March 30, 2010

Jodoh dan Takdir 2

ok cambungannya...

sebelum kejadian ini, semalam ketika sedang menunggu bus tiba-tiba ana ternampak seorang AJK KPMI ( prog anjuran exco ana )...ana pun tegurlah sebab nak buat meeting tak lama lagi so takut dia tidak dapat maklumat tentang hal tersebut. Dalam kami berbincang tiba-tiba seorang hamba Allah ni mencelah perbualan kami...

Hamba Allah : yang kau tegur-tegur dia ni, kau tahu tak apa hubungan kami?

(Ana dan AJK KPMI terkejut dengan teguran sedemikian. Riak wajah terkejut AJK KPMI itu dengan teguran yang aneh bunyinya. saat itu ana sangat-sangat malu. Maklumlah 07 ada huhu...dalam hati janganlah 07 salah faham)

AJK KPMI : apa?( sambil wajah blur)

Hamba Allah : dia ni aku punya,hubungan kami baru berputik ketika prog baktisiswa kat Johor baru-baru ni tau (sambil tersenyum)
eizan : (pandang slack je kat hamba Allah tu tapi memang pelik dengan ayat yg terzahir dibibirnya)

nasib baik bus datang cepat so ana terus berlalu.

Daripada dua peristiwa yang berlaku dalam diri ana banyak yang ana pelajari dan ingin ana kongsikan. Peristiwa ni jarak masanya terlalu hampir membuatkan ia seakan-akan ada mesej yang sangat-sangat tersirat untuk ana hayatikan.tapi nnt ana sambung sbb kena siapkan montaj utk PASAQ 3 esk..

March 28, 2010

Dr. Danial panel jemputan PASAQ 3



Alhamdulillah akhirnya datang juga Dr. danial Zainal Abidin sebagai ahli panel Program Pembangunan SAhsiah Melalui Sains & al-Qur'an siri ketiga ( PASAQ )

Setelah beberapa kali menundakan tarikh untuk giliran beliau akhirnya saat untuk beliau tiba juga dengan izin Allah. Tak sabar tunggu esk semoga Allah permudahkan urusan ku dan sahabat yang lain

March 20, 2010

:Surat Untuk Bakal Isteri::

Salam semua
Untukmu, Bakal Isteri

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
Salam kembali



dipetik dari:http://fadhlinamathanip.blogspot.com

March 15, 2010

semakin aku berfikir Allah semakin ada



nntkan kupasan buku ini..baru semalam habis membacanya...

Jodoh dan Takdir




Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

#####

Teringat ana sewaktu baru pulang dari meeting. Alhamdulillah saat itu malam masih muda dan penghuni kolej masih ramai yang menyiapkan asgment. Merentasi sebuah blok asrama perempuan, ana disapa oleh seorang pelajar. Agak terkejut juga mulanya, maklumlah jalan sorang-sorang tiba-tiba orang tegur huhu. tengok dari penampilannya ana yakin dia junior.

Junior : Akk nak gula-gula?
eizan : Apa? ( bukan tak dengar tapi plik dengan soalan yg diajukan.
Malam-mala bagi gula-gula, dah la tak pernah jumpa)
Junior : Saya ada banyak gula-gula, akak ambil la.
Eizan : Tak pelah. terima kasih yer.
Junior : akk, tolonglah habiskan gula-gula ni. saya tak tau nak bagi siapa lagi.
Eizan : (kesian pula ana tengok dia ni)oklah akk ambik 6 je ye. untuk budak umh

saat ana mencabut gula-cula yang mejadi perhiasan pada polestrin itu adik tersebut memrhatikan gerak geriku.

junior : Akk, akk yang jaga surau tu ye?
Eizan ; ( aduh, ana jaga suaru dia kata ). taklah jaga surau hehe
Junior : (senyum pula dia?)..bukan maksud saya akk jmk yang bahagian surau kan?
eizan : latihan dan pembangunan sahsiah (EXCO LPS) dik. adik sem brape? maaf
tk perasan ramai sangat student. pernah ke jumpe akk sebelum ini?
Junior : Takpe saya faham. Selalu saya nampak akk kat surau masa wat RPA. Saya
je pandang akk, akk tak perasan kot.
eizan : (alamak, cmne bleh tak perasan ni) maaf ye.k, akk dah ambil 6 ni
Junior : ala...akk ambik la lagi bagi orang lain juga.
Eizan : k akk ambik untuk JMK ye. kebetulan esk kami ada meeting.

ana dapat lihat gembira di raut wajahnya kerana ana setuju mengambil lagi 30 biji. menurut dirinya, gula-gula ni digunakan masa pameran tempoh hari sebagai perhiasan.
tiba-tiba dalam kekalutan ana mengambil lagi gula-gula soalan pelik diajukan:...

" Akak ada couple yer
"

Apakah ini suatu pertanyaan atau suatu penyataan yang ditujukan buat diriku??? hampir terdiam aku seketika kerana dituju dengan soalan aneh ini.

eizan : napa adik cakap mcm tu?
junior: sbb.....( asif tkleh tulis) haza min fadli rabbi. sbb tu saya suka
memerhatikan akak.
eizan: adik couple ke?
junior: tak la. tk couple pun
eizan ; Islam tk benarkan kita couple dik. couple itu bukan cara hidup Islam.(
sempatla berhujah sedikit sekadar bagi view tentang kesalah bercouple kat
dia
sebelum peristiwa tersebut telah berlaku peristiwa seakan-akan macam tu...nanti ana sambung. nak gi mabil wuduk dan tido. nnt insya'Allah ana akan cntinue dan apa yg sebenarnya ana nk cite...

BAB 2 BERPISAH JUA

Akhirnya,penantian dan rakan-rakannya berakhir. Kami semua berjaya untuk ke sekolah teknik. Sayang sekali, atas alasan tiada penginapan disediakan maka sahabat-sahabatku menarik diri. Sekolah yang ditawarkan untukku sahaja yang menyediakan penginapan. Berat hatiku melangkah meninggalkan teman-temannya. Suatu ketika dulu kami dipertemukan dan kini takdir telah memisahkan. Lagu UNIC ‘Kau Kawan, Sahabat dan Teman” ini menjadi lagu tema perpisahan buat kami.
Riangnya saat kita ketawa,
Asyik senda dan bercerita,
Walau sesekali pandangan kita berbeza,
Andainya tetap serupa,
Adakalanya kita juga saling terluka,
Namun di akhirnya kita tetap bersama,
Dan kini dipisahkan dua benua,
Saling mengejar cita,
Tak pernah kulupakan,
Detik yang indah bersamamu temanku.


Melangkah kaki ke sekolah baru membuatkan aku seakan-akan teruja. Walaupun emak dan ayah keberatan untuk melepaskan aku pergi tetapi mereka terpaksa akur dengan kemahuanku.
Program orientasi berlajan selama satu minggu. Saat itu penuh dengan penyeksaan bagiku. Akak senior menjadikan kami pelajar baru tidak ubah seperti anak patung. Mereka mempergunakan tiket sebagai senior untuk membuli kami. Hampir setiap malam jam 3.00 pagi kami dikejutkan dan terpaksa mendengar celoteh mereka yang pada pandanganku tidak rasional langsung. Kadang-kala tiada motif pun mereka panggil seawal waktu itu.
Air mata adalah teman setia dikala rindu pada bonda dan ayahanda tercinta. Namun aku tekadkan hati bahawa sekali melangkah tidak bisa berundur. Teori Rollo May ada menyebut bahawa tempoh kehidupan ini kita akan lalui kepahitan dan kegemberiaan. Warna-warni kehidupan sebeginilah membuatkan kita lebih matang dalam menghayati tempoh kehidupan yang singkat.
Aku membuka lembaran dairi hatiku yang sudah sebulan terabai. Sejak masuk ke sekolah baru ini tidak sempat tanganku mencapai mata pena untuk mencatat perjalan hidupku. Jadual hidupku sentiasa menuntut aku untuk menghargai setiap minit yang ada maka tidak kesempatan untuk mencoretkan lakaran hidup dalam dairi kecil ini. Helaian pertama yang aku tatap adalah matlamat dan azamku ketika aku tekad untuk masuk ke sekolah teknik.

15 Februari 2003

Aku mesti belajar betul-betul dan berani untuk bercakap dikhalayak ramai. Jangan terjebak dengan budaya negatif kuala Lumpur dan ingat mak ayah di rumah. Tabahkan hati dan kuatkan iman, ingat kata-kata angah ini!!
“ Rabiatul, tabahkan hati dan kuatkan iman tau”, pesan angah ketika aku bersalaman denganya. Berderai air mataku ketika saat itu.
“ InsyaAllah, doakan semoga Rabiatul kuat di sana”
*****
Rombakan kelas bagi pelajar Aliran Teknik dilakukan. Tujuan rombakan ini adalah untuk menempatkan pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik setaraf berada di dalam kelas yang sama. Aku telah ditempatkan di kelas tingkatan 4 Teknik 2. Jurusan yang kuambil kini adalah Pengurusan Makanan .
Sekolah menengah Teknik (ERT) Setapak ini mempunyai tiga aliran kursus yang ditawarkan. Selain aliran teknik dan vokasional aliran kemahiran juga disediakan. Terdapat sedikit perbezaan antara aliran-a;iran tersebut. Aliran teknik para pelajarnya diwajibkan mengambil subjek sains tulen iaitu fizik, kimia dan biologi. Aliran teknik juga kursusnya berfokus kepada teori berbanding amali. Manakala bagi aliran vokasional pula, mereka lebih fokus kepada amali berbanding teori. Aliran kemahiran hanya berfokus kepada kemahiran sahaja. Walaupun mereka tidak belajar subjek akedemik tetapi mereka diberikan latihan amali secukupnya.
*****

Sepunuh tumpuan aku berikan semasa sesi pembelajaran walupun mata ini amat pedih sekali menahan rasa mengantuk. Semua ini gara-gara tindakan senior yang sering mengganggu masa tidurku. Kadang-kala terfikir mengapa mereka berkelakuan sedemikian dan suka mencari salah junior, adalah lebih baik mereka fokus kepada SPM yang bakal mereka depani tahun ini. Siap kali ada masa senggang saja dalam kelas aku sering manfaatkan masa tersebut untuk tidur kerana jika pulang ke asrama tidak akan ada lagi masa tidur yang nyenyak ku nikmati. Aku akui pelajaranku sedikit merosot. Subjek sejarah yang menjadi subjek kegemaranku kini tidak lagi aku kuasai dengan baik malah, aku gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Bukan itu sahaja matematik juga aku gagal sedangkan kedua-dua subjek ini aku sering mendapat A.
Sudah dua minggu aku berada di dalam kelas 4 Teknik 2 tanpa ketua kelas dan penolong ketua kelas. Suasana dalam bilik darjah pastinya tidak terurus dan sering kali bising bila ketiadaan guru. Suatu hari guru kelasku memaklumkan perlantikan AJK kelas mengikut kuasa Vetonya.
“ Saya selaku guru kelas kamu maka saya ingin melantik Hasni sebagai ketua kelas, Rabiatul sebagai Penolong Ketua kelas, Hanisah sebagai bendahari dan Fatin sebagai setiausaha. Saya harap kamu setuju dengan perlantikan ini”, kata Puan Syikin dengan tegas.
Jiwaku memberontak, “Mengapa aku yang dilantik,mengapa mesti aku?”. Bukan aku marah dengan taklifan tersebut tetapi aku sememangnya tidak suka memengang apa-apa jawatan. Namun, aku terpaksa akur. Alhamdulillah semua yang dilantik adalah kawan-kawan yang baik denganku. Tidakku nafikan pelantikan kami tidak diterima sebulat suara kerana kami semua adalah dalam kalangan pelajar yang pendiam dalam kelas.
“ Nape cikgu pandai-pandai je lantik jawatankuasa kelas tanpa berbincang dengan kita semua?”, Tanya suria dengan nada tidak puas hati
“ Ntahlah aku pun pelik padahal ramai lagi yang layak boleh dia bagi dekat budak-budak tu.” balas Ika yang turut membantah keputusan tersebut.
“ Aku rasa mereka ni mesti kroni-kroni cikgu sebab tu senang-senang je cikgu lantik diorang”, sampuk Sue.

Perbualan mereka aku dengari semasa aku baru tiba di tandas tetapi mereka tidak sedar akan kehadiran batang tubuhku di sebalik daun pintu yang tertutup. Sungguh tidak aku sangka bergitu sekali tanggapan mereka buat kami.

16 April 2003,
Rabiatul kau harus buktikan kau boleh laksanakan tugas ini dengan baik. Jangan membenarkan penistaan dan fitnah ini terus berleluasa. Kau harus bergabung tenaga dengan jawatankuasa yang lain demi membersihkan nama baik masing-masing. Catatan aku didalam dairi hatiku.
*****
Berkat kesabaran dan sikap professional mengndalikan kelas akhirnya rakan sekelas memberikan sepenuh pengormatan buat kami selaku jawatankuasa tertinggi dalam kelas. Kemudiaanya bakat kepimpinanku terus digilap. Aku dicalonkan sebagai calon pengawas bagi sesi hadapan. Walaupun berat juga aku menghadiri sesi penamaan calon-calon pangawas tetapi demi menjaga nama baik guru kelas yang mencalonkan namaku, aku gagahkan juga kaki malangkah ke Bilik Gerakan Pengawas.
Melangkah sahaja kaki ke dalam bilik tersebut jantungku berdegup kencang sekali. Dup..dup..dup.. Seram sejuk seluruh tubuh badanku kerana bakal ditemuduga oleh ketua pengawas dan penolong ketua pengawas serta beberapa ajk tertinggi yang lain. Aku duduk dibarisan menunggu dan sempat melihat wajah-wajah pucat calon yang lain. Semuanya seakan-akan tidak senang duduk menanti giliran untuk ditemuduga. Giliranku akhirnya tiba juga.
“ Nama awak Rabiatul Husna Binti Naufal?”
“ Ya, saya Rabiatul Husna Binti Naufal.”
“ Sebelum ini pernah jadi pengawas?”
“ Tidak pernah kak.”
“ So, awak takde pengalaman la ni. Susah la kalau macam ni”
“ InsyaAllah kak walaupun takde pengalaman saya boleh belajar dan saya akan buat yang terbaik”
“ Ayat biasalah tu sebelum dapat. Sekarang awak pergi belakang sana dan ambik Ikrar ini baca. Akak nak suara kuat dan jelas sampai kat depan ni. Faham!”
“ Baik kak.”
Tersenyum aku sendirian bila dikenangkan kembali saat temuduga itu. Mengapalah aku terlalu takut? Nasib baik aku berjaya kawal emosi dan tindakan. Aku juga percaya bahawa jika kita dapat mengawal pemikiran kita, emosi dan tindakan kita juga pasti terkawal.
Keadaan ini telah dinyatakan dalam Teori Rasional-Emotif Tingkahlaku atau lebih dikenali sebagai Teori REBT. Teori ini telah dipelopori oleh Albert Ellis iaitu bapa terapi kognitif-tingkahlaku. Pandanngan Ellis tentang sifat semulajadi manusia dalam teori ini ialah manusia didominasi oleh prinsip bahawa emosi, pemikiran dan perasaan terikat kemas dalam psikik manusia. Manusia yang normal dikatakan berfikir, berperasaan dan bertindak secara bertukar ganti. Pemikiran manusia kerap membentuk perasaan dan tindakan. Perasaan pula akan member kesan kepada pemikiran dan tindakan. Manakala tindakan pula akan memberi kesan kepada perasaan dan pemikiran. Setiap satunya saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Teori ini juga sangat menekankan konsep bahawa pemikiran yang menguasai emosi dan tindakan. Jika kita meletakkan memikirkan atau memdang sesuatu itu dari aspek positif maka tindakan dan emosi kita turut akan positif. Dengan itu pemikiran seharusnya sentiasa dalam keadaan baik demi menjana emosi dan tingkah laki yang baik.
****
Pada suatu hari, mesyuarat agung pengawas diadakan dalam bilik gerakan. Semua pengawas sekolah dan ahli tertinggi pengawas turut serta dalam mesyuarat tersebut. Tujuannya adalah untuk membubarkan jawatankuasa induk pengawas lama dan membuat perlantikan baru. Sesuatu yang tidakku duga aku telah dilantik sebagai orang kelima tertinggi. Aku dilantik sebagai Katua Biro Disiplin kedudukanku terus bawah Penolong Ketua Pengawas. Pentaklifan ini amat berat untukku pikul diawalnya. Aku mempersoalkan pentaklifan diriku kerana pada pentafsiranku jawatan tersebut hanya layak dipikul oleh orang-orang yang garang sahaja. Selepas aku merisik bekas ketua pengawas baruku tahu bahawa pentaklifan ini dibuat kerana dalam pemerhatian mereka aku mampu kawal pelajar bermasalah. Pendekatan yang aku guna amat mudah bertepatan dengan firman Allah dalam surah An –Nahl ayat 125 yang bermaksud “ Serulah ( manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat pertunjuk ”.

Namun begitu aku tidak dapat lari diuji semasa menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang pangawas. Kalau perli dan dibenci oleh rakan-rakan itu adalah perkara biasa lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar bermasalah. Kelas angkatku juga adalah kelas yang paling bermasalah. Memang menguji kredibiliti diriku. Aku pernah dibaling dengan roti gara-gara aku tidak membenarkan pelajar tertabit membawa makanan ke dalam kelas.
****
Salah satu aktiviti utama dalam takwim pengawas adalah spot check barang haram ke sekolah atau ke asrama. Suatu malam semasa kami semua sedang sibuk menelaah pelajaran tiba-tiba warden asrama datang dan terus buat spot check. Dalam operasi tersebut aku dan tiga orang pengawas sekolah yang lain membantu warden tersebut mengeledah keseluruhan kawan kelasku. Nasib rakan-rakan kelasku baik kerana kami tidak menemui sebarang peralatan yang haram di bawa ke sekolah. Warden tersebut naik berang kerana tidak barang rampasan dalam operasi tersebut.
“ Mustahil kelas ini tiada rampasan. Pengawas yang bersubahat saya tidak akan maafkan kamu”, tengking puan Rohaida
Saat itu aku dan rakan-rakan pengawas semua tunduk ke bumi tidak mampu untuk memandang wajah garang Puan Rohaida. Hati memberontak untuk memaklumkan bahawa aku tahu siapa yang membawa telephone bimbit ke sekolah. Aku hanya mampu memandang sayu wajah rakanku agar mereka mengaku sendiri kesalahan mereka tetapi rakanku tersebut hanya berpaling. Kecewa rasanya saat itu. Keluar sahaja Puan Rohaida dari kelas aku dan rakan pengawas terus ke tandas. Kami sama-sama menitiskan air mata kerana kami gagal jalankan amanah ini. Tanpa berlengah air mata dikesat kami bertiga pergi ke bilik guru lelaki untuk berjumpa Ustaz Zaid.
Bilik guru lelaki sememangnya terpisah dengan bilik guru perempuan. Semua pelajar yang ingin bertemu guru lelaki diwajibkan berteman dan tidak pergi bersendirian. Hal ini bertujuan mengelak sebarang fitnah dan demi menjaga hubungan antara pelajar dan guru. Guru-guru lelaki juga tidak akan membenarkan pelajar masuk ke dalam bilik guru lelaki jika datang bersendirian.
Ketika aku dan dua orang rakan pengawas tiba di bilik guru tersebut Ustaz Zaid sedang tekun menyiapkan tugasnya. Pintu diketuk dan kami diizinkan masuk.
“ Assalamualaikum ustaz. Maaf mengganggu ustaz”, kata Hanisah membuka bicara.
“ Waalaikumussalam. Boleh saya bantu kamu?”, jawab Ustaz Zaid dengan tenang.
“ Kami ada masalah ustaz. Tadi ada spot check dalam kelas bersama Puan Rohaida tetapi kelas kami tiada barang rampasan. Puan Rohaida marah la kami dan tidak akan maafkan kami berempat sebab kami bersubahat dengan pelajar yang buat salah”, Fatin bercerita kepada ustaz.
“ Jadi masalah kamu sekarang ni?”, ustaz masih kabur dengan permasalahan kami.
“ Kami ingin memohon maaf pada Puan Rohaida ustaz, bukan niat kami berbohong denganya tetapi kami tersepit antara kawan dan amanah. Seandainya kami beritahu Puan Rohaida nanti teruk la kami”, Giliranku pula member penjelasan lanjut.
“ Kamu tahukan amanah dan tanggungjawab kamu sebagai pengawas. Ana faham masalah kamu semua tetapi kamu kena ingat kamu akan dilindungi oleh pihak sekolah jika kamu diugut. Ana akan bagitahu Puan Rohaida tetang hal kamu semua dan sekarang ini tulis nama pelajar yang kamu tahu membawa barang haram”, kata ustaz zaid
Setelah selesai kami pun pulang ke kelas dengan hati yang tenang.
****
Walaupun aku sibuk dengan rutin pembelajaran dan tugas sebagai seorang pengawas tetapi aku tetap bergiat aktif dalam Persatuan Puteri Islam. Aku telah dipilih bersama 35 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Kawat Kaki Puteri Islam Peringkat Kebangsaan bagi mewakili Wilayah Persekutuan. Setiap hari selepas sesi pembelajaran kami akan menjalani latihan kawat. Pelbagai formasi kawat yang dipelajarai antaranya kawat jam, bunga raya dan sauh. Kesukaran melakukan kawat formasi ini ialah ketepatan setiap ahli mengingati pergerakan kerana kawat ini dilakukan tampa arahan daripada komander. Menjadi salah satu peraturan dalam kawat bagi badan bukan kerajaan (NGO) melakukan kawat senyap. Jika badan persatuan itu adalah dari kalangan badan kerajaan seperti Kadet Polis dan Kadet Bomba barulah arahan komander dibenarkan semasa melakukan formasi.
Akhirnya masa yang dinantikan pun tiba. Kami dibekalkan dengan baju kawat oleh pihak sekolah dan segala pengankutan disediakan. Seawal jam 7.00 pagi kami bertolak ke Johor kerana pada tahun ini Johor merupakan tuan rumah pertandingan tersebut. Pelbagai sekolah dan semua negeri di seluruh Malysia menghantar wakil pasukan masing-masing. Para peserta pula diberi tempat penginapan di Sekolah Menengah Tun Fatimah Johor Bharu.
Sepanjang seminggu berada di sana pelbagai pengalaman yang berjaya aku perolehi, aku juga telah bertemu ramai kawan-kawan dari pelbagai negeri diseluruh Malaysia.
*****
Selepas bercuti selama seminggu semua pelajar harus mendepani peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan ini akan mengukur sejauh mana para pelajar menguasai sebahagian subjek yang diambil pada tahun tersebut. Kali ini aku sebagai pelajar Aliran teknik akan diuji dengan ujian mereka resipi. Ujian ini akan berlangsung selama 1 jam 30 minit. Setiap pelajar harus menyediakan satu hidangan untuk 4 porsi dengan bergantung kepada pelbagai permasalahan pelanggan. Aku telah memilih untuk menyediakan makanan bagi pesakit darah tinggi. Dalam resipi yang dicipta para pelajar harus mengira kandungan kalori berdasarkan pengiraan yang digariskan dalam buku khas.
Terdapat sedikit perbezaan dengan pelajar Aliran Vokasional mereka hanya perlu menyediakan masakan sebanyak 7 jenis. Resipi bagi masakan tersebut boleh diperohi daripada pelbagai buku tanpa perlu mencipta sendiri tetapi berdasarkan tema-tema terpilih. Antara tema yang diberikan ialah hidangan pengantin, hidangan makan malam, masakan Thai, dan masakan laut. Masakan mereka menyediakan hidangan terbut pula adalah 3 jam sahaja. Penilaian bagi pengujian amali ini diambil kira dari aspek kebersihan dapur, kecekapan memasak, keseimbangan hidangan, susuanan di meja hidangan dan perhiasan bagi setiap menu.
Namun demikian terdapat juga pengujian dari aspek layanan pelanggan. Ketika pengujian para pelajar wajib memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam bagi lelaki dan berkain hitam bagi perempuan. Para pelajar harus melakonkan seolah-olah mereka sedang melayan pelangan dan ia bermula dari penyusunan peralatan di atas meja makan. Terdapat dua jenis susunan yang biasa digunakan iaitu table doht atau ala carte.
Setelah berjuang selama hampir dua minggu bersengkang mata belajar akhirnya keputusan peperiksaan diumumkan. Alhamdulillah aku mendapat tempat ke-3 dalam kelas dan aku berjaya menjadi pelajar terbaik bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam. Berdasarkan keputusan tersebutlah aku telah dipilih oleh guru sejarahku yang merupakan guru paling rapat denganku untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Kuiz Patriotik 2004.
Guru sejarahku, Puan Mahsyuria merupakan guru yang paling garang. Di asrama beliau merupakan warden yang paling glamour kerana jeritannya bisa menggegarkan seluruh ruang asrama. Ketegasannya dalam mendidik para pelajar sangat terselah. Namun begitu jika kita mendekati dan pandai mengambil hati beliau, beliau sebenarnya sangat baik dan penyanyang. Minatku terhadap subjek sejarah hadir kembali berbunga di hati. dalam kelas juga aku sering memberikan segala tumpuan dan aku hampir boleh menghafal setiap isi kandungan buku teks subjek tersebut.
Kertas peperiksaanku juga sering dihiasi dengan pelbagai kata-kata semangat. Puan mahsyuria juga sering memberi tumpuan lebih terhadapku berbanding rakan pelajar yang lain. Keadaan ini menyebabkan ramai rakan sekelasku cemburu dengan layanan baik tersebut. Walaupun aku sedikit terkilan dengan perkara yang berlaku tetapi aku kuatkan semangat kerana harapan yang diletakkan di bahuku amat berat untuk dipikul.
Puan Mahsyuria telah menghadiahkan aku sebuah buku nota dan tercatat kalimah ‘ doa saya sentiasa mengiringi setiap langkahmu. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Sejarah SPM dapat A ’. Hadiah tersebut diberikan kepadaku semperna aku mendapat markah tertinggi sejarah dalam peperiksaan percubaan SPM.
Ketika menganggam buku tersebut air mataku mengalir bagaikan hujan membasahi pipi. Bait-bait kalimah yang tercatat benar-benar membuatkan aku terharu dan terasa berat beban amanah yang harus ku pikul. Amanah seorang guru yang ingin melihat kejayaanku. Rakan baikku juga turut menangis bersama-sama denganku kerana mereka turut merasai apa yang kurasai. Dalam hatiku telah ku pasakkan aku wajib mendapat A dalam kertas sejarah walau apa pun terjadi demi melihat impian guruku tercapai.
Hampir setiap malam kuhadamkan buku teks sejarah tingakatan 5. Usaha kerasku ini telah membolehkan aku menulis setiap patah perkataan dalam sesuatu bab itu ke dalam karangan sejarahku. Kawan-kawanku juga sering menjadikan aku tempat mereka merujuk jika tidak faham satu-satu bahagian dalam subjek ini.. Anisiatif yang kuambil adalah datang ke kelas bersama rakan-rakan dalam 4 atau 5 orang dan aku akan bertindak sebagai guru ajar mereka sejarah. Kebiasaannya habis seluruh papan hitam aku penuhi dengan fakta-fakta sejarah dan aku jadikan fakta tersebut dalam bentuk peta minda. Rakan-rakanku juga mudah faham pengajaran yang ku sampaikan.
Seminggu sebelum hari peperiksaan SPM aku telah pun memohon maaf dari semua guru-guruku. Majlis titisan ilmu dianjurkan dan semua guru hadir dalam majlis tersebut. Sepanjang minggu peperiksaan berlangsung setiap pagi aku akan menelefon emak supaya emak mendoakanku. Amalan ini telah menjadi tradisi adik beradik ku ketika minggu peperiksaan berlangsung.
****

March 09, 2010

March 03, 2010

Maulid Nabi



Sejauh manakah kita telah melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w?

MOTIVASI KENDIRI



Definisi
Motivasi adalah satu dorongan yang menyebabkan seseorang bertindak atas kehendak mereka sendiri. Setiap individu bertanggungjawab memotivasikan diri mereka sendiri, orang lain hanyalah sebagai perangsang.

Adakah anda mempunyai motivasi diri? tanyalah kepada diri sejauh mana mampu menguasai sebuah pelayaran hidup yang amat mencabar.

Disiplin diri
Mengatasi masalah tangguh kerja:

* solat hajat 2 rakaat/ zikir / selawat /doa
* jangan tunggu mood datang. Paksa diri anda
* kuatkan azam dan tekad
* Sediakan tempat belajar dan pakaian yang selesa
* jangan makan terlalu kenyang dan jangan merokok
* Sediakan bantuan pembelajaran



Buat pembahagian tugasan sendiri

Tetapkan tarikh untuk sempurnakan kerja

Berikan hadiah buat diri sendiri apabila kerja telah sempurna
( Alhamdulillah ada;ah hadiah yang terbaik )

Perkara yang perlu disemai dalam diri

TEGAS, JADIKAN BELAJAR SATU AMALAN

GAMBAR UTK AYAH DAN IBU ANGKAT KIDT











PHOTO INI SEMUA UTK TATAPAN KELUARGA DI PARIT PULAI

March 01, 2010

Tahniah Buat Adikku

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha mengasihani......

Bersyukur dengan anugerah ALLAh buat adikku zira yang baru sahaja menerima result STPM 09 khamis lalu. Alahmdulillah result yang baik dan cemerlang diterima. Segalanya dengan izin Allah dan berkat usaha Zira selama ini. Harapan mak dan ayah serta kami adik beradik tergalas di bahunya. Ia bukan suatu yang mudah. Tambahan pula, guru-guru juga meletakkan harapn yang tinggi buat dirinya. Berat amanah yg dipikulnya.

Dia juga aktif dalam Persatuan Tingkatan Enam dengan memegang jawatan sebagai setiausaha. Ingat lagi time dia menjadi pengarah untuk projek kem motivasi pelajar menengah rendah kelam kabut dia hehe. Tapi akhirnya cikgu puji hasil kerja dia. Maklumlah modul-modul semua itu telah direfer dari seorang hamba Allah yang ada sedikit pengalaman.

Mendengar berita resultnya tersenyum ana dibuatnya. Teringat saat2 di bertnya boleh ke ni? boleh ke ni?.. Ragu betul dia pada kemampuan diri. akhirnya dikau mampu sayang utk melakar sejarah. bersyukurlah. kami semua terima dgn hati terbuka...

C. U.D.I.P.T..