December 28, 2010

...TV oh.....TV...




Mostly semua antara kita mempunyai kaca TV kat rumah. Taukah anda bahawa salah satu cara gerakan freemason menguasai minda masyarakat dengan menggunakan medium kaca TV. Tanpa kita kita sedari sebanarnya kaca Tv telah banyak mempengaruhi lifestyle kita.

Ada ketikanya hidangan di kaca Tv itu lebih bernilai dari...
  • Menunaikan solat
  • Mamantau pergerakan anak-anak di rumah
  • Berjalan bersama suami diwaktu petang
  • Mengulang kaji pelajaran
  • Dan banyak-banyak lagi(list la sendiri)
Menerusi hidangan kaca Tv bisa menukarkan sesuatu yang negatif kepada positif. Ada magika skit hihi...Hebat betul kaca TV ini.Antara kehebatan tersebut yang mengkin kita perasan tapi buat-buat tak perasankan ialah

Menjadi sumber rujukan pertama dalam mencari fesyen berpakaian. Maklumlah hidangan fesyen dalam kaca TV kan selalu up to date lebih-lebih lagi yang diperagakan oleh jelitawan anggunkan. Kalau tak tengok Tv camne nak tau fesyen pula betul tak? Nanti orang kata ketinggalan zaman pula. So kita pun guna kaca TV sebagai rujukan berpakaian hingga kita lupa sumber rujukan utama kita dalam memilih pakaian

Kaca Tv juga menjadikan pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram sebagai perkara biasa. Bagaimana kaca Tv itu mentarbiyyah anda di dalam persoalan ini yea? Mudah sahaja strategi yang digunakan. Pertama menonjolkan adegan berkasih sayang dan cinta remaja tanpa mempedulikan syariat. Jika ada pun cerita yang mengetengahkan soal menjaga adab dalam pergaulan antara ajnabi ( bukan mahram) tetapi bilangannya terlalu sedikit. Lihat sahaja bagaimana terdapat sebuah filem cinta islamic Indonesia yang tidak dibenarkan dipertontonkan di kaca Tv Malaysia, tetapi filem seksi dan mencemarkan imej Islam bebas bermaharajalela tanpa ada yang membantahnya. Mengapa??? Kerana sesuatu batil itu telah diterima sebagai benar dan yang benar itu dianggap batil. Kedua, pelakon-pelakon yang memegang pelbagai watak itu sesuka hati sahaja menyentuh pasangan mereka ketika berlakon sedangkan realitinya mereka bukan mahram. Semua kita tahu mereka bukan mahram tetapi atas alasan berlakon maka kita menerima perlakuan mereka dengan senang hati.



Selain itu, kaca TV menjadikan artis sebagai idola dan iktiraf institusi nyanyian. Siapa wajah-wajah yang sering menghiasi kaca Tv kita setiap hari kalau bukan artis-artis tanah air dan luar negara. Personaliti mereka pula dicanang sana di sini mengisi setiap ruang media massa. Siapa yang tidak kenal artis akan dipandang pelik dan ketinggalan zaman. Siapa yang tidak mengikut cara artis dipandang kolot. Semua ini telah menjadi fenomena yang sangat menghantui jiwa-jiwa anak muda. Mereka tidak kenal insan lain yang sering mereka nampak adalah artis maka tidak salah artis dijadikan idola. Kemudia ibu bapa masing-masing berpakat ramai-ramai melatih dan mendidik anak mereka menjadi artis. Bayangkan usia seawal 5 tahun sudah didedahkan untuk menjadi penyanyi. Bangga sungguh bila anak dinorbatkan sebagai pemenang dalam mana-mana pertandingan menyanyi. Adakah salah menjadikan artis sebagai idola? Memang tidak salah tetapi bagaimana personaliti artis itu dan apa yang menjadi ikutan anak muda berpandukan artis tersebut???Fikir-fikirkan bersama...Generasi yang akan mentadbir negara pada masa depan adalah dalam kalangan anak muda masa kini. Apakah persediaan kita dan bagaimana dengan gerakan dakwah Islam jika tidak anak muda yang menggerakkanya...

Bukan keburukan kaca TV sahaja yang cuba dipaparkan tetapi inilah perkara yang harus dikaji. Kebaikan tetap ada. Tidak dinafikan juga telah banyak program islamic ditonjolkan namun masih kurang mendapat tempat berbanding program-program yang lain di kaca TV...

December 23, 2010

BODY DYSMORPHIC DISORDER

Siapa pun dalam dunia ini pasti ingin kelihatan cantik. Memiliki rupa paras yang menawan sering kali menjadi igauan. Masa kan tidak ya…Lihat sahaja kebanjiran produk-produk kecantikan hari ini sudah cukup membuktikan pemintaannya sangat tinggi. Kita juga ingin kelihatan cantikkan..

Apa yang anda lihat pada diri anda sekarang?Adakah terdapat cacat cela dan terlalu hina dipandangan mata anda? Pernahkah anda berperasaan bahawa anda sangat hodoh? Jika benar awas dengan perasaan anda itu jangan sampai anda tergolong sebagai penghidap Body Dysmorphic Disorder.

Body Dysmorphic Disorder merupakan sejenis kecelaruan yang dialami oleh individu yang sering membuat pesepsi negatif terhadap penampilan mereka sendiri. Kecelaruan ini dinyatakan di dalam DSM-IV di bawah gangguan somatisasi. Mereka yang mengalami masalah ini sering kali berhadapan dengan cermin hampir satu jam sehari untuk melihat penampilan dirinya. Mereka cukup takut sekiranya dihina atau dipandang hodoh oleh indidvidu lain. Kebanyakan antara mereka yang mengalami masalah ini membuat pembedahan plastic bagi mengubah ciptaan asal tubuhnya.

Individu yang benar-benar mengalami masalah ini pada tahap kronik biasanya akan cuba mengelak daripada kehidupan sosial. Sekiranya ada individu disekeliling anda yang tidak berminat untuk bersosial try selidiki, entah-entah sikap mereka disebabkan bimbang dipandang jelek oleh orang lain.. tapi tidak bermakna semua orang yang tidak minat bercampur dengan masyarakat mengalami masalah ini.

Sedarkan insan-insan yang mengalami masalah ini bahawa Allah telah berfirman dalam seperti berikut:

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah
[al-Sajdah 32:07]

orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

[Ali Imran 3:191]

Bersyukurlah dengan setiap kurniaan…andai kita merasa diri kita tidak cantik orang lain juga akan beranggapan sedemikian. Kerana kita adalah apa yang kita persepsikan. Pujilah diri sendiri dan janganlah mengharap orang memuji kita. Biarlah tidak cantik di pandangan mata manusia tapi tetap indah di pandangan Allah

Video Into mengenai FReemason

video

Ini bari permulaan bagi membongkar rahsia gerakan freemason yang mana mereka telah berjaya mengusai pemikiran kita. Terdapat 51 episod yang membongkarkan rahsia gerakan ini. Setiap antara kita perlu sedar dan tahu semua yang terjadi pada hari ini adakalanya sekadar propaganda dalam usaha menipu daya kita.

December 21, 2010

Warkah buat sahabatku

Sahabatku,

Warkah ini ku titipkan saat kerinduan yang bertandang dalam sanubari. Entah, mengapa sejak akhir-akhir ini terlalu banyak berita tentang dirimu dikhabarkan kepada ku.Aku tahu suatu masa dahulu kau seorang sahabat yang rapat denganku. Banyak kenangan suka duka yang telah kita coretkan bersama dan percayalah segalanya adalah kenangan yang terindah dalam catatan hidupku.

Allah menemukan kita dalam dua situasi yang berbeza. Tidak pernah terlintas kau akan menjadi sahabatku dalam pertemuan pertama itu. Namun, dengan izinNya, kita dipertemukan semula dalam situasi yang tidak dijangka. Akhirnya ukhwah bermatlamat telah kita ciptakan bersama.

Pahit dan manis sering berganti, dugaan dan cabaran sentiasa menghiasi ukhwah ini.Tapi percayalah tak pernah sekali aku menyesali. Malah,banyak yang kupelajari dirimu. Terima kasih sahabat atas teguran dan perkongsian yang pernah dikau titipkan buat diriku.

Sahabatku,
Apakah benar kini dirimu telah benar-benar berubah atau selama aku mengenali mu, kau sekadar berpura-pura di hadapan ku?...
Jarak dan waktu membuatkan kita jarang dapat bertemu. Halatuju dan matlamat kita tidak sehaluan seperti dahulu. Antara kita ada impian tersendiri dan kerana kepentingan-kepentingan itu akhirnya hubungan ini semakin jauh berlalu.

Namun, adakah benar kau tidak lagi seperti yang ku kenali dulu? walau aku tidak lagi di sisi mu tetapi insan-insan yang masih di sisi mu sering meniupkan khabar tentang dirimu kepada ku. Mereka menyaksikan perubahan drastik sikapmu. Kadang-kadang aku menafikan kerana aku juga mengenali mu tetapi bila mana terlalu banyak pemberita maka adakah ini suatu kepalsuan atau kebenaran???

Maafkan aku sahabat kerana aku tidak lagi daya untuk membantumu. Bukan aku membiarkan engkau terus terlena dalam hidupmu tetapi aku tahu kau tidak memerlukan aku lagi dalam hidupmu. Maafkan aku...





YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya…

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini…


--------------------------------------------------------------------------------

December 05, 2010

Rindu saat bersamamu...


Insya'Allah dalam tempoh dua minggu lagi zaman kampus akan berakhir. Baiki kesilapan tesis dan jilid kemudian bolehlah berangkat pulang ke kampung halaman. Misi mencari kerja akan bermula sebelum melangkah ke alam praktikal di Sekolah Menengah Kembangsaan Kalumpang ( dekat je dgn UPSI huhu). Masih bisa ku jejaki bumi murabbi utk bertemu sahabat-sahabat yang bakal ku rindui...

Teringat kembali detik2 mula nak gi interview dulu, jam 3pagi dah bertolak ke Kelantan. Pelik betul jauh bebenor tempat interview. Saat itu ayahlah teman setia. Sampai tidak tidur malam tu dan terpaksa menunggu hingga selesai proses interview. Alhamdulillah berkat kesabaran ayah tidak sia-sia. Aku akhirnya berjaya menjadi pelajar UPSI. Ayah masih lagi menjadi insan setia. Segala persiapan banyak aku lakukan bersama ayah. Kita gi beli beg besar sama-sama, beli kasut bertutup. Kesian ayah saat kita mencari kasut, penat ayah ikut kita pusing satu bandar Kuantan huhu.Bukan kita tak nak beli yang ada depan mata tapi saiz dan bentuk kaki kita membuatkan sukar utk kita mencari kasut bertutup yg sesuai. Sebab itulah kita biasa beli kasut tk bertutp...maafkan kita menyusahkan ayah saat itu. Sampai ayah lewat makan tengah hari pada hari itu. kesian kat ayah...

Pertama kali kita jejak kaki ke UPSI, ayah yang hantar kita. Ayah beberapa kali ingatkan kita supaya check barang2 supaya tidak ada masalah tertinggal. Takdir Allah kita dapat duduk blok A tingkat 5... Berbekalkan beg bagasi yang besar tu ayah pikul bawa ke atas. Kita bukan tak nak tolong bawa tp mmg tak mampu. Sampai kat bilik, ayah tolong kita kemas baju. Ingatlagi saat tu. hanya kita dan ayah jer. Mak tidak dapat ikut time tu...Ayah check keseluruhan rumah kita utk pastikan rumah tu mmg selesa buat kita. Kemudian ayah belanja kita makan tengah hari. Tapi saat tu kita tkde selera nak makan. Merenung wajah ayah, kita sedih sgt.Bila ayah nak tinggalkan kita ayah pesan lagi jaga diri elok2 dan call kalu ada mslh.Ayah balik je kita nangis sedih sgt..Ayah dah banyak berjasa pada kita. Kita bantah cakap ayah, ayah nak kita ambik diploma kat Polisas supaya kita bleh teruskan bidang pengajian makanan. Berapa kali surat sampai tapi kita tak nak gi. Ayah tak suka kita masuk Form 6. Tapi kita berkeras juga nak masuk Form 6. Alhamdulillah, tak sia-sia dan kita dapat buktikan pada ayah dan buktikan pada insan-insan yang memandang negatif pada org melayu yang masuk f6 bahawa kita mampu menjadi pelajar terbaik masa itu. Syukur sangat. Ayah pun buat kenduri masa tu... Seronoknya saat tu dapat gembirakan hati ayah dan mak.

Lama sangat 4 tahun ayah tunggu kita habis belajar. Sekarang tibalah saatnya kita akan praktikal tapi sayang.... Ayah terlebih dulu dijemput ILlahi. Seminggu kita berada di UPSI Tok Ki meninggal dan kini beberapa bulan kita bakal tinggalkan UPSI ayah pula meninggalkan kita...Ya Allah di saat-saat aku mengecapi impian satu-persatu insan tersayang pergi meninggalkan aku...

Time along konvo diploma dan dgree ayah ada. Time angah konve diploma pun ayah ada. Tapi time kite konvo....ayah dah tiada.....Kita tak akan ada gambar konvo dengan ayahhhhhhh....Saat tu nanti mesti tak seceria time along dan angah.sebab ayah dah takde....Ayah kita rindukan ayah.....

Masa ayah ada, ayah selalu telefon kita utk pastikan duit dan makan kita cukup. Ayah selalu tunggu kita pulang. Tapi kita jarang dapat balik kampung. Sesekali kita balik sengaja kita tak bgtau. ayah biasanya mesti terkejut bila kita sampai. Bukan tak nak gitau tapi takut last minute tpaksa cancel...Kita rindu kan saat bersama ayah..

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ayahku. sesungguhnya ayahku adalah insan yang terbaik kau anugerahkan buatku, dia menjagaku dan memelihara diriku dgn segenap jiwanya, hingga ke hujung nyawanya, dia sanggup pertaruhkan demi diriku. Tanpa dirinya, aku tidak bisa menjadi diriku seperti hari ini. Ya Allah tempatkanlah ayahku dalam kalangan orang beriman....

Akan ku temui kah seorang insan seperti ayahku yang mampu mendidik anak-anakku dan menjaga diriku seperti mana ayah menjagaku???....