December 02, 2011

Percutian di Cherating




26 November 2011

Tepat jam 12.45 tgh hari bertolak ke Cherating Bay Resort. Dalam perjalanan hujan sentiasa menjadi teman setia. So apa yang paling best adalah tidur. Tambahan pula hari tersebut puasa sempena akhir tahun hijrah. Lebih kurang jam 3.45 petang sampai ke destinasi. Aktiviti pertama adalah lunch. Memandangkan aku puasa so lepak kat tepi kolam mandi sorang-sorang. Macam-macam gelagat manusia yang aku temui.

Seronok sgt tgk telatah anak-anak kecil mandi dalam kolam tu. Kalau Jihah ada mesti best boleh mandikan dia huhu…Cuma ntahlah kenapa pelik dgn sikap suami-suami dan bapa-bapa yang ada kat situ. Nampak cool je tgk wife-wife korang jaga anak kecil mandi sambil mendedahkan aurat. Dah la campur laki pempuan. Kalau nak kata sume tu mahram wife korang mustahil la plak. Aku tahu para suami dan bapa sekalian risau anak kecil kalian mandi sorang-sorang tanpa penjagaan oleh ibunya tetapi tak kan sampai gadaikan maruah wife plak. Bukan itu je anak-anak perempuan juga dibiar mendedahkan aurat dan mandi campur antara lelaki dan wanita. (Aku hanya mampu memandang)…

Selesai lunch boleh masuk bilik, Alhamdulillah duduk di bilik no. 42. Roomate ialah second wife bos dan satu rumah dgn adik-beradik dia dua org termasuk Nabiha (anak sedara mereka). Tanpa membuang masa bersihkan diri dan solat jamak. Then, tunggu untuk bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. After magrib turun dinner and go to Mesra Mall. Ya Allah nak gi tempat ini memakan masa hampir sejam dari resort sabar jelah.

Sampai kat sane aktivitinya main bowling.1st time main walaupun tak pandai lantak la janji baling je huhu. Berat gak bola ni. Tak sangka di malam menyambut tahun baru hijrah ramai kaum muslimin dan muslimat menghabiskan masa di sini. Terasa malu juga aku sbb aku adalah salah seorang daripada mereka. Menerima mesej-mesej tarbiyyah dari sahabat-sahabat membuatkan hati benar-benar tak selesa utk teruskan pemainan. Akhirnya aku minta bos gantikan aku main. Kebetulan satu group dengan dia and aku gi lepak sorg2 kat tempat makan sambil menikmati wafer coklat + peanut butter yg mmg sedap…

Sampai bilik around 1.00am…

27 November 2011

Selepas baca al-mathurat menghabiskan bacaan di majalah Gen-Q. Pastu bersiap-siap untuk take breakfast. Lebih kurang jam 11.00 breakfast di warung tepi jalan. Boleh tahan juga nasi lemak dia tapi sayangnya air minuman kami ada semut. Sume gelas pasti ada sekurang-kurangnya seekor semut. Apalah peniaga ini tak jaga langsung.

Selepas sarapan gi tengok pantai sekejap. Cuaca agak mendung dan hujan mula membasahi bumi. Kemudian balik bilik dan mereka sume gi pantai. Nasib baik ada tv so tak lah bosan sgt. Jam 12.15 diorg tak balik lagi akhirnya aku pun tidur . jam 12.45tgh hari turun lunch. Sementara cuci tangan sempat berborak dgn salah seorng wife pekerja ACT. Mulanya cita pasal rambut seorang kanak-kanak ini memang curly hair sungguhla.Pastu terjadilah dialog seperti di bawah :

Akk: akk mmg tak suka rambut kerinting ini. Kalau dapat anak perempuan nanti tak nak dia rambut kerinting. Memang tak suka lah.

Aku: Rambut akk mesti luruskan.

Akk : Eh tak tgk ke masa mandi kolam pagi tadi.

Aku : Tak, saya tak join pun.

Akk :Akk mandi tak pakai tudung, tanya abang mandi nak pakai tudung ke tak? Abang

kata mandi tak yah la pakai.

Erm..mudahnya suami akk ini menjawab. Tp jawab kat dunia la mudah kat akhirat esok semudah itu ke??.Tulah reality suami dayus yang semakin ramai masa kini. Membenarkan isteri mendedahkan aurat kepada khalayak tanpa ada sedikit rasa cemburu hak anda itu dipertontonkan kepada umum.

Jam 2.00ptg mula aktiviti sukanneka kat dewan. Best jugalah sbb banyak aktiviti utk kanak-kanak. Sampai jam 4.30 sume boleh balik bilik utk aktiviti bebas.

Seusai solat dan baca manzil aku pun mula menggosok baju untuk dinner malam. Diaorng masih setia menghabiskan masa di kolam pula. Tv lagi la yang menjadi teman. Nak gi jalan sekitar resort macam tak best jer jadi tgk la tv.

Jam 8.30 malam time dinner. Best makan sbb wat BBQ. Siap makan ada sedikit ucapan dr bos dan beberapa penyampaian hadiah dalam sukaneka dan acara bowling. Tak sangka group aku dapat tempat pertama huhu..Walaupun aku main sepruh jalan tapi still dapat hadiah juga. Kategori individu dapat kat Nizam RM 200.00. Siap je majlis ambik gambar dan aktiviti bebas.

Sekali lagi aku memilih utk stay kat bilik sbb diorg nak gi karaoke. Diorg pun tahu aku mesti tak nak jadi duduk la kat bilik tgk tv.



28 November 2011

Hari yang dinanti tiba. Jam 2.30 check out dr resort. Hari ini takde aktiviti dah melainkan diorg terjun kolam lagi huhu..Suke betul mandi kolam yea…

Catatan : Inilah percutian yang paling sempoi dan aku banyak duduk kat bilik tgk tv. Cume nasihat aku untuk diri sendiri dan wanita di luar sana, sekali pun hanya sehelai rambut ia tetap tidak berhak utk di lihat oleh bukan mahram. Jika suami gagal membimbing ke jalan yg diredhai maka isterilah yang harus mencari sinar Illahi.


0 comments: