August 13, 2011

Diari Sufi


Alhamdulillah, berkesempatan juga menghabiskan sebuah diari kecil yang bernama “ DIARI SUFI”, karangan Siti Munazakiah. Buku ini sangat bagus dibaca dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Memandangkan ia merupakan sesuatu yang dipanggil diari maka bentuk penulisannya seperti dairi juga lah. Pembaca tidak akan bosan membaca sebab rasa macam kita bermonolog dalaman sendiri.

Apa yang menarik pasal DIARI SUFI ialah setiap yang dicoretkan merupakan perjalanan hidup seharian kita. Dari mula bangun, apa yang kite lalui dalam kehidupan seharian dan hinggalah saat mata dilelapkan. Semua yang diceritakan dimuatkan dengan doa. Doa-doa tersebut juga ringkas dan mudah untuk dihafal.Indahnya hidup ini andai sumenya dihiasi dengan doa-doa.

Pada ana kekuatan DIARI SUFI ini ialah mengajak individu yang membaca sentiasa berdoakan dalam menghadapi apa juga situasi dalam kehidupan. Biasa kita jumpe buku doa harian, doa amalan dalam semuanya hanya memaparkan doa-doa sahaja. Berlainan dengan DIARI SUFI, biarpun ia boleh dikatakan sebagai salah satu buku doa tetapi gaya penyampaian berbentuk diari itu sangat menarik untuk kita membacanya. Bukan baca je actly kena amalkan juga.

Selamat membaca kepada yang belum membacanya……

*****************************************************************************************

Syukran, buat sahabatku MIERA yang menghadiahkan buku ini kepadaku. Saat saya terima hadiah ini terharunya saya. Terus teringat buku skrap yang pernah awk bagi kat saya masa kita nak berpisah dulu. Dalam buku skrap tu terhimpun helaian dan risalah peringatan. Sanggup awk jilidkan semuanya dan hadiahkan pada saya. Saya dulu, bagi awk baca risalah dalam bentuk lembaran jea sekadar perkongsian, Tak sangka awak bukukan dan menambahkannya dengan maklumat yang awk temui sendirinya utk kongsi dengan saya pula.

Indah kata-kata yang awk coretkan sebagai covernya “ 1 pertemuan telah dijanjikan Allah s.w.t, dalam pertemuan itu jugalah terselit 1001 pelbagai kisah suka dan duka kita bersama, persahabatan yang terjalin walau hanya sementara waktu, bahkan segala gurau senda dan gelak tawa menjadi memori terindah kita bersama dapat dijadikan sebuah memori yang dapat mengukir senyuman dikala aku berduka,tanpa disedari persahabatan biasa bertukar menjadi lebih akrab, SYUKUR ALHAMDULILLAH…Allah s.w.t memberiku hidayah melaluimu wahai sahabatku, segala tingkah lakumu sentiasa membuatku mengingati Allah s.w.t, Pelbagai warna kehidupan pernah aku lalui, Dari zaman kegelapan hingga aku dapat menjadi muslimah sejati, Semua keranamu dan izin dariNya wahai sahabatku, Akan ku teruskan niatku untuk lebih menjadi muslimah sejati walaupun kita bakal terpisah kerana cita-cita yang belum kita capai…Tapi aku yakin suatu hari nanti, 1 lagi pertemuan bakal berlaku kerana Allah s.w.t telahpun menetapkan pertemuan antara kita sekali lagi INSYAALLAH…”

Kata-kata yang awak coretkan ini benar-benar mendalam maksudnya dan terselit amanah sebagai seorang sahabat sebenarnya. Kali ini kita dipisahkan lagi dan entah bila pula pertemuan seterusnya. Tapi percayalah saya akan tetap menanti. Seperti dulu, saya akan sentiasa mendoakan awk di sana semoga awk terus kuat utk merebut tahta sebagai seindah perhiasan dunia.

Sempadan kita orang beriman bukan sempadan geografi, tetapi sempadan kita adalah sempadan aqidah – Assyahid Syed Qutb

August 12, 2011

Hari-hari yang dilalui sepanjang bekerja.

Tak sangka walaupun pada mulanya hati ini sungguh berat utk minta kerja kat tempat ni tapi kalau dh rezeki kat sini maka aku tetap akan ke tempat ini. Bukan susah sgt pun kerja as a clerk tp bila ada melibatkan mesin printer yang besar tu yang lemah skit tu…Um,teringat masa praktikum kat SMK Kalumpang dulu. Nak guna printer makmal pun tak pandai huhu…Alhamdulillah la Mr.Technician sedia membantu. Kalu ana tidak minta tolong pun enta sedia tolong betul tak?huhu…Bila fikir2 balik, macam printer sekolah tu saje-je buat hal. Maklumlah masa jadi JMK KAB dulu, boleh katakan diorg sllu letak aku sbg AJK sijil dan cenderahati. So kerja-kerja print sijil ini biasa dah buat. ISh3x…mmg ajaib…

Ok, byk hikmah yang aku jumpa spjg aku kerja walaupun tidak sampai sebulan lagi. Pertama setiap pagi, aku boleh menjadikan aktiviti berjalan kaki sbg suatu btk exercise. Maklumlah sejak habis study ini, takde pe buat just duk umah je so badan ni dh smkin membesar. Jadi inilah salah satu cara yg boleh aku buat. Teringat zaman JMK KAB, my partner keje berapa kali paksa suruh gi jogging dan buat exercise. Biasalah aku ni tk minat sgt nak wat exercise. Setiap kali dia suruh exercise,aku akan gitau baik tidur lagi best huhu…My partner keje ni sllu turun main bola setiap petang tu yg dia mmg galakkan sukan n exercise.

Suatu ari aku dipertemukan dgn seorang pembantu rumah. So dah dia ada dekat aku, borak la dia. Rupanya muda lagi baru 22tahun. Nama dia lupa la plak cume dia dr Medan, Indonesia..Dah dua tahun dia tk balik raya kat sana. Simpati juga juga aku kat dia ni. Tapi aku ni kali ke2 sambut raya tanpa ayah... Jam melewati angka 3.30 ptg,aku pun gtaulah dia kat office ada tempat solat so naiklah solat. Dengan mudah dia kata, malas la. Aku teringat kata-kata Wani shbt sepejuanganku “kita adalah mata rantai pejuangan, di mana pun kita dicampakkan dakwah akan tetap dilaksanakan..So sempatlah aku berbicara sedikit padanya utk menimbulkan kesedaran agar dia tidak mudah2 meninggalkan solat. Terfikir plak, kalau suatu masa nanti aku ada anak sapa bakal pngasuh anak aku??? Aku pasti akan bekerja, jadi mesti anak kena hantar pengasuh. Nabi Muhammad dulu pun diasuh oleh Halimatun Saadiah. Masih ada ke lagi org yg macam Halimatun Saadiah sekarang yg layak utk jaga anak aku???..Pada aku penting anak diasuh oleh org yang pentingkan agama sbb kalau pengsuh tidak solat, bisakah dia mengajar anak aku tentang solat. Harus difikirkan nanti sbb skang masih single huhu...

Aku bersyukur sgt tempat aku kerja ini tidak pernah menghalang aku utk solat pada bila-bila masa aku nak. Sebab jumpa seorang kwn lama dia pun baru habis konvo UPSI, dia cite tmpt keje dia ssh nak solat dan sllu je dia terpaksa solat zuhur akhir waktu dan asar je awl waktu. Maghrib kdg2 terpaksa ganti je. Pastu sorg lagi kwn aku yg lain plak terpaksa berdepan dengan botol2 arak setiap ari. Maklumlah keje kedai 24 hours yang jual mcm2 so arak tu wajib dah kena jual gak kat customer walaupun customer muslim. Alhamdulillah tmpt kerja aku, tidak ada sume tu dan selamat. Solat dhuha pun boleh wat. Yang bahayanya msin printer ini…Aduh, dah dua kali dia buat hal. Pertama kali tu oklah sbb aku kat computer bos kat mesin jadi cool je. Kali kedua aku kat mesin bos kat computer. Huh, memang aku menjerit la huhu….Boleh plak bos tanya “la watpe jerit tekan jelah button stop tu”Malunya rasa saat tu, nasib baik bunyi mesin kuat so tk la suara aku dengar sampai kat luar…. Wahai mesin, pasni janganlah buat hal. Time tu tb2 terpikir cmne org kerja kilang?aku keje dengan printer besar pun dah takut…

Memandangkan tmpt kerja aku ni wat iklan mcm tempahan banner, bunting dan sbgainya. Pastilah agensi kerajaan dan swata ada tempahkan. Yang hairannya terdapat ramai gak la org2 yang berurusan ini nak markup harga kat resit. Ayat biasa “ tambah sikit kat resit utk duit poket sy”…kalu sikit takpa, pernah tu sampai beratus tu….Cmne org ini, aku refer kat My Ustaz Handsome (adik), dia kata tk boleh sbb yg diambil tu dh melebihi. So kpd isteri-isteri, anak-anak, ibu-ibu atau sesiapa pun hati2 dgn duit yang dibw pulang, pastikah duit tu benar-benar halal. Impak sgt besar bile makan makanan dr sumber yg haram ni. Hati-hati lah ingt, kesenangan dunia tk mampu membeli kebahagiaan di akhirat. Smg bakal suamiku nnt tak lah jadi macam suami-suami yang aku temui ini…Insya’Allah ana yakin dgn ilmu yang enta miliki mampu membantu enta membuat yang terbaik.

Banyak lagi nak cite tp nantilah aku coretkan…k smg aku dapat bekerja dgn baik dan rezeki yang ku dapat ini halal lagi berkat.

August 10, 2011

Isu atau Reality

Statement yang m’gemparkan student UPSI….Adakah ia sekadar isu atau reality???

Yakinlah wahai hati, andai sesuatu itu milik kita tak akan pernah ia menjadi milik insan lain. Tapi sekiranya ia milik insan lain, kita tidak mungkin pernah memilikinya…

Malang nasib graduan UPSI

GRADUAN KECEWA


Tajung Malim, Perak

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.

Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?

Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.

Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.