August 17, 2010

Aura perpisahan


Sejak sesi photografi tempoh hari, aura perpisahan semakin kuat dirasai. Nikmatnya ukhwah bersamamu sahabat tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata. Setiap langkahan menjadi mudah saat kita tempuhinya bersama-sama. Walaupun badai sering melanda dan menjadi warna-warni lukisan hidup kita tapi itulah sebuah kenikmatan yang kita harungi bersama-sama.

Indahnya sebuah kesibukan yang kite tempuhi. Seakan-akan terlalu banyak taklifan yang kita galas walaupun hakikatnya orang lain tidak kurang juga hebatnya. Kesabaran banyak mengajar kita untuk bersyukur dengan amanah yang diterima. Semua yang berlaku dipandang penuh hikmah biar pun ada ketika aku merasakan Ya Allah..............., tak tertanggung lagi beban ini................

Sahabat aku tidak mahu menagisi perpisahan ini...

akan ku coretkan lagi, kalimah diruangan ini....

August 03, 2010

Menyuburkan rasa cinta setelah berkahwin=)



Alhamdulillah bersyukur tak terhingga kepada yang maha ESa....

Setelah berkoban masa cuti yang lalu memerah otak mencari idea membantu sahabat membuat modul program BICARA WANITA, akhirnya pada jumaat yang lalu program ini berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya untuk semester ini. AlhAmdulillah....

"Menyuburkan rasa cinta setelah berkahwin"


Fasa pertama :

Perbentangan Ustazah Husna telah memberikan perjelasan tentang matlamat di dalam sesebuah perkahwinan atau baitul muslim yang dibina. Kasih sayang yang terbina antara suami dan isteri harus disandarkan kepada Allah Taala. Letakkan Allah ditengah-tengah perhubungan antara suami isteri. Matlamat perkahwinan harus jelas dan mesti bersama-sama mencari mardhotillah.

Dalam memilih pasangan biasanya orang mesti kata hadist nabi pesan tengok 4 perkara. Selepas berkahwin pun 4 perkara tersebut jangan kita lupa.Kena ingat sokmo huhu...

1- HARTA : seorang isteri harus mengetahui harta suaminya. Nape perlu tau?? Supaya isteri mengetahui sumber pendapatan atau kewangan yang diberikan oleh suami kepadanya. Selain itu, isteri boleh memahami kondisi dan kemampuan suami dalam bab kewangan. sekiranya isteri turut berkerja maka si isteri dapat membantu tugas suami dalam aspek kewangan apabila mengetahui masalah kesulitan suami pada akhir bulan jika suami tidak berpendapatan tinggi. So kat sini barulah isteri dan suami saling memahami. Isteri pun tidaklah menuntut sesuatu di luar batas kemampuan suami sebab dah tau kan. Tak bermakna jika suami berpendapatan besar maka isteri boleh ambil kesempatan.

2- KETURUNAN : Aspek ini penting diketahui oleh isteri berkaitan kaum keluarga suami. hal ini supaya isteri lebih memahami keluarga suami dan dapat membina silaturrahim yang baik dengan keluarga si suami.

3- KECANTIKKAN : Adakah ketampanan suami menjadi ukuran kebahagiaan??? Di maksudkan kecantikkan kat sini ialah si isteri harus pandai menjaga penampilan ketika berhadapan dengan suami. Sebelum keluar rumah bolehlah dapatkan pandangan suami berkaitan penampilan diri anda supaya maruah diri terpelihara dan menyenangkan hati suami ketika berjauhan dari isteri. Aspek kebersihan juga penting, bukan sekadar sedap mata suami memandang isteri tetapi penampilan rumah juga harus selari.


4- AGAMA : Aspek ini menjadi aspek paling utama. Jadikan ia sebagai penduan dalam membina pelayaran rumah tangga. Ikut syariat dan amalkan segalanya mengikut syariat.


Fasa KEDUA :

Tips memupuk rasa cinta

1. Matlamat hidup - matlamat harus jelas antara suami dan isteri. Kejelasan tersebut pula mestilah selari supaya tepat ke destinasi. Sefahaman dan saling memahami sangat penting dalam meletakkan matlamat bahtera.

2. Ibadah - Amalkan lakukan semuanya secara berjemaah. Contohnya dalam soal solat dan puasa. Buatlah sama-sama barulah ikatan kemesraan terjalin huhu..

3. KEWANGAN - Perkahwinan melibatkan perkongsian. Maka, sekiranya suami dalam kesempitan isteri tak salah membantu dengan redha. Hidup akan lebih bermakna dengan banyak memberi. oleh kerana suami jarang suka meluahkan masalah, jadi isteri kenalah pandai untuk mencungkil permasalahan.

4. KONGSI MASALAH - Permasalahan bersama tidak salah sharing dengan pasangan. tetapi bukan bermakna pasangan tempat luhan masalah sekadar untuk sharing. dari sharing itu lahirlah caring.

5. LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA- Jika terlibat dalam aktiviti masyarakat sepErti gotong-royong masjid ke, ajaklah pasangan sekali barulah merasai kehidupan bersama dalam beraktiviti.

6. TERBIYYAH DIRI - Pasangan kita juga adalah manusia seperti kita. Manusia ni tak lari dari sifat lupa so saling ingat mengingati antara satu sama lain. lapang dadalah apabila menerima teguran dan tegurlah dengan penuh hikmah. Bagus juga jika buat usrah dalam keluarga. Biarpun dalam masa sekejap tapi dengan usrah macam-macam manfaat akan ditemui.


7- RAIKAN PASANGAN - Tidak salah gembirakan hati pasangan dengan meraikan hari-hari penting dalam hidupnya....

Semoga rumahtangga akan dipenuhi dengan rasa cinta dan mencapai redhaNYA.

KEHADIRANNYA MENJADI INSPIRASI
PERMUDAH LANGKAHAN MENUJU DESTINASI
USAH TERSASAR MATLAMAT DIRI
DALAM MENCINTAI SETELAH AKAD TERPATRI

August 01, 2010

Ketenangan dlm Ujian



Alahmdulillah Allah masih memberi kesepatan kepadaku untuk menghadiri majlis ilmu ini " CINTA DILANGIT GAZA"...Terlalu banyak yang kutemui dalam diskusi buku ini. Biarpun kita dalam kesedihan, kekalutan dan penuh mehnah ujian tetapi kita harus kuat untuk menerima semuanya dengan lapang dada. Yakinlah ujian ini semampunya buat kita. Allah tak akan menguji kita kalau kita tak mampu untuk hadapinya.
Seawal subuh, sebuah sms ringkas kuterima " skang kat hospital. Ayh dlm biik rawatan. jangan riso ayah ok je"

sejam kemudian msj kedua ku terima " ayh terpaksa masuk wad. jgn riso tk pakai oksigen pun n keadaan stabil".

gelodak hati ini ingin terbang pulang skang juga. Tetapi aku masih ada tjwb kat sini yang harus aku settle kan..Insya'Allah nx week aku akan pulang...permudahkan urusaknku Ya Rabbi...

Ini merupakan kali keempat ayah masuk wad sepanjang tahun ini. Baru last week ayah ke IJN seperti biasa, sejak 14 tahun lalu. Menurut Doc keadaan ayah akan terus macam ni selagi ayah tk dibedah. Insya'Allah kalau semua ok ayah akan dibedah 27 sept 2010...semoga dipermudahkan.....