October 26, 2011

Forum Syurga Cinta

Forum Syurga Cinta

Alhamdulillah berkesempatan join salah satu slot dalam program Karnival Ilmu Anak Muda (KAMU) iaitu Forum Syurga Cinta. Forum ini menampilkan moderator IM Asyraf dan ahli panelnya Prof Madya Dr. Muhaya dan Ustaz Zaharudin. Tak sangka last week dapat jumpa IM Hisbur, tiba-tiba this week jumpa Im Asyraf plak. Erm, IM Nuri bila la boleh jumpa pada hal dekat je…Ok, actly entry kali ini nak share la sedikit pengisian yang dapat masa forum hari tu. Ini jelah point-point yang sempat dicatit sepanjang pengisian berlangsung.

- Kecenderungan fitrah manusia :

Kebiasaannya manusia akan mudah tertarik pada insan yang sama fikrahnya. Di mana lelaki yang baik akan cenderung untuk memilih dan tertarik pada wanita yang solehah begitulah sebaliknya. Hal ini bertepatan dengan firman Allah,Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26).


Namun demikian jangan khuatir jika diri belum sempurna menjadi soleh/ah sekarang tetapi masih memiliki sekeping hati mendambarkan si soleh/ah. Apa yang penting lakukan perubahan diri supaya yang didambarkan layak untuk kita. Melakukan perubahan diri untuk menjadi yang terbaik adalah lebih mudah dari sekadar menanti yang terbaik untuk kita miliki.


Tapi jika kita dah berubah jadi soleh/ah tiba-tiba dikurniakan pasangan yang tak seperti kita camne? Positifkan diri ingat itu adalah ujian dari Allah buat kita.


- Ok ke kahwin awal

kebahagiaan tidak terletak pada awal atau lambat perkahwinan sebaliknya ia bergantung pada individu. Kalau telah bertemu pasangan yang sesuai awal, maka digalakkan awal untuk elak daripada maksiat. Cumanya soal perkahwinan perlu dilihat dari aspek condisi diri individu tersebut.

Bagi mahasiswa agak sukar mendapat pelepasan kahwin awal maka dicadangkan :

· Tunjukkan persediaan pada ibu bapa.

Persediaan diri ini termasuklah maintain kan resutl dan perform dalam study serta matang dalam tindakan. Ibadat juga kena konsisten. Hal ini disebabkan dengan persediaan diri yang baik akan dapat menyakinkan ibu bapa bahawa anda bersedia memikul amanah baru.


· Cakap dari hati ke hati

Bercakap dari hati ke hati dengan ibu bapa agar mereka mendengar dan boleh memahami apa yang dirasai oleh anda. Tiada ibu bapa yang tidak mahu anaknya bahagia. Cuma kena pandailah slow talk.



· Doa ringankan jodoh

Jangan lupa pohon pada Allah diringankan jodoh. Boleh juga diamalkan after solat dalam keadaan masih berwuduk di atas sejadah, bayangkan bahawa anda di hari pernikahan dengan berpakaian pengantin. Sambil berdoa jodoh dipermudahkan. Menurut Dr. Muhaya ‘mental main movie’ ini mampu menjadikan fantasi kepada realiti dan membuatkan diri akan lebih bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

- Nikah gantung

Menurut Ustaz Zaharuddin dalam Islam takde istilah tersebut. Jika tidak mampu membuat walimah yang grand buatlah secara sederhana mengikut kemampuan. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ‘Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing”. Apabila buat walimah ada tiga individu yang mesti diundang iaitu kaum keluarga, jiran tertangga dan sahabat. Tujuannya untuk mengelak fitnah.


- Boleh tak muslimat mulakan langkah?

Dibenarkan malahan Khadijah sebagai contohnya. Tiada istilah perigi mencari timba. Cuma digalakan wanita tersebut menyampaikan hasrat melalui orang tengah.


- Istiharah: kita mimpi dia sedangkan dia tidak. Macam mana itu?

Boleh jadi benar dia itu terbaik buat kita sebab itu Allah datangkan dia dalam mimpi istiharah kita. Sebaliknya kita belum pasti terbaik buat dia. Sebab itu dalam membuat istiharah tidak boleh lupa membuat istisyarah (perbincangan dengan ahli keluarga). Kecenderungan pandangan ahli keluarga masih lagi dianggap istiharah.

- Persiapan sebelum kahwin

Persiapan diri, harus diingati bahawa kematangan sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Emosi dan persepsi tentang perkahwinan sebagai kemuncak percintaan adalah suatu kesilapan. Sebaliknya perkahwinan adalah titik permulaan pelayaran sebuah bahtera percintaan. Perkahwinan tidak hanya bergantung pada ikatan emosi semata-mata sebaliknya bergantung pada Allah. Jika kita mengharap kasih sayang Allah, pasti kasih sayang makhluk juga kita peroleh. Tapi jika hanya mendambar kasih sayang makhluk belum pasti kasih sayang Allah kita miliki dan kasih sayang makhluk itu mutlak kita perolehi. Aspek kebersihan diri perlu dilihat dan dijaga terutamanya kaum hawa.


Prasarana, dalam melangsungkan perkahwinan ambil sikap fokus kepada pandangan Allah yang melihat majlis kita bukan pandangan masyarakat yang bakal hadir dalam majlis kita. Tujuannya supaya keberatan terpelihara.


- Penghayatan Ilmu

Walaupun telah banyak menuntut ilmu tetapi masih gagal mungkin kesilapan kerana kurang penghayatan. Dalam rumah tangga biarpun telah banyak ilmu mengenainya ditimba tetapi belum pasti rumah tangga dibina bahagia jika tidak ada penghayatan ilmu.

Menurut Ibnu Qayyim “ jika rasa madu tidak rasa manisnya seperti madu maka tak kan kita salahkan madu tetapi pasti lidah itu yang gagal merasai kemanisan madu tersebut’

Ujian di alam perkahwinan tidak sama ujian ketika di alam persendirian.

- Jodoh Lambat

Setiap orang ada jodoh masing-masing. Ada lambat dan cepat tetapi yang penting kena berusaha. Antara yang dicadangkan:

voice management : Mainkan suara hati anda bahawa anda ingin berumahtangga. Boleh dilakukan dengan menulis di atas sebuah kertas impian anda itu. Sambil berdoa banyangkan impian anda sedang terealisasi. Selalulah berkata-kata bahawa anda sememangnya berkeinginan membina rumahtangga.

Bersangka baik dengan Allah : sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam apa juga keadaan bagi dipermudahkan segala urusan.


- 4 perkara wanita perlu jaga pada suaminya

Mata :

Normal lelaki suka melihat wanita yang cantik. Maka para isteri perlu sentiasa cantik di mata suami. Vitamin perlu diambil bagi menjaga kesihatan

Teliga:

Sentiasa ungkapkan kalimah-kalimah yang baik untuk pendengaran suami.

Hidung:

Jaga kebersihan diri terutamanya mulut dan tubuh.

Hati:

Hatinya perlu dijaga akan cenderung kepada perkara makruf.

- kehidupan manusia perlu di designkan dalam diri dan menggunakan gps masing-masing untuk merealisasikan design yang telah dicipta.

- Cerminan dalaman akan terzahir dari luaran. Oleh itu jagalah dalaman dan sentiasa positifkan minda.

Catatan diri : Seronok masa gi Stadium Malawati ini. Kebanyakan tetamu yang hadir memang dah dijangka geng-geng soleh/ah tambahan pula salah satu penganjurnya GAMIS so pasti budak-budak GAMIS ramai yang datang. Tenang je rasa diri bila berada dalam kalangan insan-insan yang soleh/ah. Sepanjang slot ini pelbagai persoalan yang diajukan daripada penonton dan ahli panel hanya bertindak menjawab persoalan tersebut. Apa yang menariknya kedua-dua ahli panel adalah insan yang kahwin awal iaitu berkahwin di usia 22 tahun dan masih menuntut ketika berumahtangga. Mereka sungguh menggalakkan la para pemuda berkahwin awal seperti sabda nabi “Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), kerana shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)

Sampaikan ada penonton itu ketika bertanya soalan dengan jujurnya mengakui teruja untuk berkahwin awal sehingga inginkan berkahwinan diusia muda menjadi budaya dalam usaha membendung budaya couple. Huh, dasyat betul aura ahli panel.

Balik dari stadium mak beli pula majalah Anis ( majalah kegemaran mak) terbaru kebetulan membawa isu cepat-cepatlah kahwinkan. Wah...ini memang menggalakkan sungguh untuk kahwin cepat ini huhu...Buat insan yang masih menjadi rahsia Allah Taala, bila agaknya masa ‘itu’ tiba buat kita??? JJJJJ

October 25, 2011

Keciannya anak mama


Baru-baru ini berkesempatan gi ziarah umah along di Sungai Buloh. Semua kat rumah dah mula merindui anakanda tercinta Rabiatul Najihah Binti Zulhairi. So kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaik-baiknya. Mulanya cadang nak gi I-City, Shah Alam tapi sayangnya tiba-tiba Jihah demam dan terpaksa cancel.

Tengok keadaan Jihah yang pakai cool fever ini nampak comel la plak huhu. Ciannya kat Jihah tak bermaya dan kurang aktif. Tapi Alhamdulillah la dia takde nangis-nangis cume tak aktif sangatmacam selalu. Aksi paling best bila Jihah datang dengan merangkak dan letak kepala atas peha. Wah….manjanya sayang mama ni.

Menurut mak, Jihah demam sebab nak pandai jalan. Harap-harap betul la. Pasni sayang mesti lebih aktif lagi J Kalau Jihah boleh bercakap mesti lagi-lagi best sebab bila rindu boleh dengar suaramu…

Mama doakan Jihah cepat sembuh dan mencipta lebih banyak lagi kejayaan…


October 22, 2011

Kehidupan ini

Tengok jam baru pukul 10.00 pagi. Ini bermakna tak sampai 2 jam pun masuk office untuk hari ini. Bosanlah hari. Petang ini Zudin balik, huhu mesti petang ni dia yg akan jemput. Best gak lama tak dengar cite mengarut dia. Esok nak mengembara ke rumah anak tersayang Najihah.. “Jihah, mama rindu Jihah.”

Perkembangan tentang Jihah.

Sekarang ini Jihah dah mula mengenali orang. So, orang-orang yang jarang ketemu dengannya akan menyebabkan dia menangis. Tapi nangis pun kalau dukung dia nak aja. Sedih betul last week Jihah balik umah untuk pertama kalinya Jihah nangis saat aku mendukungnya. Tapi tak kisah tetap dukung sebab waktu tu nak ke Shah Alam jadi sempatlah lepaskan rindu kat Jihah dulu sebelum bertolak. Balik jea dari Shah Alam, Jihah tengah makan. Ya Allah berselera sungguh anak mama ini. Sambil lalu balik tadi singgah beli Burger King (sokmo dah kalu gi Shah Alam mesti Beli burger King). Jihah makan la bubur dia, tapi bila tengok sume makan Burger King dia pun sibuklah nak juga. Cian Jihah, ayah Jihah bagi roti burger letak sos tomato. Berkerut-kerut sayang makan huhu.. Bagusnya anak mama ini walaupun makanan itu tak sedap Jihah tak pernah luahkan semula cume berkerut-kurut muka sambil makan. Memang comel. Insya’ Allah, esok nak ke umah Jihah lepas pergi Stadium Shah Alam. Bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim.

Hikmah lambat posting

HIngga saat ini cnfrm tak akan posting until Januari 2012. Kenyataan hitam putih dari KPM pun masih takde. Masing-masing buat andaian sendiri berdasarkan jawapan-jawapan dari pihak yang menyambut telefon di pejabat KPM. Hati rasa nak cari kerja lain tapi nak cari kerja kat mana plak. Bukan takde peluang kerja lain tapi sume jauh. Nanti nak kena sewa umah plak pastu takde kawan,kalau duduk sorang-sorang mesti mak tak bagi. Tapi walau apa pun hikmah lambat posting ini membuatkan aku berpeluang bermanja dengan mak setiap hari huhu.. Zira dan Zudin tak de so ada angah aja. Angah plak bz dngn study so hari-hari aku dapat peluang bersama mak. Cian kat mak kadang-kadang terpaksa lambat tidur bila borak dengan aku. Pernah sekali itu mak terpaksa tidur jauh dari aku sebab bila tengok aku je ada je benda yang nak diborakkan sampai mak tak boleh tidur. Kalau masa kat U dulu Nida la mangsa hihi. Sampaikan suatu masa tu kami memang peruntukkan untuk borak2 je sampai jam 2.00pagi. Bagus sahabat aku ini. Daripada seorang yang tidur awal boleh jadi tidur lambat sejak duduk dengan aku J

Sukar tidur

Pernah gak terfikir aku ini ada masalah insomenia ker? Tak mungkin kot. Nak buat camne bila mata aku ini tak mengantuk langsung jadi aku ajak la orang berborak. Kalau ada Zira mesti best sebab dia sekepala huhu.. Ingat kat arwah ayah selalu marah bila aku tidur lambat. Dari aku zaman kanak-kanak lagi sampailah dah masuk U mmg tabiat itu sukar nak ubah. Kadang-kadang jadi stress sebab mata dah penat berjaga tapi tak boleh nak tidur sampai sakit-sakit kepala sebab tak boleh tidur. Masa kat U dulu, memang bekal penadol sentiasa sebab bila penyakit ini datang aku telan je penadol untuk tidur dan sakit kepala pun hilang. Bila kat umah sekarang ini tak boleh dah buat macam itu sebab mak tak bagi. So letak je la minyak cap kapak nak tunggu orang picitkan kepala tak tau la bila J

Perkembangan di ACT

Alhamdulillah, aku tak takut sangat dah dengan mesin printer huhu. Hubungan dengan staff kat sini pun bertambah baik. Semalam makan nasi beriani bos belanja sume staff. Memang kenyang teramat sangat. Dah la ayam dia besar memang memakan masa lah nak habiskan. Nasi ini memang keras sikit ek? Tu je kurangnya sebab aku tak suke sangat nasi keras-keras ini. Maklumlah dah terbiasa makan nasi yang lembut-lembut huhu. Sambil makan layan youtube dengan wife bos tgk cara memakai eyeliner. Baru aku tahu dalam youtube ada tunjuk cara pakai make up rupanya. Tapi ada orang kata wajah aku“ kalau tak make up lagi nampak lembut je”. Takpe la bleh save bajet dari beli make up kepada beli koko krunch. Sekarang ini setiap kali gaji ada peruntukan khas untuk koko krunch. Memang nikmat makan koko krunch. Nanti kalau berkesempatan aku akn coretkan entry tentang seorang pekerja di ACT. Huh, tk sangka mendalam sungguh cinta dan kasih dia pada wife dia. Erm, untung betul wife dia kan. Myfuture Zauj camne plak ye??? J


October 18, 2011

TEGARNYA HATI MU....


Sampai hati seorang suami membakar isterinya hidup-hidup. Siasatan awal mendapati ia berpunca daripada rasa cemburu. Namun dengan menggunakan akal yang rasional adakah tindakan ini wajar?

Bagi si suami itu pastilah ianya wajar dan itulah yang satu-satunya cara yang dia miliki bagi menyelesaikan masalahnya. Hal ini disebabkan individu yang berada di bawah irrasional thinking pasti mampu melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan.

Catatan : Berbalik kepada REBT Theory, gunakan kaedah A-B-C-D-E dalam membantu permasalahan klien. A- Action,B-Believe system, C-, Consequence, D-despute, E- Evaluation.

October 09, 2011

Salam Imtihan ya Akhi..


Salam imtihan buat adindaku yang terhandsome huhu…

Semoga Allah pemudahkan urusanmu dan Allah menguatkan semangatmu untuk melakukan yang terbaik dalam perjuangan ini. Biarpun tidak berkesempatan balik time study week baru-baru ini takpe demi sebuah pengorbanan.

Actly, nak share cite ini. Teringat plak masa exm dulu-dulu kat UPSi. Boleh dikatakan setiap kali final je mesti ada sahabat-sahabat seperjuangan akan meniupkan semangat dengan cerita-cerita motivasi yang lebih menunjukkan kebergantungan dan keyakinan pada Allah paling utama selain usaha yang berterusan.

Cerita 1 :

Ada seorang sahabat ini dia mengambil jurusan medic. So sume orang tau kan course ini bukan mudah dan study mesti kena fokus betul2x. Sahabat ini juga merupakan seorang yang sememangnya istiqamah dengan pejuangan Islam dan agak aktif dalam kegiatan dakwah. Maka hari-harinya sangat sibuk antara pejuangan dalam dakwah dan juga pengajian. Suatu hari ditakdirkan sahabatnya sakit dan perlu dirawat di hospital . Dengan lapang dada sahabat ini sanggup menemani sahabatnya itu bermalam di hospital sedangkan esok pagi dia bakal menduduki exm bagi paper yang dianggap killer subject. Tanpa sebarang persediaan dia melangkah kaki dengan yakin ke dewan imtihan. Pasti dan pastilah dia tak boleh jawab soalan-soalan tersebut. Lantas dia menulis bismillah dan sadaqallah je. Terus dia keluar dari dewan. Namun hatinya tetap yakin bantuan Allah itu pasti datang. Masa pun berlalu, akhirnya result pun tiba. Tau tak si dia mendapat “mumtaz” (cemerlang) bagi killer subject tu. Alangkah terkejutnya dia. Dengan penuh berani dia bertemu dengan lecturer subject tersebut untuk mendapatkan kepastian. (dia ckp dlm bahasa arab ana terjemahkan)

“ Puan, betul ke result sy ini?”

“ So u la yg dapat mumtaz tu yea”

“ Yes its me,I’m curious to know how it was happened?”

“Actly, saya dh bernazar jika anak saya lahir adalah lelaki tempoh hari, maka saya akan bagi mumtaz bagi kertas pertama yang saya tanda tanpa menyemaknya. So kebetulan mayb your paper”

Cerita 2

Cerita ini diceritakan sendiri oleh empunya diri ketika ana menghadiri program akademik anjuran Lajnah Akademik. Insan ini memang terkenal dengan kepandaian dan sering menjadi contoh disebabkan resultnya selalu meletop. Menurut sahabat ini, insan-insan yang terlibat dalam gerak kerja Islam mesti memastikan menjaga segala aspek dan tidak mengetepikan akademik dalam kesibukkan berdakwah. Time management dan kebergantung pada Allah sangat penting. Peristiwa ini pernah berlaku dalam dirinya. Setiap kali imtihan pasti dia akan membuat solat istiharah dan solat hajat. Suatu hari oleh kerana terlalu penat baru pulang dari program maka dia tidak sempat untuk study sedangkan keesokkan harinya ada exm. Namun dia tetap istiqamah melakukan solat sunat tersebut dan terus tertidur. Dengan izin Allah malam tersebut dia bermimpi menduduki peperiksaan ppr esk tu. Tak sangka apa yang berlaku dalam mimpi itu menjadi nyata. Soalan yang sama keluar dalam ppr tersebut. Hatinya berbunga dan tenang menjawab. Alhamdulillah resultnya maintain…

Moral cerita, bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha tetapi ingat segalanya Allah yang menentukan. Yakinlah man jadda wa jada…

October 07, 2011

Baiki Diri


Biarlah kita pernah tersilap semalam kerana kejahilan tetapi jangan terus membiarkan kejahilan semalam membuatkan kita terus tersilap hari ini. Teruskan mencari redha Allah.


Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )


Imam Ibnu Katsir berkata: “Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadits sahih “Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya”

October 06, 2011

Bila bukan ahlinya berbicara.....


Setiap orang berhak untuk memberi pendapat. Tak salah nak bagi pendapat cuma berkata-katalah dengan menggunakan ilmu bukan mengikut nafsu dan pandangan sendiri. Lebih-lebih lagi dalam isu-isu yang melibatkan agama. Dengan lisanmu orang boleh mentafsir siapa kamu....


Bandingkan pula dengan kata-kata di bawah ini:


Islam itu indah dan sama-samalah kita mempamerkan keindahanya... :)



catatan cinta 2



Muslimah : ermm....b4 tu...awk kan ramai kenalan so dah jumpe ke someone special?

Lelaki : lucu plak.awak tnya cm 2... Stakat ni x da lgi, maybe esok atau lusa. Saper thukan? kita hanya insan biasa perlukan rsa cinta, ingin berpunya lumrah yg tercipta membahagiakan mnusia

Muslimah : truskan mcari ye. Smg awk jumpa spt yg awk hajati

Lelaki : awak plak cmner??? Tanya kita jea

Muslimah : hati ini telah dimiliki...

Lelaki : oleh siapa? Bleh saya thu tuannyer

Muslimah : insan yg dinnti dan di dambarkan selama ini. Smg dia yg tbaik J

Lelaki : dari mner awk thu dia trbaik hehehe...

Muslimah : sbb Allah tak akn mtakdirkan sstu yg buruk buat kita mlainkan kita yg salah memilih dan bsyukur ats nikmatnya. Siapa jodoh kita itulah yg tbaik krn dia jodoh sy so dialh yg tbaik tuk sy

Lelaki : dh bertunang ker? J ermmm... Bis2 bila nak ikat? Dah bekerjaya ker?

Muslimah : bile dia bsedia dgn ilmu dan mmpu mminpin sy serta keluarga..juga dgn izin Allah pasti semua akn tlaksana. Sy pun tak tau J dia dah bekerjaya ke blom sbb dia masih lagi mjd rahsia Allah. Setiap org ada jodohnya..so sebenarnya kita telah dimiliki sejak lahir krnjodoh itu telah ada utk kita.. So nnt kan jelah insan tersebut. Fhm tak? Dpt tngkp mksd sy?

Lelaki : sngat faham

Muslimah : so sy single n msh mcari insan tersebut.. J

Lelaki : ooooooo ....cmner ngan andalusia plak???

Muslimah : jodohnya telah Allah simpan di syurga sbb di sana tiada org yg single sume bpasangan tp tak bmkna kita perlu redha je..wlu mcm mna pun kena usaha

Lelaki : skunk ni kita tengok wanita sama naik ngan laki dalm mngejar kerjay mgkin itu salah satu faktor kita kaji dari segi reality dan khidupan skarang

Lelaki : apa perasaan awak bila tengok org sedang bercinta????

Muslimah :sy benci sbb Islam kan larang benda itu

Lelaki : saya tanya dari hati awak

Muslimah : so watpe nk wat lagi..klu ye nak bcinta napa tk guna cara Islam. Ye mmg hati

sy mbara marah bile tgk org bcinta sbb tu sy tk akan pndg mereka tgh dating

Lelaki : so, cmner klu ditakdir awk bercinta lagi adakah awk akan benci ngan

perhubungan tu atau menafikan perasaan sendiri?

Muslimah : mnyukai org blawann jntina adalah fitrah. Sy tk pnh nafikan prasaan sy bile

sy mnyukai ssorg, sy hargai rasa itu tp bukan dgn cara sy mluahkan n bcouple ngn dia

Lelaki : klu dia ajak keluar date plak cmner? Sedangkan awk sayangkan dia

Muslimah : sy tk pergi sbb sy amat syg kan dia klu sy pergi di mana bukti sy syg dia?

Muslimah : sy tau nilai sy ngn awk tak sama. Sy tk akan benarkan org yg sy sukai dimukai Allah.. Oleh krn itu sy mmg simpan dlm hati prasaan sy pd dia. Andai dia mmg milik sy, dia akn dtg pd sy juga dgn cara terhormat bukan couple yg dimukai

Lelaki : pertahankan kekuatan yang ada sekarang

Muslimah : insyaallah..krn sy mahukan yg terbaik so sy harus mjd yg terbaik. Mnusia tk lari

dr wat silap so kelemahan adalah pelengkap kesempurnaan itu pndangan sy. Napa awk ada

myukai org ke atau tringin bcouple?

Lelaki : insan yg lemah seperti saya ada jgak r keinginan 2 sebab dari sem satu lgi saya simpan perasaan ni. Bila dh tahu kekuatan hati dia. Saya merasakan saya x layak untuk menerima cinta dia. Saya rsa dia perlu cari org len yg lebih segalnya dari saya

Muslimah : awk tllu cnta kn dia atau skadar suke2 bisa je

Lelaki : nak kata suka lebih dari 2. Nak kata cinta x da r terllu sangt

Muslimah : dah tu pe yg awk rase? Mcm pelik je. ..1st love ke ni?

Lelaki : Yup. nk buat cmner. Kekuatan diri x da. Biarlah org 2 bhagia dengan hidupnyer ermmm...sayang still sayangkan dia

Muslimah : syg tp hanya mmpu dr jauh cmtu yer

Lelaki : saya nak cuba luahkan jugak sehingga yg termammpu mgkin ini kaliyg terakhir saya chating dengan orang 2. Selepas dia mngetahui hati saya sebenarnya kpedihan hati ini akan berkurangan kot tapi malu tetap saya akan malu...malu pada diri sendiri. Saya tetapkan hati. Walaupun saya malu life must be go on coz saya akan sentiasa bertemu dengan dia dan mustahil sy x kan jumpa dia sbb dia satu kursus ngan saya

Muslimah : mmg awk akn jumpe dia tp klu boleh awk tak nak langsung jumpedia dahKrn prasaan awk pd dia dan mbuangkn dia trus dlm hidup awk krn awk nk hilangkn rase malu..

Lelaki : x jugak coz dia first love saya

Lelaki : sbnrnye................org tu adalah............. Agak2 siape.?? Awk jgn trkejut ye..

Muslimah : tkla..k sy tk tkejut..

Lelaki : sbnr nya insan itu....adalah...AWAK.. Sbnrnya sy xpksa utk awk trima sy. Coz itu adalah luahan ati sy,dan pendamkan prasaan sy sjk kita knl lg. Maafkn sy,mluahkan prasaan hati ini

Muslimah : prasaan tu wujud sejk kite knl? Serius ke ni?

Lelaki : yup sy serius. Sy xmemaksa utk awk trima sy. Maafkan syseandainya dgn

luahan ini menganggu jiwa awk. Sy redha seandainya awk mnolak cinta sy.

Muslimah : awk tak salah pun tk perlu mntak mf. Boleh sy tau nape awk suke sy?

Lelaki : sbb bdsrkan ape yg sy prhatikan.kelainan yg ada pd diri awk..yg xpnh sy lihat

pd perempuan lain.

Muslimah : cinta tu dtg dr Allah dan disirami ke dlm hati2 mnusia..ia tak salah dan tk dan

mnusia dpt tolak bile ia merasai prasaan itu..tp sy mnta mf...sbb cinta yg mahal tu sy tk dpt

trime..

Lelaki : k xpelah sy dh tahu jwpan nya.tq 4 everything.

Muslimah : jgn rasa bsalah atau malu..bsyukurla krn anugerah tersebut

Lelaki : mmg ini tlh sy jgkakan..luahan ini adalah..smata2 utk tdk sy akn myesal.

Mgkin smpai akhir hayat. Terima kasih krn awk jujur pd sy.

Muslimah : terima ksih gak sbb menempatkan sy dlm hati awk

Lelaki : kelu lidah ku utk berbicara. Malu rasanya, bgai x bernyawa. Maafkn daku

skiranya,mmbuatkn dri mu terkesima.

Muslimah : awk tak bsalah..jgn rasa malu ngn sy. Perasaan tu normal n sy tk pndng ia negatif

Lelaki : tp itulah prasaan yg akn myelubungi idup sy. Trima ksh skli lg krana mnolak cinta sy.

Muslimah : jgn cakap mcm tu. Awk kena yakin awk akn temui yg lbh baik dr sy awk kena kuat. Jgn lemah hnye krn seorg wanita..kelak awk akn mmpu lupakn dia masa akn bantu awk..Allah lbh tau yg tbaik tuk kita...maafkn sy