July 31, 2010

PATAH HATI




KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

July 27, 2010

Salam Nisfu syaaban...




Definisi :
Nisfu bermaksud setengah. Maka Nisfu Syaaban ialah setengah bulan Syaaban

Malam Nisfu Syaaban

Malam nisfu syaaban ialah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Selepas malam Lailatul qadr , malam ini merupakan malam penuh berkat dan rahmat.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban oleh kebanyakan umat Islam adalah dengan membaca SurahYaasin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaasin, mereka membaca doa. Pada bacaan Surah Yaasin pertama diniatkan dengan memohon dipanjangkan umur untuk kebaikan dunia dan akhirat; pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan penyakit; dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon dari Allah agar dilimpahi rezeki yang halal.



Puasa sempena Nisfu Syaaban
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dipermudahkan Allah s.w.t ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (Dari kitab Al-Barakah).

Ringkasnya, terdapat banyak kelebihan dan fadhilat pada bulan Sya'aban yang diberikan Allah s.w.t kepada hambaNya. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Sumber :
.
http://inijalanku.wordpress.com/2009/08/05/kelebihan-puasa-syaaban-malam-nisfu-syaaban/
http://almizan.wordpress.com/2009/05/23/nisfu-syaaban-dan-fatwa-tentangnya/
http://thecoloursofmylife-sue.blogspot.com/2010/07/kelebihan-bulan-syaaban-dan-puasanya.html

July 26, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..





Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

July 18, 2010

Rehlah di Kalumpang



Alhamdulillah sempat juga gi main air di Kalumpang bersama team muslimat Akademik. Agenda program dirancang oleh ketua team muslimat sbg harapan baru mengeratkan jalinan ukhwah antara muslimat akademik. Biar pun program berbentuk sempoi dan tidak bersifat akademik namun harapan ketua team amatlah tinggi dalam usaha menaikkan mutu gerak kerja team ini.


BBQ yang dibakar memang best giler...ukhti halimah punya resipi. Kalau nak resipi leh r rujuk dia memang tak rugi huhu....Nasi goreng sentuhan ukhti izyan juga amat menyelerakan. Makan dalam air satu kenikmatan yang sukar dirasai.

Suasana pagi membuatkan air sungai sangat sejuk hingga mengigil tubuh ini. Dah la baru baik demam dan masih seleseme tapi demi ukhwah sesama team so kurelakan juga....

Insya'Allah kalau ada masa boleh la kite kuar lagi yea...

July 12, 2010

1st kuliah



Ari ni 1st day gi cls utk sem baru hehe...Jauhnya nak kena jalan ke Anjung 1. Actly dah lama tinggalkan cls kat hujung dunia ni. Tiba-tiba sem ni dapat plak..Adoiiiii jauh kaki nak melangkah ni...

Alhamdulillah, penat-penat berjalan jauh hari ini berbaloi..Kata-kata Lect ganti td menguatkan semangat utk melangkah lebih baik di sem baru dan harap sgt nilah yg terakhir dan leh pratikal sem depan..doa-doakn nya....


As a Counselor kita kena betulkan niat ( semua org pun kena betul niat hehe), perancangan diri yang baik, cintakan pelajar dan tidak amalkan "labeling" dan bercita-cita menjadi counselor yang baik =)...

July 07, 2010

Kenapa Harga Produk Islam Mahal??




Baru-baru ini ada seorang hamba Allah menimbulkanpersoalan "mengapa produk-produk yang beridentiti islamic ni mahal berbanding produk biasa?"

Macam-macam jawapan yang ditemui antaranya:
1)sukar mencari pasaran so terpaksa letak harga mahal untuk tampung harga kos
2)peniaga sengaja mencari keuntungan lebih kerana beranggapan pasti produk
Islamic diminati dan tetap dibeli biar pun harga mahal.
3)Menjaga kualiti produk yang dihasilkan memerlukan kos yg tinggi berbanding produk yang tidak beridentiti Islam

Namun sebenarnya apakah yang menjadi punca produk tersebut mahal???

Tidak terfikirkah insan-insan yang berjuang memartabatkan produk islamic dalam pasaran akan kesan negatif disebalik harga pasaran tinggi yang diletakkan. Ini disebabkan ada kemungkinan individu yang mengambil mudah soal halal dan haram tidak berminat kepada produk beridentiti Islam kerana lebih mengutamakan kos rendah yang perlu dibayar untuk memiliki sesuatu produk.

So macam mana ek???

Masih menjadi persoalan....

July 04, 2010

SelaMAT BerJUAng Adik-adikku



Salam kerinduan buat dirimu...

Setelah bertungkus lumus berjuang dalam SPM dan STPM 2009, akhirnya dua permata dalam keluargaku ini berjaya menempatkan diri ke Universiti. Walaupun terpaksa menanggung pelbagai dugaan sebelum menempuh hari-hari peperiksaan yang lalu namun, Allah permudahkan urusankan kalian berdua dan lihatlah Allah memberi ganjaran selepas kalian menerima dugaan. Itulah hakikat sesuatu dugaan itu tidak diberikan tanpa disediakan nikmat sesudahnya....

Srikandi Nazira,

Masih ku ingat saat-saat kita saling ber'sms' dan 'ym'ketika kau hilang arah kerana takut untuk mendepani STPM. Semangatmu adakalanya lemah dan adakalanya goyah lantaran tiada sesiapa di sisimu yang mampu meniupkan semboyan untuk terus meniti ranjau dugaan. Aku tahu bertapa beban yang dipikul olehmu saat itu amat menekan jiwamu dan menuntut dirimu untuk terus berkorban dalam memenuhi setiap kehendak yang menjadi pendesak. Bersyukurlah sayang kau telah berjaya mengharungi dugaan dan kini UPSI dalam genggaman hehe...

Aku tahu jiwamu bergolak untuk meneruskan minat dalam bidang yang sama denganku kerana kau bimbang pelbagai kata-kata yang tidak enak bakal kau terima. Walaupun berat akhirnya bisikan-bisikan negatif itu tidak mampu melawan matlamat dan cita-citamu. Kini, program Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling merupakan bidang baru yang bakal kau terokai....Semoga tabah dalam meniti ranjau di alam kampus.

Untukmu putera Aizuddin,

Saat-saat kau mengambil spm kau juga dilanda dugaan. Tapi ku tahu jiwa mu kental walaupun dalam hati ada taman hehe...Aku bidang Bahasa Arab sememangnya bidang yang sangat kau minati walaupun gagal mencapai target utk dapat BA 'A' tapi akhirnya kau telah membuktikan dalam spm kau tidak gagal dalam BA. Alhadulillah rezeki itu masih milikmu.

Pengorbanan mu dalam keluarga amat ketara di saat majlis perkahwinan along menjelma. tidakku nafikan aku kagum dengan sikapmu. Aku tahu bukan mudah bagimu untuk menolak tawaran Maahad Tahfiz Pahang dan Tawaran Darul Quran Kuala Kubu. Namun, kau lakukan kerana menjaga banyak kepentingan. Aku ingat katamu "takpelah mungkin ada rezeki yang lain lagi menanti"..Alahmdulillah UDM menanti dirimu...Allah mengtakdirkan dirimu mengambil jurusan Pengajian Islam( bahasa & kesusasteraan Arab) smg mendapat kejayaan insya'Allah..


Teruskan melangkah menuju matlamat...kejayaan pasti milik insan2 yang berusaha..smg berjaya...

July 03, 2010

cOME Back

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga blog ni diperbaharui..Mungkin jarang sekali ada kesempatan untuk mencoretkan sebarang entry tapi cukuplah sesekali mencoretkan kata. Biar pun blog ni lebih berbentuk personal namun aku tahu setiap orang ada citarasa tersendiri so ni blog aku, aku bisa menulis apa yang aku mahukan.

Semoga apa yang aku coretkan selepas ini ia lebih bermakna dan bermanfaat. Bukan sekadar coretan kosong tanpa sebarang matlamat hehe...