June 26, 2011

Semoga kite Istiqamah


Terharu dan sgt2 bersyukur pd Allah. Benar janjiNya dalam surah Al-Kahfi ayat 17 yang bermaksud :

sesiapa Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka Dia lah Yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa Yang disesatkannya maka Engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang Penolong Yang dapat menunjukkan (jalan Yang benar) kepadaNya

Citenya begini, tgh hari td saje buka fb sbb dh boring sgt tkde cite best kat tv. Tb2 ada msj msk dr pemilik nama bermula huruf K. Mulanya cnfius juga spe plak ni? Cam tk familiar jea sbb baru accept dia jd fren dan pic pun tkde. Rupenya junior..Alhamdulillah skian lama ana mncri fb dia tksgka ari ini dia add.Alhamdulillah..syukurnya....

Awal2 lg dia dh menyatakan rase rindu dia pd ana. Beberapa kali dia mngulangi ayatnya menyatakan betapa dia sgt rindu pd ana. Ya Allah akk juga rindu pada K. K sgt berkeinginan utk btemu dgn ana harap Allah menemukan kita masa konvo nnt insya’Allah. Mulanya K hanya ingin ana berkongsi pengalamn spnjng di kolej dulu. Ana tau K kini telah merasai bertapa beratnya amanah yg dipikulnya krn ana pnh berada di posisinya suatu masa dulu.

Alhamdulillah, ana menyedari itulah hikmahnya mengapa Allah memilih K utk berada di posisi tersbut. K menyatakn kesungguhnya utk berubah dan meninggalkan sume kesilapan yg pnh dia lakukan. Dia kini benar-benar ingin mencari Cinta Hakiki. Tapi K kdg2 lemah dan dia tau bkn mudh jalan yg dipilihnya ini. K benar-benar ingin mnjdi wanita solehah dan meningkatkan lagi ilmu agama. Paling menggembirakan ana walaupun K baru mula berubah dia sudah berkeinginan utk berdakwah kpd org lain. Mendengr suara K dlm telefon td , ana dpt rasakan bertapa K benar-benar menghargai nikmat hidayah yang Allah berikan pdnya kini shinggakan bebual di msj tk puas pdnya. Dia benar-benar ingin bertaubat dan ingin memulakan langkah penghijrahan. Alhamdulillah smg K istiqamah.....

Erm..ari khamis ari tu plak, ana di sapa dlm fb olh insan yg bermula nama huruf A. Shbt lama, so mmg biselah tnye kbr tambahan plak nk konvo ni mmg dah agak masing2 sibuklah nk tnye tntg konvo.Mmg tk sgka tgh syok cite pasal psediaan dan keperluan utk ari konvo tb2 dia tnya “Eizan knl tk Oki Setiana Dewi”, ingtkan ada pe2 terjadi kat pelkon tu rupa2nya dia nk puji pelakon tu comel huhu..kemudian barulah dia cite yg dia dh lama niat nak berubah.

Kemudian A pun bercerita tntg tudung, maklumlah dia jual tudung huhu..Baru dia menyedari bhw tudung yg dia pakai tu tk ikut syariat. So dia nk tau sbnrnya pakai tudung ini cmne. Bunyi cm simple je kan, tp cuba tgk kat luar sana tk sume pakai tudung tutup aurat. Dia juga menyatakan kesyukurannya krn hatinya masih berkeinginn utk berubah dan merasa Cinta Allah.

**********************************************

Suke bile mendengar shbt2 dh mula berhijrah dan kembali kpd fitrah. Harapnya smg lbh ramai lagi yg mendapat hidayah Allah lepas ini. Berita gembira ini mungkin hadiah buat ana sbb minggu lepas ana sedih dgn insan yg ana anggp spt adik sndri. Sedihnya, sbb dia masih hanyut dlm dunia ‘couple’nya. Smg adk akan mndpt hidayah dr Allah juga suatu ari nnt...

Ya Allah, tetapkan hatiku juga di atas landasan syariatMU dan jgnlah Engkau pesongkan hati ku setelah Engkau kurniakan hidayah buat ku.


June 24, 2011

Ambang perkahwinan



dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir . ( surah ar-rum ayat 21)

Maksud perkahwinan :

Akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.

Hikmah perkahwinan : -

- Melambangkan kekuasaan Allah

- Memberi ketenangan hati

- Memberikan nikmat kasih dan sayang

-

Ciri-ciri mencari pasangan harus berlandaskan hadis Nabi S.A.W :-

- melihat kepada hartanya

- melihat kepada rupa paras

- melihat kepada keturunannya

- melihat kepada agamanya.

Sesungguhnya pilihlah kerana agamanya berbanding yang lain. Apabila pasangan memahami agama maka pasangan akan nampak tanggungjawab yang dipikul di dalam ikatan perkahwinan.

Antara persediaan sebelum perkahwinan :

- ILMU : Kurangnya ilmu maka tidak akan faham tanggungjawab

- KEWANGAN : untuk melihat kemampuan memikul amanah

- RESTU ibu bapa : untuk keberkatan

Buku INDAHNYA KAHWIN MUDA : merupakan buku yang disarankan untuk dibaca bagi yang bakal atau telah mendirikan rumahtangga. Harganya RM 18:00 dan mengandungi 8 bab. Bab pertamanya bertajuk : Tanya Diri Anda Sudahkah Bersedia Untuk Bernikah?....

" hidup rmhtangga tidak hanya wujud di atas hubngan romantis, perasaan cinta dan harapankan mendapatkan kasih sayang yg tulus dan murni dari pasangn idup. tetapi sebuah perjuangan utk menghadapi realiti kehidupan suatu pengabdian utk memikul beban dan tanggungjawab agama dan bentuk jihad utk mempertahankan keutuhan rmtangga secara bersama2" - SYAWANA AZIZ

Perkongsian dari rancangan USRAH Tv 9


June 22, 2011

Yg buat xrase bsalah. yg tgk xrase salah




Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

“Wahai anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu membendung pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.”

Sejak akhir-akhir bila buka jea fb ramai sahabt yang telah pun selamat melangsungkan walimah. Alhamdulillah..“Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fee khair. Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma,Wa jamaah baina kuma fii khair”

Tu sahabat yang sudah berkahwin tapi yang menjadi isunya semakin ramai juga yang bercouple dengan bangganya tayang aksi romantik kat Fb. Apa matlamat antum memaparkan adegan tersebut? Bila dh tayang, ada pula yang komen “jealous tengok korang” “ahaaaaaa bestnyaaa...jeles,nk jugakkk..haha ”. Apa antum rasa ek bile mendapat komen cmni? Seronok, bangga, puas, atau apa sebenarnya yang antum rase...Antum yg tgok plak, tak rase ke perbuatan tu hanya mengundang dosa atau antum hanya nampak keindahan palsu yang dipengaruhi nafsu??

Semakin hari semakin cnfius dgn tindak tanduk manusia. Yang buat tidak rase bersalah yang tengok tidak rasa ia salah. Berasa tenang dlm melakukan kemaksiatan tanpa rase bersalah mempengaruhi insan lain untuk bersama antum dlm kemurkaan Allah.

Ingt kata-kata seorg sahabat usah menghirup manisnya madu sebelum tiba saat mekarnya. Kemanisan dan keberkatan dlm rumah tangga akn pudar andai perhubungan tdk dijaga sejak awal perkenalan. Memang bkn mudah utk menjaga ttp tidak bermakna dgn kesusahan yg sedikit tu membuatkan kita tdk mencuba lgsg...Biar sukar di awalnnya demi senang di akhirnya.

Ya Allah, peliharalah kami agar tidak tersasar dr landasan syariatMu.Bimbinglah kami agar masih mampu mengikuti segala perintahMu.Tetapkan hati kami dalam mencari keredhaanMu dan segalanya pengharapan hanya disandarkan kepadaMu Rabb...

June 15, 2011

Warkah Untuk Adam



Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini


Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...


Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari Hawa

WARKAH UNTUK HAWA

Hawa...
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup hidup, tiada perghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian di mata adam, kita hanyalah sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu semata. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam, bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi allah sehingga tiada sebaik hiasan dunia melainkan wanita soleha.

Wahai hawa....
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman cara islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-nya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-nya, kenapa masih was was dalam mematuhi perintah-nya dan kenapa masih tak mahu menutup aurat wahai hawa?

Wahai hawa...
Tangan yang mengayun buaian bisa menggoncang dunia, sedarkah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan hawa jangan.... Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan adam.

Hawa...
Andai engkau belum berkahwim jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata mata seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekali gus disusuli dengan pertemuan.... Dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa....
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita malalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut untuk memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bemain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa....
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang beri hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa....
Cintailah allah di kala susah dan senang kerana kau akan perolehi cinta dari insan yang juga menyintai allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Hawa....
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengayun buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan allah. Jangalah sesekali tangan yang mengoncang dunia ini juga yang mengoncang iman lelaki, kerana aku sukar menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya.

Daripada hawa untuk hawa

June 13, 2011

Kejayaan Najihah

Alhamdulillah setelah bersusah payah Jihah berusaha untuk menerap akhirnya ari ini kejayaan tersebut dicapai...Tersenyum bangga je dia ye..Sukenye mama tengok Jihah gembira dan tak lagi marah-marah bila gagal untuk pusingkan badan..

Buat Rabiatul Najihah Binti Zulhairi, teruskan usahamu dan kuatkan tekadmu untuk mencipta kejayaan yang lebih besar lagi ye sayang. Tanamkan semangat yang kuat dalam diri dan mama doakan Jihah akan memiliki jiwa yang kental seperti Srikandi Rabiatul Adawiyah. Nanti mama sambung cerita tentang Rabiatul Adawiyah kat Jihah lagi ya...

Rabiatul Najihah, insya'Allah bakal mujahidah harapan

June 04, 2011

sanah helwah untukku


Ya Allah aku bersyukur kapadaMu kerana diriku masih berkesempatan untuk menyambut ulang tahun kelahiran buat buat kali ke- 24. Alhamdulillah. http://www.emocutez.com

Huh...semakin tua dan semakin menuju ke negeri abadi nampaknya..Syukran aku ucapkan kepada semua sehabat dan sahabiah yang mengucapkan wish kepadaku. Wish yang paling bermakna buat diriku " Selamat hari lahir...semoga dimurahkn rezeki n diberkati umurmu..moga segala cita2 yg ingin digapai dipermudahkn..sekadar renungan utk diri sndri n semua..dlm menempuh kehidupan..junjunglh akhirat di kepaladan letaklh dunia di telapak tgn..andai akhirat t'gelincir jatuh..lepasknlh dunia utk menyambut akhirat.."
http://www.emocutez.com
Rindu wish dari ayahanda tercinta. kalu dulu ayah pasti akan telefon untuk wish padaku. seronoknya saat itu. Tapi bermula tahun ini, ayah tidak mungkin akan mengucapkannya lagi buat diriku
.http://www.emocutez.com

Bila dikenang dan direnung balik, sebenarnya kematianku juga lah yang semakin hampir di saat ulang tahun ini diraikan lagi. Meraikan kelahiran rasanya tidak ubah seperti meraikan saat kematian yang semakin hampir... Ya Allah, tertunaikah semua tanggungjawab ku di muka bumiMu?



June 03, 2011

Pelajar yang diingati


Teringat para pelajar yang telah ku tinggalkan beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah kalian tidak pernah lupa menghubungi cikgu,....InsyaAllah cikgu amat menghargai kalian semua dan semoga ukhwah ini berkekalan...

Dalam jiwa-jiwa kalian masih ada secebis kekosongan yang cikgu nampak sepanjang kita bersama tidak kurang 14 minggu. Kalian perlukan pengisian rohani atau pendidikan jiwa yang boleh merawat kekosongan tersebut. Semoga masih ada insan-insan yang menyambung apa yang pernah kami lakukan buat kalian..

*********************************************************************************
Teringat mesej yang diterima pagi tadi datangnya dari seorang pelajar:

Pelajar : hai cikgu, watpe tu...
Cikgu : hai....tkde watpe, duk layan anak sedara ini. kamu watpe tu?
Pelajar: tkde wat pe
cikgu :biasa bangun jam brape?
pelajar: 8 pagi.
Cikgu: solat subuh jam brape ni?tak kan jam 8 kot
Pelajar:saya lupa nak bangun subuh.

Mudah sungguh dirinya memperkecilkan tanggungjawab yang Allah berikan. Semoga hidayah Allah sampai kepadanya...Ya Allah tugas mendidik semakin mencabar dalam usaha mentarbiyyah jiwa-jiwa yang amat dambakan seorang murabbi...
***********************************************************************************

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya”? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain”. (Riwayat At-Tarmizi)

June 01, 2011

Act like a lady, Think lika a man


Pesta buku Antarabangsa sentiasa menjadi penantianku untuk membeli buku-buku idaman. Setiap tahun pasti aku dan adik-beradik akan pergi bersama-sama. Sayang, tahun ini tidak berkesempatan masing-masing ada urusan dan aku pun pergilah dengan anak-anak murid (Min, Nisa' dan Shima). Alhamdulillah dua orang sahabatku telah menanti di PWTC (Aisyah dan Sal)...

Opss...dah lari dari topik ini...ok2 kita akan bercerita tentang buku ini. Pernah baca tak kawan2??? Syukran kepada insan yang membelikan buku ini. Ia sangat bermanfaat dan memberi info kepadaku untuk lebih mengenali lelaki dalam hidup ini.....

Perkara pertama yang ingin aku tekankan kepada semua wanita di luar sana, sedarlah lelaki mementingkan 3 perkara ini terlibih dahulu dalam hidupnya iaitu:

NAMA
KEDUDUKAN
SUMBER KEWANGAN YANG STABIL

*seterusnya akan dicntinue nanti ye