January 27, 2011

ADA APA DENGAN 1ST SEPTEMBER



Nama Fauzi Ismail, bukan nama yang mahsyur dalam lipatan sejarah Malaysia. Namun pemilik nama ini sebenarnya telah mencatatkan sejarah sebagai seorang as-syahid di jalan Allah yang berjuang di Bumi Afghanistan. Seorang rakyat Malaysia yang sanggup mengorbankan segalanya demi menyahut seruan jihad negara orang. Pada 1st September 1962 di bumi Kampung Pantai Cicak, Sidam Kiri, Kedah as-syahid dilahirkan ( mak saya pun lahir 1st September juga hihi).

Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh At Taubah:111

Liku-liku perjalanan hidup beliau diabadikan dalam sebuah buku bertajuk “Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan”. Buku ini telah ditulis oleh Zainon Ismail. As-syahid merupakan seorang pemuda yang berjiwa besar. Dalam usia semuda 27 tahun telah memikul amanah dengan penuh tanggungjawab terhadap agamanya. Rasa kecintaan kepada pejuangan membuatkan beliau mengutamakan pejuangan mendahului yang lain. Jarang sekali pada masa kini untuk menemui anak muda Malaysia yang berusia 27 tahun sanggup melakukan perkara yang sama seperti beliau.

As-syahid hanya insan biasa. Kehidupan yang serba sederhana dan hanya memiliki sebuah motorsikal 70 cc telah dimanfaatkan sebaiknya. Meredah hujan dan kepekatan malam dalam memenuhi keperluan diri mencari ilmu dan berusrah. Semangat yang kental as-syahid miliki tidak pernah pudar biarpun beliau mendepani sejuta keperitan dan dugaan.

Selamat membaca buku ini dengan penuh penghayatan dan renungkan sejauh mana pengorbanan kita untuk Islam yang kita cintai.

January 21, 2011

LAGU: Bersama


Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahagia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang Esa

Bila masanya menjelma
Kebahagiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
Kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya

http://liriknasyid.net/devotees-bersama

Artis : Devotees Album : Motivasi

January 15, 2011

Nasihat buat muslimah


Kali ini ana ingin berkongsi surat yang ana terima dari seorang insan bergelar umi. Tiada lain sekadar perkongsian bersama agar bermanfaat dan diamalkan bersama dalam mencari keberkatan Illahi..

Wa'alaikumussalam wbt, anak umi yang bertaqwa kepada Allah swt, semoga sentiasa dibimbing oleh Allah swt untuk beramal dengan amalan ahli syurga.

Ank umi, jodoh pertemuan merupakan salah satu bentuk rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah swt ketika 120 hari janin membesar di dalam rahim ibu iaitu ketika Allah mengutuskan padanya malaikat untuk ditiupkan roh dan ditetapkan 4 kalimat kepadanya iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagianya- rujuk hadith 4 dari buku Terjemahan dan syarah hadith 40, Imam nawawi @ Mustafa Abd. Rahman @ Jami'ulum Wal Hikam (Himpunan Ilmu dan Hikmah).

Justeru itu, kita tidak perlu mencari apatah lagi dengan cara yang bertentangan dengan syariat Allah swt yang hukumnya HARAM di sisi Allah swt seperti :
1. Pandang memandang,(dalil larangan dalam surah An-nuur 30-31
2. melayan si jejaka di telefon
3. berusaha mencari perhatian lelaki dengan bertabarruj(berhias cara jahiliyyah), suara manja dan sebagainya.

Strategi dan pelan tindak yang HALAL di sisi Allah swt untuk anakanda lakukan bagi memilih suami yang soleh untuk keberkatan ALlah swt agar bahagia di dunia dan akhirat ialah :

1. Sediakan diri dengan pertingkatkan keimanan dan keyakinan bahawa semua ini susunan Allah swt kerana Dia telah merancang dan akan memberi yang suami soleh yang terbaik di sisiNya untuk anakanda. InsyaAllah anakanda akan terhindar daripada terjebak kepada perkara yang haram atau dilarang Allah swt.

2. Hafalkan doa surah Furqan ayat 74 - semasa doa minta Allah sampaikan kepada bakal suami soleh yang Allah dah catit dalam buku lauh Mahfuz anakanda, tapi kita belum tahu lagi agar dia pun rasa sakinah dan melakukan yang sama, surah Ibrahim ayat 40, surah Ali Imran ayat 38 - bayangkan anak2 yang bakal Allah anugerahkan kepada anakanda dan bakal suami agar mereka sentiasa solat dan berbuat baik.

3. Tanggungjawab asal mencarikan jodoh untuk anak2 ialah ibubapa- hadith Nabi saw. Neraca pertimbangan ciri-ciri calon suami adalah agama dan akhlaqnya. 'Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu berpuas hati di sudut agama dan akhlaqnya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengan segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya berbangkit fitnah di mukabumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti' Hadith riwayat Abu Hurairah. Sekiranya keluarga tidak mampu untuk berbuat demikian, sekiranya anakanda berada dalam organisasi Islam yang ada unit 'Baitul Muslim' - boleh menjadi pengantara permulaan untuk membantu proses mencari dan mempertemukan jodoh anakanda - perkenalkan calon, solat istikharah, buat keputusan menerima atau menolak, jika bersetuju maka pihak baitul muslim akan meneruskan proses 'ta'aruf- berkenalan dengan kehadiran orang tengah yang telah berumahtangga, setelah kedua2 pihak bersetuju untuk mendirikan rumahtangga dengan kebenaran keluarga, pihak unit baitul muslim akan menyerahkan proses teknikal kepada keluarga masing2.

4. Perkara asas yang perlu ada dalam diri anakanda ialah, semua yang berlaku adalah susunan Allah swt. Kita sebagai manusia makhluq Allah swt hanya mampu berdoa, berusaha, dan akhirnya bertawakkal kepada Allah swt. Keputusan adalah haqNya. Apapun, yang penting pergantungan kita 100% pada Allah swt bukan pada manusia- walaupun ibubapa kita, unit baitul Muslim dan sebagainya.

5. Firman Allah dalam surah At-Tahrim : ayat 8. Banyakkan bertaubat terhadap kesalahan dulu jika ada, semoga Allah tutupkan kesalahan anakanda yang lalu, kerana Allah swt hendak memberi anakanda suami yang soleh.

Perkara terakhir, sentiasa mempersiapkan diri yang terbaik, InsyaAllah bila sudah sampai masanya Allah akan pertemukan jodoh anakanda dengan hamba yang bergelar suami soleh yang paling baik Allah swt pilihkan untuk anakanda untuk kebahagiaan anakanda dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Akhir kalam, maassalamah.

BEDAH BUKU : DENYUT KASIH MEDIK




Novel denyut kasih medik merupakan karya pertama Dr. Farhan Hadi. Terbitan Telaga Biru. Kisah yang dipaparkan dalam karya ini sungguh bermanfaat dan penuh dengan pelbagai ilmu yang amat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja. Penekanan kepada aspek fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta.

Pendekatannya yang digunakan dalam penyampaikan mesej-mesej dakwah amat mudah. Biarpun kerjaya beliau sebagai seorang doctor perubatan tidak membataskan dirinya daripada terlibat dengan kegiatan dakwah. Malahan, gaya penyampaian dalam menegakkan syariat di bawah payung hospital sungguh halus dan mudah difahami.

Di dalam novel ini diperjelaskan dengan terperinci berkaitan isu-isu yang biasa berlaku di hospital dalam bentuk info. Antaranya berkaitan info berkhatan anak perempuan, info haid dan istihadah, info tip usaha mencari jodoh bagi kaum wanita, info mahar dan banyak lagi. Segala info diperjelaskan dengan ringkas dan mudah difahami.

Selain itu, watak Dr. Muslih dan Qani’ah memaparkan gaya hidup seorang muslim yang baik dan harus dicontohi. Walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin namun, keberkatan hubungan yang dijaga antara mereka berdua membuahkan keindahan di alam rumah tangga.

Kepada sesiapa yang belum membaca novel ini bolehlah mendapatkannya di pasaran dengan harga semurah RM 23.00…selamat membaca untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi. Terutamanya yang sudah membaca karya novelis islamik Fatimah Syarha kerana novel ini adalah novel karya suami beliau.

January 12, 2011

Amalan penajam hafalan & penawar penyakit lupa

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيم

الَّذِي لاَإِلَهَ إِلاهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوم

بَدِيعُ السَّمَوَتِ وَالأَرْض وَمَا بَيْنَهُمَا،

مِنْ جَمِيْعِ الْجُرْنِيْ وَظُلْمِيْ

وَإِسْرَافِيْ عَلَى نَفْسِيْ وَأَتُوْبُ إِلَيْه

January 11, 2011


Salam kerinduan buat semua sahabat2 ku...
Dalam aku mencari redha Tuhan, jiwaku perlu kpd mutiara Ihsan,kalbuku perlu pada permata Iman, agar diriku indah dgn nikmat Islam..ttp bagaimana harus aku merasai semua itu tanpa bimbingan Teman yg mampu mnjd mursyid pd diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan..hadirkanlah ia dalam perjalanan hidupku..

January 10, 2011

SULAMAN DAN KEHIDUPAN


Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “ Kami beriman”, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang dikehendakiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Warna yang sering menghiasai ruang kehidupan kita ialah kenikmatan dan ujian. Datangnya silih berganti tanpa henti. Ujian…kenikmatan…kenikmatan…ujian…begitulah putarannya. Hanya insan yang benar-benar menggunakan mata hati akan memandang ujian sebagai kenikmatan dan kenikmatan sebagai ujian.

Ada sebuah kisah diceritakan dalam sebuah kampung tinggal seorang ibu tunggal bersama beberapa orang anaknya yang masih kecil. Kehidupan mereka serba sederhana namun bahagia dengan kasih sayang dan perhatian daripada si ibu. Masa lapang digunakan oleh si ibu untuk membuat sulaman kain.

Setiap kali anaknya memandang si ibu dari bawah papan sulaman kain itu pasti si anak ternampak betapa banyaknya simpulan benang. Si anak sering bertanya “ duhai ibuku, apakah yang sedang ibu lakukan? Saya melihat tidak lain yang ibu hasilkan melainkan simpulan benang yang amat sukar dirungkaikan. Lantas si ibu menjawab, “ sabar anakku, setelah selesai kerja ibu ini, akan ibu tunjukkan hasilnya padamu”….

Masa berlalu dengan pantas sekali. Akhirnya kerja sulaman si ibu siap dengan sempurnanya. Si ibu memangggil semua anak-anaknya dan menunjukkan hasil sulaman yang telah siap itu. Terlihat sebuah pemandangan yang cantik dan gambaran sebuah kehidupan yang indah. Alangkah terkejutnya si anak dengan hasil kerja itu kerana selama ini dia memandang dari bawah sahaja dan cuma melihat simpulan benang yang tidak bermakna.

Si ibu pun menjelaskan kepada anak-anaknya bahawa semua yang berlaku itu seperti kehidupan yang mereka lalui. Papan sulaman itu ibarat hari-hari yang kita lalui dan kita sulamkan perjalanan hidup kita seperti benang yang disulamkan di atas kain ini. Takdir hidup kita sering kita lihat dari kaca mata kita seperti hasil di bawah papan sulaman yang penuh dengan kekusutan benang yang sukar dirungkaikan. Manakala hasil sulaman yang indah dan cantik diumpamakan seperti perancangan terbaik Allah rencanakan buat kita hanya bisa terlihat dari pandangan atas atau mata hati yang paling dalam.

Moralnya, pandanglah setiap yang mendatangi kita dengan mata hati dan yang terbaik dari Allah buat kita. Biarpun adakalanya mata kasar kita memandang ia sebagi ujian yang sukar untuk didepani tetapi yakinlah natijah akhirnya pasti terbaik. Jangan sesekali berprasangka buruk dengan Allah kerana Allah telah kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah juga yang sebaik-baik perancangan.

KENAL……ALAMI….NIKMATI…


ERTI SEBUAH CINTA

Cinta!!!

Hidup manusia sering menuntut cinta lebih-lebih lagi seseorang diusia remaja. Tanpa cinta jiwa akan sengsara dan kosong penuh tanda tanya. Namun, apakah nikmatnya cinta itu??? Kita boleh ibaratkan cinta seperti sebiji epal. Kenikmatan makan epal hanya bisa dirasai oleh insan yang memakannya. Jika tidak pernah mengenal epal maka sukarlah untuk mengetahui nikmatnya makan sebiji epal. Begitu jugalah dengan cinta. Apabila kita kenal cinta dan pernah mengalaminya maka kita akan tahu kenikmatan cinta itu.

Menyentuh tentang akhlak Rasulullah s.a.w pula bagamana kita hendak mencontohi baginda? Untuk bertemu dan kenal Rasulullah s.aw. secara bersemuka adalah mustahil buat kita umat akhir zamankan. So bagaimana kita hendak mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w yer…

KENAL DIRINYA

Terdapat banyak sirah yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah s.aw. bagaimana akhlak baginda sesama para sahabat, bersama para isterinya, sesame anak yatim dan lain-lain. Melalui sirah-sirah tersebutlah kita akan dapat mengenali baginda walaupun tanpa melihat wajahnya. Akhlak baginda diibaratkan seperti al-Quran dan terlalu indah budi pekertinya. Baginda juga tidak pernah member layanan buruk kepada sesiapa pun biarpun dirinya dibenci.

Diriwayatkan di dalam sebuah sirah ketika Rasulullah s.a.w. bermusafir dengan sorang lelaki bukan Islam yang tidak pernah dikenalinya dan lelaki itu juga tidak mengenali baginda. Sebelum perjalanan bermula si lelaki telah berkata engkau boleh berjalan bersamaku dengan syarat aku tidak mahu mendengar kau menyebut nama Muhammad. Mendengar syarat tersebut maka sepanjang perjalanan itu Rasulullah s.aw. tidak menyebut langsung namanya sendiri dan membuatkan lelaki tersebut selesa bermusafir bersama baginda. Akhirnya mereka telah tidak ke destinasi yang dituju. Sebelum berpisah lelaki tersebut betanya nama baginda, alangkah terkejutnya si lelaki itu kerana tidak menyangka bahawa yang beriringan bersamanya adalah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.aw. adalah orang yang dibencinya dan dihina sebelum mengenali baginda dan setelah mengenali barulah si lelaki itu mengetahui siapakah sebenarnya Rasulullah s.a.w. yang kita cintai. ….

Untuk kita mencontohi baginda maka kita perlu kenal baginda dan rajinlah meneroka sirah-sirah perjalanan hidup baginda. Jika tidak kenal baginda, kita tak akan tahu bagaimana indahnya akhlak baginda dan jauh sekali mencontohinya.

CONTOHI AKHLAKNYA.

Setelah kenal baginda dan mengetahui akhlaknya barulah kita boleh mencontohinya. Mungkin agak sukar untuk kita mencontohi seratus peratus akhlak baginda tetapi paling kurang mencontohi selagi termampu. Apabila diminta mencontohi akhlak baginda ada yang berkata susah hendak mencontohi Rasulullah s.a.w kerana baginda nabi. Tambah pula, maksum sedangkan kita manusia biasa.

Kita harus tahu baginda tetap manusia biasa seperti kita. Habis tu yang semakin ramai mencontohi artis itu bagaimana??? Artis juga manusia seperti kita cume mereka dikenali ramai sedangkan kita tidak. Tetapi kita mudah jer untuk mencotohi mereka berbanding mencontohi Rasulullah s.a.w. Sewajarnya kita mencontohi insan-insan yang jauh lebih tinggi darjatnya dari kita, tak kan yang lebih terus dari kita kan…

Semoga kita sama-sama dapat mencontohi akhlak baginda dan semua itu adalah sunnah. Ingatan buat diri sendiri dan ingatan untuk yang sudi membaca…berusahalah menjadi sahabat yang tidak akan membiarkan sahabatnya terjun ke neraka tetapi sebaliknya bersedia terjun bersamanya ke neraka untuk menarik tangannya beriringan dengan kita menuju ke syurga….

January 03, 2011

Jangan berlengah lagi !!!



Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Kini tahun 2011 bersaman 1432 Hijriah. Tercipta pelbagai sejarah dan pengalaman yang direkodkan dalam memori diri masing-masing. Namun, apakah perancangan dan catatan terbaru yang bakal di isikan di dalam memori tahun ini???

Azam ingin berubah

Rata-rata antara kita pasti terdetik ingin melangkah kaki ke alam tahun baru dengan penuh kenikmatan dan keindahan. Keazaman memperbaiki kelemahan dan memperbaiki kesilapan lalu lantas berhijrah tercalit di dalam lubuk hati.

Dalam surah an nisa' ayat 100 Allah telah berfirman yang bermaksud:


dan sesiapa Yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah Yang banyak dan rezeki Yang makmur; dan sesiapa Yang keluar dari rumahnya Dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Niat ingin berubah

Tunjuan dan sandaran perubahan yang dilakukan mesti bermula dari niat. Ada ketikanya sesetengah individu ini ingin berubah tetapi niatnya bukan disandarkan kerana Allah. Berubah kerana kekasih, kerana sahabat kerana mak ayah dan tidak meletakkan kerana Allah. Hanya hati kita sahaja yang tahu niat kita. Check hati kecilmu yang paling dalam.

Hadith Pertama Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Mulakan langkahan

Sekadar niat dan kata-kata tidak bisa mengubah sesuatu keadaan. Hanya dengan mulakan langkahan pertama penghijrahan baru bermula. Tanpa langkahan dimulakan sudah pasti keazaman tinggal kenangan dan menjadi sebuah impian yang semakin jauh.

Oleh itu, pasangkan keazamanmu, perbetulkan niatmmu dan mulakanlah langkahanmu. Usah ditangguh kerana detik ingin berubah itu adalah gerak hati dan petunjukkan dari Allah. Jika terus dibiarkan dikhuatiri hidayah itu akan hilang dan tidak datang kembali.

January 02, 2011

THE ARRIVAL : part 1


Selamat menonton...dan nantikan episod seterusnya....
video