December 27, 2011

Freedom




Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

catatan : Lirik lagu yang menarik untuk dihayati. 1st time dengar lagu ini masa dalam program last week. Um..memang kena lirik lagu ini dengan situasi sekarang...BUKA MATA...HATI..DAN MINDA...SAKSIKAN SEMUA PERTANDA huhu...

December 24, 2011

Amalan untuk bakal pengantin sebelum majlis perkahwinan


1- Amalkan membaca surah al Waqiah setiap hari terutamanya untuk pengantin perempuan agar terselamat daripada gangguan manusia dan sebagainya

2- Baca surah Yasin setiap kali lepas solat subuh.

3- Amalkan baca 3 Qul (al –Ikhlas, al-Falaq,an-Nas)

4- Zikir tasbih Fatimah (subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahuakhbar 33x) setiap malam

If You do love Allah

Cinta

Sebuah anugerah terindah dari yang Maha Kuasa

Ia hadir bila tiba saatnya

Dan dimiliki oleh hati-hati yang tidak terduga

Tetapi dapat merasai getaran yang sama


Cinta

Merasainya suatu kenikmatan

Menjaganya penuh ketertiban

Menghargainya tanda kesyurkuran

Demi mengharapkan ia berkekalan


Firman Allah dlm surah Al-Imran ayat 31: katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang.

December 23, 2011

Broken Heart

“Kasih Tidak Pernah Padam, Dendam Tidak Pernah Hilang”
Sebaris ayat yang tercetus saat berbicara dengan insan tercinta, EMAK. Kadang-kala kita tak mampu untuk menafikan rasa kasih yang ada pada seseorang. Tetapi kerana kelukaan yang dihadiahkan darinya membuatkan perasaan dendam seakan-akan bersarang. Namun untuk dilafazkan ‘sayang’ terasa menyakitkan kerana ‘dendam’ yang terpendam. Ingin dilafazkan ‘benci’ tidak mampu mengakui kerana ‘ kasih’ yang terpatri.

Catatan : Tiada kaitan dgn diri ok =) "kemaafan adalah dendam yg terindah"

Status FB

Tentang kesejajaran malu dan iman dipertegas oleh Rasulullah dalam sabdanya, "Malu dan iman keduanya sejajar bersama, ketika salah satu dari keduanya diangkat maka yang lainnya pun ikut terangkat." (Hadits Riwayat Hakim dan Ibnu Umar)

Saksikanlah apabila kurangnya iman dan rendahnya rasa malu ayat di bawah terpapar sebagai status di facebook, siap tag lagi untuk tatapan di gadis tersebut. Bila ditanya mengapa? Jawabnya, saya terlalu sayangkan dia cikgu...



\

December 22, 2011

Usah Ulangi



Semalam,
Terlalu banyak lukisan kesilapan dihasilkan
Terlalu banyak cerita pahit dicoretkan
Terlalu banyak ukiran kelukaan yang memenatkan

Lantas,
Ditiupkan tarbiyyah untuk bangkit dari kesilapan
Menghakis kejahilan dan mulakan pejuangan
Melupakan segala kepahitan
Menghasilkan warna pelangi mengasyikkan.

Hari ini….
Bila mula bersendirian
Hilang ke mana pegangan?
Mengapa sepikan prinsip yang dipejuangkan
Merelakan diri menghampiri kesesatan

Ya Allah…
Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan
Masihkah ada ruang untukku

December 21, 2011

Prasangka


Salah faham mudah tercetus. Lebih-lebih lagi dalam diri kita telah tersimpan bermacam-macam persepsi atau stem-stem lalu yang mempunyai perkaitan dengan hal tersebut. Kadang-kala sesuatu perkara itu kebetulan je tapi bila kebetulan-kebetulan yang nampak macam sengaja ditimbulkan membuatkan kita mentafsir ia adalah seperti apa yang kita fikirkan. So berhati-hati kerana mentafsir hati sendiri juga ada kalanya tersilap inikan pula nak menduga hati yang lain.

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). Surah al Hujurat ayat 12

December 18, 2011

Hatiku Milikmu

Bila kita minat sesebuah lagu tu biasanya lagu itu terkesan dengan kita. Lebih-lebih lagi kalau lagu itu mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan apa sedang kita lalui. Tapi tak semua macam tu kot cuma kebiasaanya macam tu kan.
Cuba dengar lagu yang ada kat blog ini sekarang. apa ye tafsirannya??? huhu 1st time letak lagu mcm ini..tkpe sekejap jea nnt tukar lagu lain

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Catatan : Be positif =) sekadar lagu yg sedap di dengar huhu

December 03, 2011

Tahniah..;)


Barakallah ya ukhti Nazirah Binti Ibrahim..

Tanggal 24 November 2011 enti telah bertukar status. Asif yea ana tak dapat hadir walimah enti tempoh hari (pada hal dah bertahun plan sejak enti bertunang lagi). Mendengar suara enti di hujang talian tempoh hari jelas menggambarkan bertapa bahagianya enti sekarang. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ‘menjaga’ dalam perhubungan.

Ustaz Pahrol mengatakan :

semakin banyak kemanisan yang diteguk sebelum perkahwinan,
semakin hambar dan tawar perkahwinan yang didirikan.

bersabarlah dan teruskan usaha mempersiapkan diri sebaiknya


December 02, 2011

Percutian di Cherating




26 November 2011

Tepat jam 12.45 tgh hari bertolak ke Cherating Bay Resort. Dalam perjalanan hujan sentiasa menjadi teman setia. So apa yang paling best adalah tidur. Tambahan pula hari tersebut puasa sempena akhir tahun hijrah. Lebih kurang jam 3.45 petang sampai ke destinasi. Aktiviti pertama adalah lunch. Memandangkan aku puasa so lepak kat tepi kolam mandi sorang-sorang. Macam-macam gelagat manusia yang aku temui.

Seronok sgt tgk telatah anak-anak kecil mandi dalam kolam tu. Kalau Jihah ada mesti best boleh mandikan dia huhu…Cuma ntahlah kenapa pelik dgn sikap suami-suami dan bapa-bapa yang ada kat situ. Nampak cool je tgk wife-wife korang jaga anak kecil mandi sambil mendedahkan aurat. Dah la campur laki pempuan. Kalau nak kata sume tu mahram wife korang mustahil la plak. Aku tahu para suami dan bapa sekalian risau anak kecil kalian mandi sorang-sorang tanpa penjagaan oleh ibunya tetapi tak kan sampai gadaikan maruah wife plak. Bukan itu je anak-anak perempuan juga dibiar mendedahkan aurat dan mandi campur antara lelaki dan wanita. (Aku hanya mampu memandang)…

Selesai lunch boleh masuk bilik, Alhamdulillah duduk di bilik no. 42. Roomate ialah second wife bos dan satu rumah dgn adik-beradik dia dua org termasuk Nabiha (anak sedara mereka). Tanpa membuang masa bersihkan diri dan solat jamak. Then, tunggu untuk bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. After magrib turun dinner and go to Mesra Mall. Ya Allah nak gi tempat ini memakan masa hampir sejam dari resort sabar jelah.

Sampai kat sane aktivitinya main bowling.1st time main walaupun tak pandai lantak la janji baling je huhu. Berat gak bola ni. Tak sangka di malam menyambut tahun baru hijrah ramai kaum muslimin dan muslimat menghabiskan masa di sini. Terasa malu juga aku sbb aku adalah salah seorang daripada mereka. Menerima mesej-mesej tarbiyyah dari sahabat-sahabat membuatkan hati benar-benar tak selesa utk teruskan pemainan. Akhirnya aku minta bos gantikan aku main. Kebetulan satu group dengan dia and aku gi lepak sorg2 kat tempat makan sambil menikmati wafer coklat + peanut butter yg mmg sedap…

Sampai bilik around 1.00am…

27 November 2011

Selepas baca al-mathurat menghabiskan bacaan di majalah Gen-Q. Pastu bersiap-siap untuk take breakfast. Lebih kurang jam 11.00 breakfast di warung tepi jalan. Boleh tahan juga nasi lemak dia tapi sayangnya air minuman kami ada semut. Sume gelas pasti ada sekurang-kurangnya seekor semut. Apalah peniaga ini tak jaga langsung.

Selepas sarapan gi tengok pantai sekejap. Cuaca agak mendung dan hujan mula membasahi bumi. Kemudian balik bilik dan mereka sume gi pantai. Nasib baik ada tv so tak lah bosan sgt. Jam 12.15 diorg tak balik lagi akhirnya aku pun tidur . jam 12.45tgh hari turun lunch. Sementara cuci tangan sempat berborak dgn salah seorng wife pekerja ACT. Mulanya cita pasal rambut seorang kanak-kanak ini memang curly hair sungguhla.Pastu terjadilah dialog seperti di bawah :

Akk: akk mmg tak suka rambut kerinting ini. Kalau dapat anak perempuan nanti tak nak dia rambut kerinting. Memang tak suka lah.

Aku: Rambut akk mesti luruskan.

Akk : Eh tak tgk ke masa mandi kolam pagi tadi.

Aku : Tak, saya tak join pun.

Akk :Akk mandi tak pakai tudung, tanya abang mandi nak pakai tudung ke tak? Abang

kata mandi tak yah la pakai.

Erm..mudahnya suami akk ini menjawab. Tp jawab kat dunia la mudah kat akhirat esok semudah itu ke??.Tulah reality suami dayus yang semakin ramai masa kini. Membenarkan isteri mendedahkan aurat kepada khalayak tanpa ada sedikit rasa cemburu hak anda itu dipertontonkan kepada umum.

Jam 2.00ptg mula aktiviti sukanneka kat dewan. Best jugalah sbb banyak aktiviti utk kanak-kanak. Sampai jam 4.30 sume boleh balik bilik utk aktiviti bebas.

Seusai solat dan baca manzil aku pun mula menggosok baju untuk dinner malam. Diaorng masih setia menghabiskan masa di kolam pula. Tv lagi la yang menjadi teman. Nak gi jalan sekitar resort macam tak best jer jadi tgk la tv.

Jam 8.30 malam time dinner. Best makan sbb wat BBQ. Siap makan ada sedikit ucapan dr bos dan beberapa penyampaian hadiah dalam sukaneka dan acara bowling. Tak sangka group aku dapat tempat pertama huhu..Walaupun aku main sepruh jalan tapi still dapat hadiah juga. Kategori individu dapat kat Nizam RM 200.00. Siap je majlis ambik gambar dan aktiviti bebas.

Sekali lagi aku memilih utk stay kat bilik sbb diorg nak gi karaoke. Diorg pun tahu aku mesti tak nak jadi duduk la kat bilik tgk tv.



28 November 2011

Hari yang dinanti tiba. Jam 2.30 check out dr resort. Hari ini takde aktiviti dah melainkan diorg terjun kolam lagi huhu..Suke betul mandi kolam yea…

Catatan : Inilah percutian yang paling sempoi dan aku banyak duduk kat bilik tgk tv. Cume nasihat aku untuk diri sendiri dan wanita di luar sana, sekali pun hanya sehelai rambut ia tetap tidak berhak utk di lihat oleh bukan mahram. Jika suami gagal membimbing ke jalan yg diredhai maka isterilah yang harus mencari sinar Illahi.