May 30, 2011

Amalkan membaca Manzil

Ayat Manzil bagus diamalkan...Ia merupakan ayat penyembuhan beberapa penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir dan ilmu syaitan. Diminggu-minggu akhir praktikum berlaku suatu kejadian di luar jangkaan. Rakan serumah terkena rasuk. Dengan takdir Allah kami berkesempatan berkenalan dengan seorang ustaz yang arif dalam bidang perubatan Islam.

Menurut ustaz tersebut ayat manzil ini elok diamalkan bagi setiap orang sebagi pelindung dari sebarang gangguan makhluk halus. Sebaik-baiknya amalkan setiap kali selepas solat dan paling tidak sekali sehari. Orang yang ada gangguan di dalam badan pasti akan merasai beratnya hati untuk membaca ayat-ayat ini. Kesan selepas membaca ayat ini akan dirasai seperti debaran di hati, keluar angin seperti sedawa atau terasa sakit-sakit anggota badan. selamat beramal.

Lagu : Dalam Sujud Cintaku

Dunia itu penjara bagi orang yang beriman, dan dunia adalah surga bagi orang kafir.
(Muslim)


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...


Lirik lagu ini penuh dengan makna yang sangat mendalam andai dihayati setiap bait-baitnya. Betapa nikmat kesenangan dunia ini banyak melekakan manusia dari mencintai yang selayaknya. Allah yang menganugerahkan segalanya buat kita dan nikmat rasa kasih dan sayang sesama manusia juga kurniaan dariNya. Namun, bila dicampakkan rasa cinta itu di dalam hati manusia, manusia mudah terhibur hingga lupa pada pemberi asalNya. Keasyikkan melayari bahtera cinta manusia adakalanya menjadikan kita menafikan betapa cemburunya Allah terhadap kita kerana Dialah yang paling layak kita cintai.

Ya Allah, jauhkan diriku dari mencintai seseorang insan yang mampu membuatkan aku lupa mencintaiMu. Andainya cinta manusia itu melalaikanku jauhkan dirinya dariku dan padamkanlah rasa cinta itu dalam usahaku mengapai redhaMU....

Ya Allah di dalam meniti langkahan mencari redhaMu adakalanya matlamat tersasar dari landasaran yang diKau redhai. Nikmat dunia yang mengasyikkan membuatkan jiwa yang kekeringan mudah berpaling.
http://www.emocutez.com

May 28, 2011

Berlalu Era Praktikum...

Alhamdulillah selesai juga semua tugasan di alam praktikum...Hanya Allah yang tahu bertapa mencabarnya praktikum as a counselor. Harus menyelesaikan 56o jam terbahagi kepada 6 bahagian ialah 30 jam bimbingan kelompok, 20 jam kaunseling kelompok, 100 jam bimbingan individu, 45 jam kaunseling individu, 100 jam program, 265 jam pengurusan dan pentadbiran.

Kekalutan menyiapkan rekod akhir amat dirasai sampai sakit-sakit mata dan jari bermain dengan sahabat sejati "laptop"...semua sesi harus didokumantasikan dan dicatatkan. tempoh 3 hari melunaskan semua keje-keje akhir sememangnya mencabar...Syukran kathir buat adikku zira yang membantu melunaskan sebahagian besar tugasan tersebut. Buat sahabat sejati Nida, syukran kerana memahami diriku perlukan konsentrasi dan tidak mahu diganggu saat itu, buat sahabat sejati, wani maaf tidak bisa membantumu di saat akhir kerana diriku juga dalam kekalutan....

Mak yang dirindui sentiasa maaf kerana pulang lewwat dari yang dijanjikan kerana amanahku belum terlaksana...kini berada di rumah kita bleh enjoy...huhu...