September 25, 2011

~ Contengan ~


Indahnya sebuah kenikmatan kadang-kala membuatkan kita semakin leka dan jauh dari rahmat Tuhan. Tika saatnya ujian mendatang hati kita akan lebih mudah untuk tunduk sujud merayu dan merintih padaNya. Yakinlah dan pasakkan dalam hati sedikit ujian ini tanda Allah ingin kita semakin hampir padaNya dan tidak pernah cuba untuk menjauh dariNya. Bukan Allah tidak tahu apa yang kita mahu, bukan Allah tidak memahami apa yang tersirat dalam sanubari. Allah itu Maha Tahu dan Maha Memahami.

“Janganlah kerana kelambatan masa pemberian Tuhan kepada kamu, padahal kamu telah bersungguh-sungguh berdoa, membuat kamu berputus asa, sebab Allah menjamin untuk menerima semua doa, menurut apa yang dipilih-Nya untuk kamu, tidak menurut kehendak kamu, dan pada waktu yang ditentukan-Nya, tidak pada waktu yang kamu tentukan”

Al-Hikam :6

Sabar...sabar...dan sabar dalam penantian ini. Setiap kesabaran dalam penantian itu ada ganjaran pahala yang menanti. Usah khuatir pada sesuatu yang masih menjadi rahsiaNya. Akan tiba juga saatnya kita memahami setiap makna penantian itu PERLU untuk kita nikmati. Ini mungkin tarbiyyah dariNya buat kita agar kita benar-benar bergantung padaNya. Biarpun tarbiyyah itu bukan segalanya tapi segalanya itu adalah tarbiyyah buat kita.

Kita ini hanya manusia biasa yang dianugerahkan sekeping hati yang memiliki berjuta rasa. Rasa-rasa itu ibarat pelangi yang akan mewarnai lukisan perjalanan riwayat hidup kita. Tak usah kita menafikan fitrah yang diberi ia lebih indah jika kita menghargai. Cuba kita renungkan perjalanan hidup kita hanya tenang sahaja setiap hari, indah tak?Ya, mungkin mendamaikan tapi jika hari-hari macam tu best ke? Atau lebih seronok jika hari-hari yang kita lalui ibarat ombak di pantai. Ada masanya bergelora, ada masanya tenang dan ada masanya bersahaja di pantai. Ketuklah hati terokailah pilihan sendiri hehe...(setiap insan tidak sama).

Pastikah kita akan bahagia dengan apa-apa pun yang kita pilih di atas setiap pilihan yang kita ada? Mungkin bahagia dan mungkin juga tidak. Jika ingin bahagia kenali dan carilah dari sumbernya. Kita hanya mampu untuk berusaha selebihnya serahkan pada yang berkuasa. Takdir itu berada dipenghujung setiap usaha dan doa. Kuatkan kaki untuk terus melangkah dan melangkah biarpun sesekali kita rebah bukan beerti kita pasrah. Sekadar berehat memulihkan jiwa yang lemah sebelum bangkit kembali dengan lebih tabah.

catatan : Telah cuba untuk memahami walaupun diri masih belum mampu memahami. Berusaha untuk menjadi yang terbaik biarpun diri bukan lah yang terbaik. Maafkan atas setiap kekurangan.....

September 22, 2011

Istighfar

Pernah kita kira tak berapa kali sehari kita melafazkan kalimah ini :


cuba sama-sama kita kira agak-agak sampai tak 70 kali sehari. Alhamdulillah, pasti ada yang dapat totalnya lebih daripada 70kan. Jangan khuatir kepada yang kiraannya kurang sebab selagi mana kita berada di atas muka bumi kesempatan dan waktu masih ada untuk berubah.

Renungkan sabda Nabi Muhammad s.a.w :

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali”

Jadikan hadith ini sebagai pembakar semangat untuk meningkatkan amal kita. Jika kekasih Allah buat 70 kali. Kita ini pula siapalah agaknya di sisi Allah.....

Kita solat 5x sehari (wajib). So setiap kali lepas solat kalau biasa istighfar 3x je so try la buat 15x sehari. 15 x 5 = 75...

Selamat meningkatkan istighfar setiap hari...

Lazimilah lidah dan hati dengan mengingati pencipta krn dengan mengingatiNya kita akan tenang. Boleh juga set dalam minda setiap kali terkejut atau terperanjat menyebut kalimah-kalimah mengingati pencipta. Bukan sahaja kita mengingati diri sendiri, bila didengari oleh orang lain (tidak bermaksud kuat-kuatkan suara) secara tidak langsung kita boleh menjadikan ia sebagai ingatan bersama. Kebiasaan orang mudah melatah sst yang kurang sopan didengar maka sama-samalah kita menjadi ejen perubahan.


Catatan : merindui tazkirah ringkas sahabat2 C206 . Semoga Allah pemudahkn pejuangan kalian yang masih berada di bumi murabbi.








September 14, 2011

kENApa AWK piliHAN sAya

Kenapa awk pilihan saya?

Adakah sebab awk yang dtg dulu dalam hidup sy?

Oh..tidak awk dah terlambat sbb ada yang lebih awl lagi..

Ye ke ada yang lebih awl..

Pastilah sbb saya nak awk terakhir untuk saya….


Kenapa awk pilihan sy?

Adakah sebab awk menepati apa yg saya nak?

Oh..tidak, tidak semua ciri-ciri yg saya nak awk miliki...

Ye ke tk semua ciri2 tu awk ada...

Pastilah sbb sy cuma nak awk melengkapi hidup sy bukan memenuhi citarasa saya....


Kenapa awk pilihan sy?

Adakah sbb awk yang saya cintai?

Oh..tidak awk bukan insan yang saya cinta..

Ye ke cinta saya tiada untuk awk....

Pastilah hingga saat ini sy tidak mencintai awk sbb kita blm layak utk memiliki rasa tu...


Kenapa awk pilihan sy?

Adakah sbb awk mempunyai byk persamaan dgn sy?

Oh...tidak awk sgt berbeza dr sy sebenarnya..

Ye ke ada byk beza antara kita...

Pastilah sb dgn perbezaan itu kita akan lebih memerlukan...


Kenapa awk pilihan sy?

Adakah hanya krn awk yg terakhir utk sy,awk melengkapi hiup sy, awk tidak sy cintai saat ini, awk berbeza dr sy dan apa-apa lagi?

Oh..tidak nyata smua itu tidak bermakna langsung pada sy..

Ye ke semua ini tidak bermakna...

Pastilah sbb sy memilih awk kerana Allah

Allah yang gerakan hati sy untuk terima awk dlm istiharah sy.

Jika bukan kerana Allah

Pasti..dan pasti sy tidak memlih awk untuk sy..

Kerana semuanya datang dari Allah maka kita jgn lupa pada Allah....

Biarpun ungkapan cinta tidak pernah dizahirkan tapi yakinlah yang tersimpan itu lebih mahal harganya kerana penuh keberkatan

Jika ia terzahir tanpa sempadan hanya membuatkan hati tidak keruan dan melupakan semua amanah yang diberikan.

Catatan : coretan ini terhasil ketika saat bosan di ACT. September 2011.

September 12, 2011

Pertemuan dan perpisahan


Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang,
Memberi apa yang tidak dirancang,

Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan
Menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,

Menghadiahi kite kemanisan dalam kegembiraan,

Menyemai benih-benih keakraban,
serta memberi peluang kepada kite menilai semula

siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam sebuah episod kehidupan...

Mewarnai sebuah perjalanan dan pengembaraan…

Catatan : Syukran padaMU ya Allah di ats semua pertemuan dan perpisahan yang telah mewarnai sebuah perjalanan hidupku…Maafkan diriku atas semua kekhilafan ketika bersamamu teman,sahabat dan sesiapa-sesiapa jea yg pernah bertemu denganku. Kerana diri ini tidak miskin dr kesilapan…

September 10, 2011

Catatan Cinta 1


Bikrun : Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yangsyahid sy ade s0mthing nk bgtau awk....ikhlas dri ati sy....tp sblum tu sy mnta maaf bnyk2

Ar Rijal: mnx maaf?? tu hadis dhoif kalo xsilap sy

Bikrun: ye tp x pe la tau.sebenarnya dri dulu2 lg sy suke kat awk

Ar Rijal : suke? Gane leh jd gitu?? Ermm..

Bikrun: jujur la...dri mule2 knal awk dulu lagi tp sy pendam..sy xtau camne nk bgtau tkot jd fitnah.sy mmg suke awk krane Allah

Ar Rijal : sy mnx maaf bnyk2x kalo kehadiran sy mengundang fitnah

Bikrun: sy x bermaksud mcm tu bru sekarang sy bersedia
x tau la berape malunye sy....tp inilah hakikat

Ar Rijal: Assalamualaikum maaf lmbt reply coz terlalu bnyk urusan yg perlu dselesaikan..
maaf la kalo tulisan kali ni terlalu pnjg syarahannya mule2 skali
sy nk bwk satu hadit:mksdnye..

"Wahai para pemuda! Sesiapa yang BERKEMAMPUAN hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak BERKEMAMPUAN hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah PENDINDINGNYA."skrg sy nk bernasyid plak. Ni lagu pertama :

rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa”…

Lagu kedua:

"pandangan mata selalu menipu"...xdpt dinafikan, rasa cinta adalah satu sifat yg mne merupakan fitrah manusia.. nk2 pulak diusia remaja ni.. perasaan yg bergelora didlm hati dan kadang2 memberontak.. contohnye, kite melihat kwn kite ada kekasih ( trend zaman skrg ).. nak2 pulak permpuan.. mengapa sy kata begitu?? kerana bilangan prmpuan lebih ramai drpd lelaki..mereka takut diri mereka " tidak laku".. ini yg menyebabkn mereka yg memulakan "langkah pertama".. sy dh tnye ustz, mmg x salah kalo "perigi cari timba"..tp, uslub ataupon cara yg digunakan kdg2 salah.. maaf la pnjg sgt nukilan ni.. pndpt sy, awk masih terlalu muda utk memikirkn "benda" ni..masih bnyk mehnah, halangan dan rintangan yg perlu awk lalui maksudnya,"Manusia dinamakan dengan manusia kerana sifat lupanya, hati dinamakan dengan hati kerana kebolehubahan ( hati yang tidak tetap )." terus terang sy ckp, sbnrnye sy xnk lukakan hati sape2 n sy xnk memberikan harapan kpd sape2.. sbb sy tau, sy xmampu nk memuaskn hati setiap org.. tipu la kalo sy ni xde perasaan sbb sy pon manusia, rse ingin bercinta pon de.. disebabkn masyaqah (halangan) dan kemaslahatan diri sy, sy ketepikan dulu perkara2 tu.. maksudnya, kita merancang dan Allah merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.. Allah juga berfirman yg bermaksud perempuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik.. mksdnye, Allah menjadikan sesuatu itu dengan kadarnya (mengikut ketentuan Allah)..

sy harap awk fhm dgn sedikit coretan yg ditulis dr insan yg serba kekurangan ini.. pengajaran ini pon utk diri sy sndri.. insyaAllah, ajal maut jodoh pertemuan di"tangan"(bawah kekuasaan ) Allah.. sedikit kata2 motivasi.. "Selalu yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya."

Bikrun: Alhamdulillah mgkin ini adalah satu pengajaran buat sy kot...tp percayalah awk adalh yg pertame dan mgkin yg terakhir buat sy...mgkin sy terlalu muda utk mmkirkn hal ini,tp semakin dihalang semakin menjadi2...sy terlalu inginkn awk mnjadi seseorg yg boleh menjadi inspirasi kpd sy....awk nk tau pe sbb sy sngt suka kt awk sngt2...awk ni terlalu baik...susah nk cari org mcm awk di zaman sekarang..awk nk tau sejak sy tau mule2 dulu awk amik kos arab sy mmg rase ini satu petande kot...sbb niat mmg nk sngt2 amik jurusan arabic...tp x de rezeki kot...tp secare jujurnye,sy arap awk tau yg sy akan tnggu awk sampai bile2....berdoa adalh kunci utama untuk mendapatkaN ape yg kite mintak...insyaAllah....perempuan yg baik adalah untuk lelaki yang baik.....surah an`nur.....sy arap awk x kn terguris @terluke dgn ape yg sy bgtau ni.....teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan awk....sy doakan awk berjaya....salam maaf dri sy yg bnyk kekurangan dan memerlukan kekuatan untuk menempuh mase2 mendatang...wassalam....


September 08, 2011

Perhubungan Yang Halal




"Aikk, tak sudah menangis lagi. Kenapa nie?" Kau tersenyum sambil mengesat air mata pada pipi mulus si isteri. Si isteri menepis tanganmu perlahan. Kau tak marah, tapi kau senyum. Entah kau rasa dia comel macam tu.

"Geram tahu geram." Si isteri mengetap bibir. Air mata pada pipinya dilap menggunakan belakang tangan. Kasar. Geram sangatlah tu. Tak apa masih comel. Kau hanya senyum lagi.

"Kenapa geram?" Kau cubit pipinya tapi ditepis lagi. Merajuk pulak. Ketawa perlahan. Kau tarik tangan kanan dia, dia tarik balik. Kau geleng kepala, tapi bibir masih tersenyum.

"Orang baca satu buku ni dalam bilik abang. Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak, tak adalah orang nak menjeruk rasa dulu." Dia mencebirkan bibir. Kau mula mengerutkan dahi. Dia tunjuk buku tebal yang muka hadapannya daripada kulit. Kau senyum.

"Sengaja aje tak nak bagi tahu. Semua bersebab bukan? Abang jauhkan diri sebab nak lindungi awak. Abang tak text awak sebab tak nak nanti kita dekati zina. Zina hati atau apa pun. Abang diam aje sebab abang hormat pada awak. Abang tak jumpa awak sebab abang ada perasaan tak patut muncul saat awak belum sah untuk abang. Abang perlu kuatkan cinta abang pada Allah SWT sebelum abang boleh cintai awak. Abang kena stabilkan hidup abang, untuk tanggung hidup awak. Cukuplah kalau masa tu abang tahu abang sayang awak, dan awak sayang abang. Abang lebih suka lihat dari jauh. Abang buat ini semua demi kebaikan, dan akhirnya awak jadi isteri abangkan?" Matanya tersenyum, kau turut senyum.

Hubungan yang halal itu lebih indah dari hubungan yang masih tergantung kesudahannya.~

Sumber :https://www.facebook.com/pages/Acho-Demi-Masa/129925207059549?ref=ts#!/pages/Acho-Demi-Masa/129925207059549

September 07, 2011

jom saling mendoakan


Setiap hari pasti kita berdoa paling minimum 5 kali after solat. Namun dlm setiap kalam yang kita lafazkan itu, terselit tak nama mana-mana teman atau nama sahabat kita?Cuba renung kembali hadist di bawah ini:

Doa yang paling cepat diperkenankan ialah doa seorang hamba untuk temannya,tanpa diketahui oleh temannya itu. (HR Tirmizi)

So…jom kita sama-sama berdoa untuk sahabat atau teman kita. Insya’Allah, diperkenankan oleh Allah. Rasanya tidak susah pun..selamat mencuba..

p/s: erm…doalah untuk ana skali yer…


September 06, 2011

....(...).a.T.i

Selamat meneruskan pengembaraan mencari redhai Illahi... Biarpun perjalanan hidup kadang-kala terasa sepi tetapi pasti kita tidak bersendiri. Kerana kita masih punyai sekeping hati…

Jagalah hati yang merajai diri, usah biarkan ia layu tanpa seri,

Selamat meneruskan puasa di bulan syawal sebagai kesinambungan puasa di bulan ramadhan.