari ini sudah pasti aku tempuhi namun, bagaimana hari-hari seterusnya??

Bukan ingin mengeluh jauh sekali menyalahkan takdir suratan kehidupan ini tetapi kegusaran yang bertandang menbuatkan hati ini tertanya-tanya. Ya Allah, semoga aku diperkuatkan dan bersedia dengan takdirMU. Biarpun pahit atau manis aku harus terima...

semoga aku kuat demi keluarga tersayang....buat mak dan ayah maaf sangat2 kerana jarang dapat bersama kalian sejak akhir-akhir ini. MISS U ALL

February 06, 2010

I Wanna Be Somebody



I Wanna Be Somebody
Album :
Munsyid : Alarm Me



Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody
Senilagu: Aidit Alfian
Senikata: Nordin Hj Jaafar
Vokal: Deen/ Axis/ K
Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Senilagu: Aidit Alfian
Senikata: Nordin Hj Jaafar
Vokal: Deen/ Axis/ K

February 02, 2010

24 TIPS on HOW TO STUDY SMART!

* Be good to yourself.
o Keep physically fit and rested.
* Attitude is all-important.
o Use positive affirmations: "I can pass American History."
o Provide your own psychological edge, be it a positive attitude or a "lucky pen."
* Be a chronic enthusiast!
* Used textbooks may provide insights on a course.
* Sit in the front row;
o if you must sit toward the back of the room, lean forward.
o Attentiveness and concentration increase markedly.
* Don't miss the first and last minutes of class.
o They are crucial — important announcements, questions on test, etc.
* Use a variety of study techniques.
o a. Tape chapters (find out if your textbook has companion pod cast chapters). Listen on way to school, work.
o b. Use index cards for quick review.
o Keep them simple. Throw your highlighter away!
o Remember: frequent review takes facts from short-term memory to long-term memory — learning as opposed to cramming.
* Study in short bursts.
o (First and last facts are remembered best; therefore, it will accelerate learning.)
* Review notes immediately after class.
o Even for five minutes.
o Something magical happens!
* Review your notes out loud.
o Read your chapters out loud.
* Appearance raises grades.
o Neatness counts.
o Word processors are a plus.
o If a handwritte assignment is acceptable, use erasable pen.
* Don't waste time rereading.
o Rely on "pen in hand" and SQ3R.
* Test professors before they test you.
o Ask questions about what kind of test to expect,
o what material will be covered.
* Become an expert test taker.
* Go with initial hunches.
* Stay with initial hunches.
* Study according to your biological clock.
o Are you "normal," a night owl, or an early bird?
* Eliminate stress in your life.
* EXERCISE is the best antidote.
* Make extra credit mandatory.
* Never miss a class.
o This is considered mandatory by "A" students.
* Be prepared to bail out.
o Don't be afraid to drop a course that is not working for you., BUT be aware of all official dates to withdraw and any vital state legislative restrictions ( Texas has a limit on total number of W hours.)
* Volunteer to edit a friend's paper.
o Use it as a learning experience.
* Study smart—not hard!
* Time management skills and discipline pay off.
* Stay mentally, physically and spiritually fit.
http://www.accd.edu/sac/history/keller/ACCDitg/SSST.htm

Menuntut Ilmu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sabda Baginda s.a.w,

“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :

    1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu

    2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain

    3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu

    4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.