April 28, 2010

dilema cinta ILLAHi




Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

* Korus
Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Kemanakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari mu


Dilema...Cinta...Illahi....

* ulang Korus

Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Kemanakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat lankat dari mu

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

Forheart

dilema cinta ILLAHi



Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

* Korus
Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Kemanakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari mu


Dilema...Cinta...Illahi....

* ulang Korus

Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Kemanakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat lankat dari mu

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

Forheart

April 20, 2010

MONOLOG HATI SEORANG IKHWAH



Ukhti...
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti...
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.

Ukhti...
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

Ukhti...
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,
Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,
Apabila hujan menyirami
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,
Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.
Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti...
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti...
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.

Kerana...
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku...

April 18, 2010

Kewibawaan Muslimat




"Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" ( At-Taubah 9 : ayat71 )

Merujuk firman Allah di atas jelas memberitahu kita bahawa tanggungjawab membangunkan masyarakat merupakan tanggungjawab bersama antara mu'min dan mu'minah. Tiada yang terkecuali dari menanggung amanah ini. Namun bergitu bukanlah sesuatu yang mudah untuk memikul amanah yang berat ini. Dalam sebuah buku "Muslimat Pencorak Masyarakat" hasil karangan Asiah 'Ali ada menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang muslimah. Ciri-ciri tersebut :


1. IMAN
Iman yang lahir dari konsep Tauhid dapat membentuk muslimat menjadi seorang hamba Allah yang khusyuk dan tunduk kepada penciptanya. Ketabahan diri muslimah juga akan bertambah apabila melalui saat-saat dirinya diuji sekiranya muslimat memiliki keimanan yang kukuh.

2. AKHLAK
Dua sumber utama akhlak iaitu Al-Qur'an dan Al-hadith. Dalam Al-Qur'an Allah mendidik manusia agar mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan jauhkan sifat-sifat mazmumah.

3. IHSAN
Sesuatu amanah itu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Penting bagi seorang muslimat itu bersifat ihsan untuk mencapai matlamat pembangunan masyarakat dan tamadun Islam.

4. UKHWAH
Aqidah Islamiah telah menjadi pengikat tali persaudaraan sesama Islam. Muslimat seharusnya menjaga hubungan tersebut dan elak daripada melakukan perpecahan sesama sendii.

5. PENGHAYATAN SYURA
Muslimat perlu menghayati dan memahami prinsip syura dalam kehidupan mereka. Dalam hal-hal berkaitan dasar umum kepentingan umum seorang ketua tidak boleh diambil melainkan dengan mengambil keputusan ahli-ahli syura.

6. MUAFAKAT DAN KERJASAMA
Sebagai seorang anggota jamaah islam, muslimat semestinya mewujudkan suasana muafakat dan saling kerjasama dalam melaksanakan tugasan harian. Ia penting dalam mewujudkan masyarakat atau jamaah yang mantap dan kukuh.

7. TOLERANSI
Konsep ini sangat dituntut dalam Islam kerana selain mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi tetapi juga dapat membentuk pelbagai peringkat pekerja ke arah kerja berpasukan.

8. BERSEDIA MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN
Penilaian pandangan orang lain harus diambil dan dinilai dengan positif oleh seorang muslimat. Jika ia membawa kebaikan bersama wajarlah pandangan tersebut diambil. Konsep berlapang dada harus diamalkan dalam menghadapi sebarang teguran dan kritikan.

9. SYAJA'AH (BERANI)
Keberanian menegakkan kebenaran biarpun dibenci oleh manusia perlu dilatih dalam diri seorang muslimat. Bukan muslimat sahaja muslimin pun perlu juga ada sifat ini terurama individu yang terlibat dalam gerakan Islam yang sentiasa mendepani mehnah dan tribulasi.

p/s: Sekadar perkongsian ilmu daripada pembacaan.

1st time berbekam huhu


gambar hiasan

Alahamdulillah, tak sangka berkesempatan berbekam semalam. Suatu pengalaman baru dan 1st time try. Biarpun dlm tempoh kesibukan stdy utk final huhu...

Bekam atau bahasa Arabnya disebut hijamah bererti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada bahagian kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. (Kamus Dewan: 124)



Hukum Berbekam

Perubatan dengan menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam" (Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Faedah berbekam

Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : “Hendaklah kalian berbekam pada tengah qomahduah kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit”.

1) Melancarkan darah dan menguatkan sistem saraf dalam badan.
2) Mengaktifkan peranan sel darah putih
3) Memberi keselesaan dan kesegaran badan.
4) Membasmi kuman dan bacteria daripada merebak dan berjangkit semula.
5) Mengaktifkan saluran pernafasan,pergerakan,percakapan,pendengaran dan sel otak.
6) Menambah kekuatan otot
7) Mengaimbangi daya tahan badan.
8) Membuang darah kotor dan bertoksik yang menyebabkan penyakit.
9) Mengeluarkan angin yang mengganggu sistem badan dan sebagainya


p/s: fakta berkaitan berbekam ini diambil dari http://keluargaku-usrati.blogspot.com/2009/04/fadhilat-berbekam.html

April 16, 2010

[SN] Al-Hadith : Sengaja Diamkan .

Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah
bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu sia-siakan, Dia telah menentukan beberapa hudud (batasan), maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia diamkan segala sesuatu sebagai rahmat bagi kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

(Riwayat Daruqutni dan lain-lain)

April 14, 2010

Ingin berperang tapi senjata masih tumpul





Musim peperangan
Sahabat-sahabat yang ana cintai sekalian pastinya antum semua sedang sibuk bersedia berperang sekarang ini. Peperangan ini sudah kita jangka dan kita telah pasti saatnya. 14 minggu kite dilatih dan diasuh untuk berdepan dengan peperangan ini. Setiap kalimah yang dilontarkan buat kita selama tempoh tersebut harus kita manfaatkan dalam medan perjuangan ini. Tiada yang bernilai dalam didikan dan asuhan yang diberikan melainkan semuanya mutiara berharga tetapi sejauh manakah kita mengambil mutiara-mutiara tersebut untuk dihargai??

Sebagaian kita mampu tersenyum yakin kemenangan pasti mudah digapai kerana step pertama telah berjaya dilalui. Timbunan senapang asgment berjaya gunakan dengan baik dalam cabaran pertama tetapi kita bagaimana? Apakah senapang asgment kita cukup utk menyakinkan kemenangan milik kita??


Senjata perjuangan
Senjata kita bukan sekadar kata-kata dan semangat sahaja. Senjata kita sudah bersediakan untuk digunakan dalam perjuangan ini atau masih tumpul tanpa terbela?Bilakah kita ingin mengambil masa untuk mengasah kembali senjata yang kita miliki? Semangat yang bersisa akan layu andai kita tak pandai membajainya. Harus bagaimana kita mahu mengasah senjata, memulihkan semangat yang tersisa dan menjadi pejuanga yang benar-benar bersedia?? ( tanyallah hatimu kau bisa temui jawapan)


Salam imtihan buat sahabat tercinta sekalian. Maafkan setiap kekhilafan diri ini dan bitaufiq wannajah...

April 07, 2010

Selami Hatiku : BAB 3

ALAM PEKERJAAN


Angin petang bersepoi-sepoi bahasa menampar pipiku. Aku termenung dijendela melihat terlatah anak kecil berain di halaman rumah. Indahnya menjadi seorang kanak-kanak bisik hati kecilku.
“ Nak duduk rumah je ke sepanjang tunggu result ni?”terjah emak mengejutkan aku dari hayalan.
“ Bukan tak kerja tapi tak tahu bila nak pergi”, jawab ku sambil tersenyum paa emak
“Kalau nak esokla emak temankan minta jelah kerja JUScO tu”,cadang emak kepadaku
“ Yelah, esok kita pergi.
****
Seminggu aku menunggu jawapan daripada pihak JUSCO dan akhirnya aku diberitahu bahawa aku perlu datang melapor diri hari esok. Sebelum kakiku melangkah memanjat anak tangga ke pejabat JUSCO jantungku berdegup kencang.
dup…dup..dup…
Aku ditugaskan sebagai Chasier dan diletakkan di bawah pantauan kak Siti. Pertama kali aku terpandang akak ni kejut giler aku. Garangnya wajah dia dah la tak sedikit pun senyum padaku.
Dua minggu tempoh penyesuaian aku dengan persekitaran tempat kerja. Setelah itu aku selesa bekerja dan aku semakin mengenali kerjaya ini. Rakan-rakanku juga semuanya adalah dalam kalangan rakan sebaya.
****
Persekitaran tempat kerja amat berbeza dengan zaman persekolahan. Kini otakku tidak lagi terbeban dengan masalah pembelajaran. Hari-hariku lebih tenang dan damai tanpa ada ganggu daripada tugasan kerja sekolah. Memandangkan persekitaranku adalah pasar raya maka tidakku bisa lari daripada gejala sosial yang sering terhidang sebagai santapan mata. Rakan-rakanku juga tidak kurang juga kebanyakkan mempunyai kehidupan yang bebas tanpa pantauan keluarga. Ada juga desas-desus mengatakan asrama pekerja wanita boleh dikunjungi oleh pekerja lelaki dan begitulah sebaliknya. Kebanyakkan mereka yang tinggal di asrama kerana mereka bukan penduduk bandarku. Keluar malam bersama teman-teman lelaki adalah perkara biasa bagi mereka. malahan aku yang menjadi devian dalam kalangan mereka kerana hingga saat ini hatiku tidak pernah tercemar dengan cinta insan bergelar adam. Tingkah laku aku juga sering dikawal oleh ibu dan bapa.
Teori Serakberai Sosial ada menyebut bahawa untuk semakin mereka tidak dikenali semakin lebih sesuai untuk mereka melanggar norma masyarakat kerana kurangnya kawalan masyarakat terhadap mereka. ( Deugla dan Waksler, 1992 ). Berdasarkan teori ini sememangnya jelas mereka bernai melakukan apa sahaja sehingga melanggar norma masyarakat disebabkan tiada siapa yang akan pedulikan mereka dan mereka tidak dikenali.


Mulanya aku tidak pernah kisah soal hati dan perasan. Pergaulanku dengan lelaki juga turut terbatas. Aku tidak akan bertegur sapa dengan mereka melainkan urusan kerja. Namun semua itu hanya sementara sahaja. Apabila telah masuk bulan kedua aku di alam perkerjaan kehidupan sosialku telah mula berubah. Aku mula berkawan rapat dengan rakan sekerja yang berlainan jantina dan telah berani aku untuk pergi makan bersama meraka. Dalam hatiku sering terdetik ‘adakah aku bahagia dengan hidup sebegini?
Apabila aku ajukan persoalan ini kepada rakan-rakanku mereka menyokong tindakanku. Sokongan mereka membuatkan aku yakin inilah dunia remaja yang sebenar. Aku juga turut bercerita dengan emak setiap aktiviti yang aku lakukan sepanjang hari. Emak tidak pernah marah sebaliknya emak menasihatiku agar berhati-hati dan menafikan hukum agama. Kata-kata emak padaku..
“ zaman remaja hanya sekali sahaja dan nikmatilah ia sekadarnya, mungkin yang manis itu belum tentu indah diakhirnya dan yang pahit itu tiada manis menanti diakhirnya”
Setiap kali mutiara kata emak menyinggah ditelingaku, aku akan simpan dalam diari hatiku sebagai panduan hidup.
****
Sewaktu tengah sibuk melayan pelanggan yang datang membuat bayaran di kaunterku iaitu kaunter 16, aku terpandang wajah dua orang pekerja baru. Mereka nampaknya seakan-akan sebaya denganku. Tekun sekali menggangkat barang dan menyesun peralatan elektrik seperti yang diarahkan oleh supervisor mereka. ketika mereka lalu berhampiran kaunterku hanya seulas senyuman ku hadiahkan buat mereka. Aku juga menerima balasan senyuman ikhlas dari mereka berdua.
Sejak dari pertemuan pertama itu aku mulai rapat dengan mereka berdua, Sufi dan Kamal. Rupa-rupanya mereka adalah berjiran sebelah rumah. Kamal baru sahaja berpindah ke taman perumahan tersebut. Hubungan mereka berdua juga baru sahaja bermula. Kakak Kamal turut berkerja ditempat kerjaku. Namanya Kak Syila. Menerusi kak Syila aku beroleh banyak maklumat tentang siapa Kamal yang sebenarnya.
Aku sangat simpati dengan nasib Kamal. Dia hanya mendapat pendidikan sehingga tingkatan dua. Sebelum menamatkan pelajaran Kamal telah memasuki salah sebuat sekolah tahfiz Al-Quran tetapi disebabkan masalah gagal menguasai pelajaran dengan baik akhirnya Kamal berhenti belajar. Ayahnya telah berusaha menempatkan kamal di tingkatan empat tetapi disebabkan Kamal tiada Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) maka usaha ayah Kamal adalah sia-sia. Aku pernah bertanyakan kepada kamal soal pembelajran.
“Kamal tak minat belajar dah ke?”, tanyaku kepada Kamal.
“Minat tu ada, tetapi peluang tak de”. Jawan Kamal ringkas
“Tak pernah cuba minta pusat-pusat kemahiran ke?”’
“ Tengoklah nanti macam mana tapi sekarang ni nak kerja dulu.Lainlah kalau ada orang sokong”, jawab Kamal sambil tersenyum penuh makna kepadaku.
Antara Sofi dan Kamal aku lebih banyak berbual dengan Sofi. SOfi merupakan pelajar tingkatan lima aliran sains. Kehidupannya lebih banyak di asrama dan tidak mempunyai kawan yang ramai kerana masanya banyak dihabiskan untuk mengulangkaji pelajaran. Selain faktor pendidikan, sikap Sofi yang tenang dan suka mendengar membuatkan kami serasi untuk berbicara.
“Rabiatul mana kak?”, Itulah persoalan pertama yang sering keluar setiap kali Sofi masuk kerja dan aku tidak ditugaskan di kaunter 16.
Kaunter 16 merupakan satu-satunya kaunter yang terletak berdekatan dengan peralatan elektrik dan di situlah tempat Sofi dan Kamal bertugas. Jika aku ditugaskan di kaunter tersebut maka lebih banyak masa kami bertiga boleh berbual.
****
Tepat 25 hari bulan gajiku masuk. Ini merupakan gajiku untuk bulan yang ketiga aku pun bertekad untuk memakai telefon bimbit. Biarpun telefon tersebut murah yang penting aku boleh membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Aku juga hanya memberikan nombor telefonku hanya kepada rakan sekerja yang perempuan sahaja. Tetapi kerana kecuaian Kak Syila akhirnya Sofi berjaya memiliki nombor telefon bimbitku. Suatu malam aku terima pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali.
“Hai, buat apa tu?”
“ Sape ni?”
“ Ala, member sendri pun tak knl”
“ Member ramai. So awk sapa n yang mana?”
“ Sy Sofi la..”

Rupa-rupanya Sofi telah berjaya mendapatkan nomborku. Kami semakin rapat lagi sehinggakan setiap kali habis kerja aku pasti ber‘sms’ dengannya. Sikap Sofi juga telah berubah. Dahulunya banyak masa Sofi habiskan untuk berborak bersama-sama Kamal tetapi setelah aku berhubung dengannya melalui ‘sms’ perbualan mereka terbatas.
Keadaan sedemikian membuatkan Kamal berasa tidak selesa dan Kamal telah pun mengambil nomborku dalam telefon Sofi tanpa izin. Sofi sangat terkejut apabila aku mengatakan Kamal mendapatkan nomborku melalui dirinya. Sofi benar-benar marah saat itu. Namun aku memberikan penjelasan padanya bahawa aku akan adil dalam persahabatan ini.
****
Suatu petang aku bersendirian. Hari ini rakan baikku Syida tidak berkerja dan terpaksalah aku berehat seorang diri di dalam surau. Setelah solat asar aku baring seketika untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba telefonku berbunyi tanpa ada pesanan ringkas masuk ‘sms’.
“ Kat mna ni?’
‘ Dalam surau nape?
“ Jom kita kuar makan sama kami tunggu Rabiatu; di gerai Hajra”
“ Ok, tunggu sy 10 minit lagi k”

Aku telah memilih untuk duduk di hadapan Sofi dan Kamal berada disebalah Sofi. Setelah minuman sampai kami sama-sama menikmati hidangan dan berbual. Namun gerak geri mereka berdua amat berbeza dapatku baca. Suasana hari ini agak berbeza berbanding hari-hari sebelum ini. Kedua-dua antara mereka kelihatan lebih serius dan tidak banyak ketawa seperti hari-hari sebelum ini.

“ Nape hari ni lain je korang berdua ni?”, aku cuba memancing reaksi mereka berdua.
“ Rabiatul nak Tanya sikit boleh, Rabiatul dah ada pakwe?”, persoalanku dibalas dengan soalan pula dari Kamal. Saat itu aku dapat rasakan bagaikan darah menyembur ke wajahku. Rasa malu teramat sangat kerana ini pertama kali aku berada dalam situasi sebegini.
Sofi memandang tepat ke wajahku dan menanti jawapan yang bakal aku utarakan.
“ Mana adalah I’m single and available, jawabku jujur.
“ rabiatul, kite couple nak?”, Tanya Sofi dengan spontan
Saat itu aku berasa sangat malu dan blur. Aku benar-benar terkejut dangan permintaan yang tidak diduga itu. Mana mungkin sebuah persahabatan ini bertukar menjadi sebuah percintaan. Hati aku terlalu berat untu menerima dirinya. Aku kesempurnaan yang ada padanya malahan jika aku memandang pada luaran pasti dia tidakku tolak. Wajahnya yang Chinese look dan kecergasan minda yang dimikinya membuat sesiapa sahaja boleh tertarik kepadanya.
****

Assalamualaikum….
Apa khabar saudari? Semoga saudari sihat dan gambira di samping teman-teman sekerja. Terlabih dahulu maaf andainya hadir warkah ini boleh membuatkan saudari tidak selesa. Sebenarnya saya ingin menyatakan hasrat hati untuk berkenalan dengan saudari. Bebesarlah hati saya sekiranya salam perkenalan ini saudari terima. Walaupun saudari tidak mengenali saya tetapi saya amat mengenali saudari. Sejak pertama kali saya mengenali saudari, sejak itulah saya ingin menyuarakan hasrat hati. setiap hari saya datang ke JUSCO semata-mata ingin melihat saudari dari jauh. Senyumanmu membuatkan aku terpaut padamu dan sentiasa merinduimu. Ku simpankan perasaan sayangku hanya untukmu. Tunggu warkah seterusnya.
Wassalam.
Terlalu ringkas iai surat yang kuterima dari Kak Miza tengah hari tadi. Menurut Kak Miza ada hamba Allah yang minta surat ini diserahkan kepadaku. Hatiku tertanya-tanya akan tuan yang menghantar warkah biru ini. Walaupun ringkas tetapi ada pelbagai persoalan yang bermain dimindaku. Pemikiranku sedikit terganggu dengan hadirnya warkah ini. Penumpuan kerja juga sedikit terjejas.
Hatiku tidak sedikit pun berbunga gembira jauh sekali merasa diri ini dicintai. Sebaliknya aku memikirkan kata-katanya yang berbunyi . “Senyumanmu membuatkan aku terpaut padamu dan sentiasa merinduimu”. Apakah yang telah aku lakukan sehinggakan insan ini berperasaan sedemikian? Apakah aku telah menggoda dan menggoncangkan iman seorang insan bergelar lelaki? Sejauh mana ‘dia’ terhanyut dalam perasaan sendiri?..
Persoalan-persoalan ini bermain-main diruang mindaku. Aku tidak mahu menjadi wanita yang menggoda iman lelaki. Aku tidak mahu diriku menjadi fitnah kepad lelaki. Namun sejauh mana aku mampu menangkis semua ini jauh dari diriku? Rasulullah s.w.a pernah bersabda yang bermaksud, fitnah yang paling besar melanda umatku diakhir zaman nanti adalah datang dari kaum wanita.
****
Terasa segar kembali tubuhku selepas mandi pulang dari tempat kerja. Aingin yang bersepoi-sepoi bahasa memasuki ruang bilikku melalui jendela sungguh mendamaikan. Aku dapat melihat bertapa tenangnya wajah Rasya, iaitu adikku perempuanku tidur disebelahku. Mataku seperti biasa memang sukar untuk terlelap selagi belum jam 1 atau 2 pagi. Masalah sukar tidur pada waktu malam sering melanda diriku sejak kecil lagi. Emak dan ayah sangat risau dengan permasalahan ini. Aku juga pernah disyaki menghidap insomenia.
Insomenia berasal dari kata In yang membawa maksud tidak dan somnus yang bermaksud tidur. Apabila kedua-dua kata ini bergabung maka perkataan insomnia boleh diertikan sebagai tidak tidur atau gangguan tidur. Insomenia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Initial Insomnia beerti gangguan tidur saat memasuki tidur. Kedua, Middle Insomnia iaitu terbangun di tengah malam dan sulit untuk tidur lagi. Ketiga, Late Insomnia iaitu sering mengalami gangguan tidur saat bangun pagi (Hawari, 1990). Insomnia adalah ketidakmampuan atau kesulitan untuk tidur. Kesulitan tidur ini boleh dikaitkan dengan kuantiti atau kualiti masa tidur.. Penderita insomnia sering mengeluh tidak boleh tidur, tidak cukup tidur, tidur dengan mimpi yang menakutkan, dan merasa kesihatannya terganggu. Penderita insomnia tidak dapat tidur puas walaupun diberi kesempatan tidur sebanyak-banyaknya.
****

April 06, 2010

Jodoh dan Takdir 3

Sebenarnya bukan ana ingin membuka cerita mengenai peristiwa tersebut cume cerita itu adalah selingan untuk menjadi bukti dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan. Dalam kita melangkah sebagai seorang hamba dimuka bumi ini terlalu banyak kekhilafan yang kita lakukan hinggakan kadang-kala kita rasa perkara itu simple je.

Kenapa peristiwa yang ana bangkitkan itu membuatkan ana berfikir??

Pertamanya, sejauh mana ana mampu mengawal diri dari terjebak ke lembah fitnah?

Keduanya, apa yang sudah ana lakukan sampai ada insan boleh menghadiahkan kata-kata sedemikian buat ana?(honestly, hinanya diri ini sehinggakan dituduh bercouple)

Ketiga, adakah ana telah berkawan dan bemesra dengan ajnabi hingga membenarkan lafaz kata-kata gurauan yang sedemikian buat ana?

Persoalan-persoalan inilah yang benar-benar membuatkan ana rasa Ya Allah jika di depan manusia ana terlalu hina bagaimana pula jika ana berhadapan dengan MU.....

Mengapa boleh sampai ada insan anggap ana telah bercouple? Couple memang dipandang sebagai perkara biasa buat remaja pada masa kini tetapi tahukah mereka bertapa hinanya perbuatan tersebut? Jika tidak masakan Islam mengharamkan perkara itu. Bila bercouple pasti hati, mata, tangan, segalanya terdedah kepada ZINA. Pemuda mana yang dipersepsikan sebagai pasangan ana?? Asif jiddan tiada niat membawa fitnah juga buat dirimu.Ya Allah, telah ku tahu wanita akhir zaman ini membawa fitnah terbesar buat kaum adam. Hindarilah aku dari menjadi bahan fitnah buat mereka. So ikhtilat kena lebih terjaga dan pastinya elak dari bertemu sesiapa yang ajnabi tanpa membawa teman.

mengapa ada hamba Allah yang berani bergurau sehina itu dengan ana? Tidakkah diri ini telah berimejkan muslimah atau zahirnya sahaja ana berbusana muslimah sedangkan hakikatnya ana ini tidak ubah seperti wanita-wanita biasa di luar sana. Rasenya ana mengenali insan tersebut terlalu singkat dan hanya bertegur dalam urusan kerja dan sekadarnye sahaja tetapi kenapa caranya seolah-olah ana telah lama mengenali dirnya sehinggakan tiada rasa malu dia bergurau sedemikian.

Ya Allah, jika aku tidak bertegur sapa dengan mereka, aku dikatakan sombong dan tidak sudi berkawan dengan insan-insan tidak berkopiah, budak surau dan macam-macam lagi. Tetapi bila aku mengizinkan diriku untuk bertegur sapa, ini yang aku terima. Ya Allah apakah aku masih gagal mengawal batas-batas pergaulan??

Buat kaum hawa sekalian, dirimu terlalu indah sebagai perhiasan duniawi.
Dimana kau berada pasti ada yang akn tertarik pada mu dan sering kali ingin mendekatimu, usahlah kau terpedaya dengan manisnya mulut yang berkata-kata kerana kelak dikau yang merana.

Walaupuan ada kalanya dirimu terasa sunyi dan ingin dicintai tetapi awas cinta palsu bukan impian tetapi darjat dirimu sebagai pertaruhan andai kau tersasar dalam langkahan yang belum pasti membawamu ke gerbang kebahagiaan.

Auratmu perlu dijaga dan dipelihara. Tidak menjadi tatapan masyarakat tetapi khas buat dirinya insan hebat. Itulah suamimu Sanggup bersamamu memukul amanah yang berat.

wanita yang baik untuk lelaki yang baik...bersama menjaga diri insya'Allah

April 05, 2010

SELAMAT BERJUANG



Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

April 04, 2010

Kuatkan hati


Ya Allah,
Perjalanan ini terasa sungguh sunyi
hari-hari yang dialui terasa sepi
Permata yang dimiliki semakin jauh pergi
Itulah ketentuan takdir Illahi
Kerana dirinya bukan miliku lagi


Ya Allah,
Penitian hidup tetap diteruskan
hanya bersendirian mencari arah tujuan
setelah dia memberi jalan
Dengan sejuta nota dan pesanan


Ya Allah,
Ku kuatkan langkahan mencari sinar harapan
Biar tanpa insan bernama "teman"
hanya sahabat yang beriman menjadi dambaan
Akhirnya impian menjadi kenyataan
Kurniaan diterima lebih dari apa yang diminta


Ya Allah,
Sungguh indah ukhwah ini
kesepian berlalu pergi
kesibukan yang dilalui
membuatkan tidak lagi berfikir untuk mencari

Ya Allah
Cita-citaku terlalu tinggi
Inginku gapai sebelum diri dimiliki
kerana selesa berdikari
tanpa ada yang membatasi
Fitrah ditolak jauh sekali
sekadar ingin mencari kepuasan diri

Ya Allah,
bantulah hambaMu yang kerdil ini
Luruskan setiap jalan yang dilalui
Kuatkan dan perteguhkan diri
Jangan diganggu dengan penyakit hati
walau perasaan fitrah insani
demi cita-cita yang ingin dikecapi


-KELUARGA DAN CITA-CITA YANG UTAMA-

April 03, 2010

Khas Buat Biro LPS sesi 2009/2010

Salam khasku tujukan buat Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah sesi 2009/2010,




Imbasan kembali detik-detik mengenali antum:
Ya Allah amanah ini bukan sesuatu yang mudah untuk dipikul. Tambahan pula ana bukanlah dari program Pendidikan Islam seperti antum berempat. Pelbagai persepsi dan terasa kekerdilan diri disaat berdiri bersama-sama antum dalam perjuangan ini. Perjuangan yang membawa satu matlamat yang sama. Syukran jazilan buat Aminah insan yang pertama akk offer untuk jadi Rakan Exco akk. Kemudian pemilihan Nor sebagai RE, walaupun bersama nor hanya seketika tapi jasa nor tak pernah akk lupa. tempat nor akhirnya digantikan dengan Suha. Terima kasih Suha sebab sangup bersama kami disaat akhir. Pemilihan Fakhrudin dibuat oleh Farhan so akk terima dengan lapang dada.


Meeting pertama, berjalan dengan baik dan semua sedaya upaya cuba untuk bekerjasama dan memulakan langkahan untuk berada dalam perjuangan ini. Biarpun detik itu, adalah detik pertama kali kita akan bekerjasama. Seterusnya kita bersama-sama dalam kem kepimpinan JMK & RE di Janda Baik ingt lagi tak? dalam kem ini pelbagai perkara kita diuji. Takpelah inilah mehnah dan tribulasi buat kita. Ukhwah yang dibina semakin hari semakin baik alhamdulillah...

Dalam tempoh penyesuaian diri dan penerimaan antara satu sama lain kita tidak dapat lari diuji.Ukhwah yang dibina dikejutkan dengan satu krisis dalaman(re tak terlibat dlm hal ini huhu). Biarpun ia menjadi kenangan pahit tapi bermula detik itu sebenarnya yang membuatkan kita semakin mengenali. Itulah hikmah yang kita sama-sama perlu ambil pengajaran.

Unit Bimbingan sahsiah



Unit ini merupakan unit baru yang dibina semasa kepimpinan LPS sesi 2009/2010, Walaupun ia masih baru tetai jasa mereka dalam LPS tidak boleh dipandang enteng. Program Pembangunan Sahsiah Melalui Al-Qur'an dan Sains ( PASAQ ) berjaya dilaksanakan dengna bantuan mereka. Jasa kalian tetap akak kenang kerana tanpa adik-adik tak mampu akak dan Farhan jayakan program PASAQ tersebut.



Malam ini dengan rasminya kepimpinan LPS bertukar tangan. Buat penganti akk, akk yakin Min mampu pikul amanah ini dengan baik. Pembahagian masa akan sentiasa menuntut Min untuk bijak bertindak.Buat Farhan, enta teruskan perjuangan ini dan terima kasih atas jasa baik yang diberikan sepanjang bersama-sama sbg Exco LPS sesi lalu. Insya'Allah, pengalaman yang ada pada Farhan tidak sukar untuk dikongsikan bagi memudahkan tugas-tugas kalian berdua. Akk akan tetap sokong kepimpinan baru dari jauh. Jika perlukan bantuan bagitahulah insya'Allah, akk sedia membantu setakat yang termampu. Pelajari daripada kesilapan yang ada sebelum ini dan semoga kepimpinan baru dapat lakukan sesuatu yang lebih baik lagi. Usah ulangi kesilapan yang lalu. Allah memilih kalian kerana Allah tahu kalian layak memikulnya. semoga dakwah terus tersebar di bumi KAB khususnya.


P/S: MAAF ANDAI ADA HAK-HAK YANG TIDAK TERTUNAI SEMASA MEMIKUL AMANAH DAN HALALKAN SEGALANYA.

Rasmi letak jawatan

Alhamdulillah malam ini adalah saat yang dinantikan. Melepaskan segala amanah yang dipikul. Bersyukur sangat sebab lepas ini bolehlah ana fokus sepenuhnya kepada akademik dan tidak lagi sibuk dengan tugas-tugasan program. Walaupun pasti terdetik rasa sedih untuk meninggalkan sahabat dalam perjuangan tetapi setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Indahnya ukhwah yang terjalin sesama kita dalam memikul amanah sebagai Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki sesi 2009/2010 akan tetap segar dalam ingatan.



Terlalu banyak kenangan yang telah terpatri dan kita lalui bersama. Walaupun ada ketikanya terlalu sukar untuk kite miniti dijalan ini tetapi akhirnya semua ini telah pun berjaya kita harungi. Saat2 kita meeting hingga jam 3 pagi, tak balik bercuti semata-mata kerana tugas, join semua program anjuran kolej dan macam-macam lagi. Ya Allah saat itu terasa penatnya lah menjadi JMK KAB. Namun, kini semuanya tinggal sejarah buat kita semua.






Jika ingin diungkaikan semuanya tak tercerita rasenya...Cumanya kemaafan diminta dari semua JMK KAB sesi 2009/2010 andai ada kesilapan yang ana lakukan dan ada teguran yang menyakitkan atau ada sebarang kekhilafan. Insya'Allah smg ukhwah terus berkekalan.